Friday, September 4, 2015

Happy 10th anniversary

27/8 lepas genapla 10thn usia perkahwinan kami. Moga kekal bahagia selamanya. Manis masam masin pahit semua ada....dr zmn baru kawin...dok jepun...berjauhan 2thn setgh...blk jepun setahun dan skrg dh 7bulan kami pulang ke msia :-) anak pun nk masuk 3. Tak pernah2 dia belikan kek anniversary...sbb selalunya saya yg beria buat. Agaknya memahami keadaan saya yg sgt terbatas nk masak beria hehe. Saya cuma sempat sediakan dinner yg special skit.nk buat lebih2 xlarat pulak. Jadi la kan..sbg tanda ingatan. Hadiah takde. Tunggu lagi 3 minggu keluar la hadiah besar punya hehe....

35weeks pregnancy

Skrg ni dh cukup 35weeks pregnancy. Ada lagi 3weeks sblm bersalin csect. Pagi td dah pergi jumpa pakar bius. Dah diterangkan prosedur yg akan dilakukan dan kesan sampingannya. Redha saja lah ye.
Mcm2 jugak ditanya sbb sejarah bersalin sblm ni ada kat jepun. Disebabkan jarak yg jauh masa bersalin sblm ni iaitu 5thn jadinya mungkin xde masalah sgt. Harap semuanya ok. Doktor tu juga bagitau bius kali ni gabungan antara spinal n epidural yg juga akan dicampurkan dgn morphin. Kesan sampingan yg mungkin akan dialami ialah muntah dan gatal kulit. Masa bersalin irfan...spinal sahaja seingat saya sbb tu bius saya cepat habis dan terpaksa ditop up di bahu huhuhu. Kali ni diorg psg tiub epidural..bila2 perlu tambah kt situ saja..xperlu cucuk dh.
Kemungkinan masa operation lebih lama sbb ni kali ketiga. Berdebar2 sungguh saya. Lagipun ni 1st time kt msia huhu. Moga dipermudahkan urusan nanti. Aaminn.....