Wednesday, September 29, 2010

Karipap Pusing

Ada permintaan utk resepi ni. Cepat2 letak sbb org pregnant mintak :-)Karipap pusing ni buat last week sblm gi holiday hari tu. Saya ambik resepi kulit karipap pusing ni dr Kak Lynn Myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/167 .Credit utk tuan punya resepi. Untuk inti karipap saya guna resepi sendiri..ada kat bwh ye





*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara
1. Step 1:margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
2.Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
3.Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
4.Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
5.Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
6.Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. 7.Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong ) kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
8.Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.

9.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
10.Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
11.# Resepi asal saya ambil dari forum cari.


Utk inti karipap..
ubi kentang potong dadu
seulas bwg putih cincang
sebiji bwg besar cincang
daging cincang
serbuk kari
sdkt gula
sdkt grm
daun sup/daun bwg

caranya:tumiskan bwg putih/bwg besar hingga kekuningan.masukkan daging..masukkan serbuk kari,kentang,gula grm..letak air skit.msk hingga empuk.bila dh empuk masukkan daun bwg/sup kacau2 dan tutup api.

Syabas Aiman!

Syabas Aiman..teruskan usaha anda..huhu... Tv yg baru jatuh sebentar tadi. Aiman bergayut kat tv tu..mama ni dh le tengah menyusukan adik dia. Terkejut nk terkam Aiman..tergolek irfan atas karpet..nasib la mmg duduk atas karpet td..tak le tinggi sgt..tp kesian le kat dia huhu. Aiman pulak pandai dia lari time tv tu nk jatuh..huhu..ngeri bile ingat balik sbb berlaku depan mata. Punyela kuat menjerit tadi...
Nmpk mcm pecah2 le jugak.Dh le tv tu tgh dok pasang tadi.Cabut wayar semua..tak larat le nk angkat..biarkan jela kat situ. Lepas tu Aiman lari gi kat pintu dgn muka takut. Dia tau dia buat salah n nk kena marah. Lepas agak2 mama xmrh dia dh..dia dok kat meja mkn sambil mkn sate..huhu..Tu depan mata dia buat gini.Dlm dok marah2 dia tu la nk jadi. Sbb tu jadi selalu risau kalau nk masuk toilet sekalipun. Dh berapa kali dia dok kat luar rumah dh..dok atas tempat aircond kat luar tu..nasib tak lari gi mane2 haa. Senang sgt pun nk bukak sliding door tu.Nasib rumah bwh sekali..kalau rumah atas dh lame dh dia terjun huhu...
Handphone mama yg rosak haritu pun tak berganti..ni pulak tv.Handphone tu pun dia la yg gigit. tu letak atas peti ais tu..kalau letak kat bawah pun serupa jugak la. Tak kisah pun takde hp sbb dulu pun xde.Dok rumah je pun..telefon rumah pun ade

Tuesday, September 28, 2010

Cerita Holiday

Alhamdulillah dh selamat semuanya. Lambat skit update cerita sbb bz menguruskan kain baju sebyk 2beg besar..haha..mane nk sidai nk lipat susun balik semua. Nasib hubby i tolong :-) Asyik gi jln takde masa nk basuh kat coin laundry tu..lagipun byk bwk baju lebih. Masa awal sebelum gi holiday tanye hubby ada duit ke nk gi holiday ni..katanya baru dpt duit bersalin lagi. Dapat lagi 80,000yen..bape peratus dr bil hospital tu kitorg dpt balik.Haritu kira keluar duit 130,000yen je..tapi lepas dpt duit 80,000yen tu..jadinya hubby cuma keluar duit 50,000yen je utk byr saya bersalin..dgn penginapan selama 10hari dan penjagaan yg sempurna dlm wad..hihihi.
Ok..sambung cite holiday. Seawal 4.30pg 18/9 kami bertolak dr rumah...sesudah subuh la kiranya. Byk tempat kami singgah sbb hubby penat drive..n mcm2 benda nk beli :-p air la makanan la..

salah satu kawasan R&R yg kami berenti
nmpkla gunung fuji ni..oh takde topping snow lagi..maknanya belum cukup sejuk hihi

nmpk ada byk ladang teh kat sini..kat shizuoka rasanya..ni salah satu aje yg ambik gmbr


ni dh sampai kat Mie-ken..nmpk nagashima resort..tmn tema n ade outlet..xsempat nk singgah pun



Iga ueno Castle di Mie-ken. Lepas tu kami terus ke Osaka..ke rumah Ros. Terima kasih ros..sedap2 makanan. Lepas tu terus check in kat Hotel.... Esoknya....kami ke Tokushima-ken..lokasinya ke Naruto-shi. Kami ke sini utk tengok Naruto Whirlpool (naruto no uzushio)-pusaran air dilautan yg terbentuk akibat pertemuan dua lautan. Takut menengoknye..dh le naik bot tu..sampai terpercik2 air..huhu..

On the way nk balik hotel kami singgah dulu dibandar Osaka..jln2 cari mkn..ambik gmbr skit2..
Esoknya kami ke Kyoto-ken. Dpt pegi beberapa tempat kat sini. Jalan tak jem..lagipun kami keluar awal..dlm sejam lebih dh sampai Kyoto dr Osaka


Kiyomizudera


Gion
Heian Shrine
Kyoto Imperial Palace. Sgt suke bile tgk org lelaki jln2 dgn anak camni..nmpk sifat kebapaannya itu :-)
Nijo Castle.Aiman dh penat jln..dok dlm stroller adik :-)

Kinkakuji ( The Golden Pavilion)

Di Arashiyama..jambatan tu namanya Togetsukyo

Tenryuji

Sagano bamboo forest..lihatlah si Aiman yg laju berlari itu..huhu. Dah habis..balik hotel di Osaka. Anak2 dah pengsan..kesian penat :-)

Esoknya kami bertolak utk ke Mie-ken..tapi singgah dulu di Nara. Aiman punyela seronok sampai gi cucuk mata rusa tu.Nasib tak kena tendang ye Aiman. Lepas tu dia jatuh terlentang sbb lari2 sgt..terus mood tak berapa baik :-p

Disebabkan awal lagi nk gi check in kat hotel..kami gi Ninja Museum dulu kat Mie-ken. Masuk dlm tu mcm ade bunyi2 menakutkan skit..Aiman terus nangis :-p

Lepas lunch terus check in kat hotel. Dpt rest lama skit..dr petang sampai esok pagi..sbb mlm tu hubby ada kerja kat Mie university. Tinggal dgn anak2 kat bilik hotel. Nasib bwk laptop comel tu..ade wifi..bolehla Aiman tengok kartun dia..si irfan pulak asyik tido..penat agaknya :-) mama tengok movie hehe...


Esoknya kami melencong ke Kyoto balik..lokasi seterusnya ke Byodoin. Sile lihat duit 10yen anda..ada le benda ni...
Lepas tu ke Fushimi Momoyama Castle. Best sb takde org..free pulak tu hahaha...

Lepas tu ke Fushimi inari taisya..ada byk torii kat sini (torii tu pintu gerbang merah tu)
Lepas tu ke Toji..ada pagoda tertinggi di Jepun...
dah habis..kami singgah di Biwako..solat siap2 kat situ sebelum bertolak pulak ke rumah...Byk kali jugak la berenti hubby tido kejap..sampai rumah dlm 10mlm gitu.
Demikianlah kisah percutian selama 5hari 4mlm kami...Mana tau ade rezeki boleh gi tempat lain pulak hihihi... :-p.
Smlm hubby cuti jugak..sbb dia malas nk gi keje katanya...hahaha..tambah pulak hujan lebat smlm lagilah jadi makin malas :-p so ptg smlm kami keluar kejap..mkn2 beli brg..byk betul mkn..udon,naan,takoyaki..aiskrim :-p So,harini kena la puasa. Sekian.

Aiman 3thn 9 bulan

18hb lepas genap umur Aiman thn 9bulan. Gmbr ni mmg diambil masa 18hb tu..waktu kami gi holiday :-). Nampak tak dahinya yg bertanda tu? Asalnya kena gigit nyamuk je.tapi dia asyik menggaru sampai jadi gitu. Tapi dh hilang dh skrg ni. Aiman ni pantang kena gigit nyamuk mmg teruk jadinya. Dulu doktor pernah ckp kulit dia alergik kalau kena gigit nyamuk :-p.

Semakin hari semakin aktif..kdg2 sampai takleh nk control. Mmg selalu le kena kalau dh melampau sgt tu. Selalunya budak2 yg umur lebih kurang dia..time umur camni dah boleh slow down (ni berdasarkan pemerhatian anak kwn2 yg ada kat sini ye) .Ape nk buat..milestone anak2 ni berbeza. Kalau ckp dgn dia selalu sgt dia..selalu buat derk je...sampai penatla nk berckp pun huhu. Kalau kat luar lagi la..berlari sana sini..nmpk apa semua nk pegang..ntah kemana2 nk pegi. Kalau tak tangkap mmg lagi jauhla dia pegi. Baru2 ni..dia boleh gi tarik tv tu skit2..nasib baik la tak jatuh dr kabinet..kalau tak mau dgn dia2 sekali kena timpa ok. Bila tegur skit je..dia akan mengamuk2 nk meluahkan perasaan marahnya...ketuk2 tendang washing machine,tarik sliding door kuat2 byk kali..hentak2 kaki dgn kuat ok. Mcm mana la saya tak kata dia tu hiperaktif..bukan suke2 nk label anak mcm tu. Dulu mmg ada anak buah yg aktif..duduk lama dgn dia..bila ada anak sendiri..mmg taula..anak sendiri ni aktifnya berkali ganda dr tu n dr anak org lain. Sebagai ibu..dah semestinya saya tau better dr org lain.

So,saya mmg kena byk bagi perhatian kat si Aiman ni. Kena selalu sibukkan dia supaya dia tak buat benda yg sgt bahayakan diri dia. Kalau kat rumah org..dia selalu buat hal sendiri..kdg2 je nmpk dia bergaul dgn budak2 lain. Yg paling selalu bila kat rumah org....dia jarang mengeluarkan suaranya...dia nk rebut mainan org n dia nk bukak pintu nk keluar dr rumah. Sapa2 yg perasan perangai si Aiman ni..sile angkat tangan :-p.

Kalau nk bagi dia diam skit..kena bagi dia bukak starfall.com ...bagi dia main..huruf2 hiragana buat perkataan. Hari tu dia punya nk buat perkataan...jadila neko yaki..terus rase nk gelak..tapi tahan..Ckp elok2..neko yaki tak bleh..tako yaki bleh le :-) Bulan depan nk kena gi check up Aiman..haritu kena tanya dgn makcik tu tak lepas sbb dia buat derk bile org tanya..mama tanye pun buat derk..bila balik rumah boleh aje..tau aje bile tanye..eiii geram.

Ni kalau nk bercerita psl anak..sampai bile tak habis kan..better stop skrg..nk type entry psl holiday pulak :-)


Tuesday, September 21, 2010

emm..chakk!!

Sekarang ni sedang bersiaran dr dlm bilik hotel di Tsu City,Mie Prefecture. Hubby ke Mie University mlm ni..ada kerja kat sana sekejap. Tinggal lah kami bertiga kat bilik. Dapat la berehat skit hari ni. Aiman tak sedar ayah dia keluar tadi..bagi dia tengok train kat youtube hahaha. Dia ingat ayah dia dlm bilik air sbb nmpk ade sandal ayah dia. Kalau dia sedar td maunye meraung. Nasib baik bwk laptop comel ni :-)

Dari hari Sabtu non-stop berjalan..penat sgt. Sabtu hingga Isnin tido kat hotel di Osaka. Hari ni tido kat Mie pulak..esok balik la rumah :-) Gambar tersgtla byk..tunggula balik rumah nanti ade masa baru upload. Sakit kaki berjln byk sgt :-p Tapi seronok sbb bukan senang nk dpt peluang camni :-) Anak2 pun sgt memberi kerjasama :-) sekian cerita hari ni :-p Nak tido awal mlm ni..esok nk melencong gi tempat lain pulak kot kata hubby :-p Lagipun hari khamis hubby masih cuti :-)

Friday, September 17, 2010

3 months old Irfan Faris

Harini Irfan genap 3 bulan hehe. Sangat suke gelak2 bile diagah :-)Kakinya pun dh kuat. Hari tu dia punye tolak2 kaki dia..sampai kepala dia terhantuk kat katil..huhu. Moga Irfan semakin membesar dgn sihat ye..



Curi2 masa jugak update blog walaupun beg tak siap kemas lagi..haha. Si irfan ni mood tak baik pulak harini..so mama kena dok depan pc jela sambil2 dia dok menyusu tu. si Aiman dh mmg tiap2 hari suke nk lari dr rumah..bukak pintu tingkap nk keluar. Jadi penat pulak nk kejar yg tu..yg kecik pun nk tengok..last2 nk mandi pun tak sempat lagi. Hopefully hubby blk cepat le tolong tengok anak2 ni. Sgt tak bleh harap nk tinggal Aiman dgn baby..sbb Aiman dh bape kali naik atas adiknya huhu. Kang bolehla mandi dgn aman damai..nk mandi lulur ke mandi bunga pun boleh :-p Tadi pun pukul 3ptg baru dpt lunch..dhla sgt lapar..mkn pun tercekik..yg sorg dok melalak nangis..yg sibesar pulak dh berdiri atas aircond kat luar tu. Haiyaa..mane la nk cari lock nk lock semua pintu tingkap tu...lock yg ada dia pandai bukak...penat ade anak yg hyperactive ni..huhu..sabar..sabar...
okla..penat membebel..kang hubby balik.daku yg kena bebel hahaha..pukul 2pg nk bertolak dh :-p tata.....

Tuesday, September 14, 2010

Mari Bercuti...

Kami akan pergi bercuti mulai 18hb ni..insyaAllah 22hb bertolak balik ke rumah. Kami akan ke Kyoto,Osaka dan kawasan2 yg berdekatan. Sebenarnya hubby kena outstation 21hb tu kat Mie..tp disebabkan ada public holiday hari isnin dan khamis..makanya dia bawa kami semua sekali. Dah booking hotel utk 4mlm :-). Ni kali kedua ikut hubby outstation..tq sbb sudi bwk kami hahaha. Best sbb tak kena tinggal :-p. Byk kali tanye betul ke nk ajak gi sekali. Dia kata..kalau takmo ikut dia gi sorg haha :-p. Bertuah le takmo ikut kalau org dh ajak. Akan bertolak awal pagi (mungkin sblm pukul 2pagi :-p)sbb nk elakkan jam n nak sampai awal. Biasa la hubby i..suke keluar awal. Sape yg biasa jln2 dgn kitorg tau le..dia punye awal tu..huhu. Kata hubby dlm 5jam dia nk kena drive. 1st time le i nk gi sana. Hubby dh byk kali dh..satu jepun dia dh pusing dh masa zmn muda2 dia dulu huhu...Nasib baik le skrg ni cuaca dh tak berapa panas..mendung2 gitu..boleh le berjln byk2..cuma skrg ni mcm selalu hujan huhu...ikut je la plan yg hubby dh buat :-) ...Ape yg penting tempat nk gi..tpt nk tido..sesuai dgn anak2.






So,skrg saya kena menyibukkan diri membuat list n kemas skit2 brg ape yg patut. Maklumla..nk mengemas brg2 utk 4 org..kang ade benda penting tinggal kang payah jugak. Dok tgh pk gak ni..nk dok lame2 kat hotel..kat mane i nk basuh baju..ke nk bawak baju cukup utk 5hari 4mlm..tp rasenye coin laundry byk kot huhu..paling senang bwk baju bykla kot. Lama dh tak gi holiday ni..1st holiday utk tahun ni..sbb dr awal tahun aritu pregnant..tak berjln jauhla. Kali ni bwk baby pulak..Hopefully berjln lancar n selamat semuanya...Amin

Monday, September 13, 2010

Hari Raya 2010

Selamat Hari Raya buat semua. Sambutan hari raya kami tak lah semeriah mcm org beraya kat Msia tu. Nak raya pun hubby kena ambik cuti la kan sbb raya jatuh hari jumaat :-) Pagi2 raya kami ke Kedutaan Msia di Shibuya, Tokyo.


Ni le baju raya Irfan hehe. Baju hadiah org bagi je pun..mama malas nk kecikkan baju melayu abg Aiman..baby pakai baju baby jela hehe :-p besar skit nanti baru pakai baju melayu ok :-)

Abg Aiman je la bergaya dgn baju melayu baru yg tok wan dgn mak tok hantar. tu mama dh pendekkan skit seluar tu...Ni masa tunggu uncle shaheer,auntie aisha dgn aina turun kat bwh :-)


4 of us di depan pintu Kedutaan besar Msia

sesi makan2...


aiman main2 kat tepi...

ramainya manusia..tp rase tak seramai dulu kot..maybe ramai student blk cuti :-)

Hari Raya kedua..ada sambutan hariraya dan birthday Aina kat rumah murni. Tq ye murni pinjamkan rumahmu yg kosong itu :-) Dpt jugak beraya mkn2 ramai2. Daku tolong masakkan kuah kacang,daging msk hitam, lemang n rebus ketupat nasi je. Lega bile org memuji..risau jugak sbb tak reti nk msk byk2 ni. Alhamdulillah makanan cukup sampai boleh org tapau..risau je takut xcukup :-)

irfan yg asyik tido tido n tido..ade la 4jam tido takmo bgn..mama yg risau dia xmo bgn2...dok kejutkan dia suruh minum susu :-p

kanak2 riang ria :-)

itu saje sambutan raya kami. Minggu ni kembali sibuk seperti biasa..hubby dh start keje harini. Mahu berkemas skit2 utk gi cuti2 di jepun selama 5hari 4mlm..yeay yeay...1st holiday utk tahun ni :-)

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya buat semua...Ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan terkasar bahasa. Moga Aidilfitri kali ini lebih bermakna. Bagi yg pulang ke kampung...Selamat pulang ke kampung..berhati2 dijlnraya...Moga gembira menyambutnya bersama insan tersayang...tiba2
teringat kat mak..huhu

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Tat Nenas

Ada yg request resepi ni. Saya ambil dr fotopages Kak Hanieliza. Mmg selalu buat guna resepi ni..sedap..n bhn2nya pun senang nk cari :-)





Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
(utk jem ni sya tambahkan sebatang kulit kayu manis)

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Chocolate Chip Cookies

Resepi dr mamainaz myresepi..sedap cookies ni :-)


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
375 gm tepung gandum
95 gm tepung jagung
240 gm gula perang
360 gm mentega / marjerin
4 sb serbuk koko
1 biji telur
6 sb chocolate chips
6 sb chocolate rice
6 sb badam cincang (disangai sedikit)
6 sb kelapa kering / nestum (saya guna kelapa kering)
1 st esen vanila

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
2.Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
3.Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
4.Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C