Friday, August 9, 2019
36weeks3days pregnancy
Tuesday, June 25, 2019
30weeks pregnancy
Pic Sabtu lepas kat Hang Tuah Center Melaka. Bukan larat sgt nk berjalan dh skrg😅dah tua2 ni pregnant mmg sakit mcm2😁
Friday, April 26, 2019
Seleraku...
Tuesday, April 16, 2019
Check up 6 April - 18weeks
Seperti biasa encik suami temankan jumpa doktor. Doa nak tengok n dengar sendiri psl kesihatan isterinya n baby. Baby bergerak dgn aktifnya n sihat. 28hb ni kami akan buat details scan utk tgk baby lg dgn. Lebih detail. Berdebar pun ye. Utk next2 check up nk buat 3D/4D scan n 5hd scan juga. Tunggu cukup masa dia baru boleh buat. Skrg yg sesuai cuma details scan dulu. Details scan ni paling penting sebenarnya sbb utk tgk organ dlm2 baby. Dia beza dgn scan check up tiap2 bulan tu just ukur panjang ukur kepala, yg details ni lebih dr tuu
Pregnancy kalini mcm agak lama xlalunya. Gosok gigi nak muntah nk buang kahak pun nak muntah. Jenuh menahan pagi2 tu depan sinki🤮
Friday, November 6, 2015
Adhesion colic
Ada yg tanya saya pasal mkn ikan haruan. Ni saya nk cerita. Doktor bgtau mkn ikan haruan boleh sebabkan adhesion colic...iaitu usus yg melekat antara satu sama lain. Operation byk kali pun boleh jd adhesion colic...tp dgn pemakanan ikan haruan menambahkan lagi mslh tu. Sebab...doc kata ikan haruan akan sebabkan early healing..sebenarnya tak bagus. Sepatutnya kena bagi luka tu baik secara natural dulu.
Boleh baca detail kat sini http://knerangkedah.blogspot.my/2015/03/kesakitan-adhesion-colic.html?m=1
Tu saja nk share :-)
Friday, September 4, 2015
35weeks pregnancy
Skrg ni dh cukup 35weeks pregnancy. Ada lagi 3weeks sblm bersalin csect. Pagi td dah pergi jumpa pakar bius. Dah diterangkan prosedur yg akan dilakukan dan kesan sampingannya. Redha saja lah ye.
Mcm2 jugak ditanya sbb sejarah bersalin sblm ni ada kat jepun. Disebabkan jarak yg jauh masa bersalin sblm ni iaitu 5thn jadinya mungkin xde masalah sgt. Harap semuanya ok. Doktor tu juga bagitau bius kali ni gabungan antara spinal n epidural yg juga akan dicampurkan dgn morphin. Kesan sampingan yg mungkin akan dialami ialah muntah dan gatal kulit. Masa bersalin irfan...spinal sahaja seingat saya sbb tu bius saya cepat habis dan terpaksa ditop up di bahu huhuhu. Kali ni diorg psg tiub epidural..bila2 perlu tambah kt situ saja..xperlu cucuk dh.
Kemungkinan masa operation lebih lama sbb ni kali ketiga. Berdebar2 sungguh saya. Lagipun ni 1st time kt msia huhu. Moga dipermudahkan urusan nanti. Aaminn.....
Monday, August 17, 2015
32 weeks pregnancy
Alhamdulillah dah masuk 32weeks :-). Lagi 6minggu saja lagi nak bersalin. Saya akan menjalani csect yg ketiga pada 25/9 ni.masa tu 38weeks. Doakan saya ye :-)
Sepanjang pregnancy kali ni...saya tpaksa cucuk jari utk test gula dlm darah. Tiap minggu buat...so kami beli terus la alat tu sbb tak larat nak pegi klinik selalu. Kena la control mkn yg manis2 sampai bersalin.
Beza dgn pregnancy yg lepas2 saya x mengalami cramp kaki waktu tido. Sekali je pernah jadi sbb saya terlupa telan kalsium...huhu. kalsium cukup kot kali ni. Kalau dulu kerap sgt jadi tau.
Baby sihat saja. Haritu ssmpat buat ultrasound 4d. Doktor bgtau baby ok...leher ok xde terbelit tali pusat ke apa. Mulut pun ok takde sumbing. Jantina doktor ada bgtau sbb mmg nmpk.tp xberani saya nk confirm kan selagi tak keluar hehe.tunggu jela nanti.
Persiapan barang baby 95% kot. Ada yg terlupa beli lagi huhu. Cadar sarung bantal semua saya dh siap jahitkan. Warna baju xde tema sbb masih confuse jantina apa.mcm2 kaler ada.xpela hehe.
Moga dipermudahkan urusan kami :-)
Tuesday, May 5, 2015
17weeks 4days
Ni gmbr scan masa check up 16weeks haritu. Skrg dh 17weeks 4days :-). Baru rasa baby bergerak2. Lama xrasa mcm ni :-)
Skrg tgh buat list barang nk beli. Nk check jugak brg apa dh ada. Beza sikit mcm masa nk dpt baby kt jepun. Maybe sbb cuaca bajunya lain. Kalau kt jepun selalu gi kt nishi matsuya je. Murah n semua kt situ brg utk pregnant n baby. Kat sini..mmg tau tesco..giant pun ada jual...cuma kdg2 brg yg nak tu xde tpaksa beli online byk gak pilihan.
Tgh fikir jugak lepas bersalin nanti mcmana. Sbb ada anak nk sekolah kan. Tempoh masa dok wad pun cuma 3,4 hari. Balik umah dh kna buat sume keje...aduss. beza la dok jepun dok wad 10hari. Rehat lama badan cepat sihat. Dulu xde ank sekolah. Takkan nk usung baby baru lahir 4,5 hari gi sekolah hntr abg dia..fuhhh....bape hari laki nk kna ambik cuti ni adusss. Yg pastinya mmg kna buat stok makanan siap2 hohoho...sabar jela. Moga Allah bantu permudahkan urusan kami.Aamiin......
Friday, April 10, 2015
2nd trimester
Alhamdulillah...dah masuk 14weeks pregnancy. Mcm bertambah ok sikit dari haritu. Cuma nya...ada makanan yg x berapa lalu nk mkn walaupun sblm ni suka gila makan...iaitu laksa n asam pedas. X tau la sebab apa. Maybe sbb ada bau daun kesum pun. Bau je pun dh rasa x lalu apetah lagi mak makan...huhuhu
Hariti check up berat x naik pun.turun 2kg adala sbb xlalu makan. Hmm...masakan sendiri mmg kurang bernafsu nk mkn.ni pun tgh pk nk mkn apa ntah.
Badan asyik letih saja. Tambah pulak ada 2 hero yg sgt riang ria huhuhu. Selalu la mama terlena n depa buat projek mcm2...fuh...
Sebenarnya saya baru baik dari batuk..berminggu2 kena baru baik. Lengkap dgn sakit mata sekali huhuhu....tu yg mood nk berblog dah makin suram hehe
Last week jugak si suami terbang ke jepun kejap sbb ada benda nk settle.sempat la kirim mcm2 kat dia. Dia pun dgn semangatnya membeli baju baby...warna biru putih. Tanya dia nape mesti biru? Kata dia warna lain mcm x menarik perhatian. Seingat saya...saya mmg xpnh beli baju anak2 masa baby kaler biru hahaha. Suke beli kaler hijau kuning putih...dan lain kaler selain biru n pink :-p xpela kaler ape pun...sape pun boleh pakai. Jantina masih blm dikenalpasti...kecik lagi. Apa pun mama terima asalkan sihat sempurna :-)
Thursday, March 5, 2015
Alhamdulillah :-)
Lama dh peram ni. Sabtu ni cukup 11weeks. Rezeki baby...rezeki blk msia...rezeki dpt keje baru. Sebenarnya masa sibuk kms brg kt jepun tu dh 4,5 weeks. Tapi x check pun lagi. Cuma berhati2 x angkat brg berat sbb rasa kemungkinan pregnant tu ada.
Mmg plan nk menambah thn ni. Ingatkan nk bsalin kt jepun. Tup tup suami ajk balik msia. Kiranya ni 1st time pregnant n nk bsalin kt msia. Sgt blur sbb xtau nk check up ke mana...xtau nk tuju kemana pun. Jenuh cari info. Kalau kt jepun sistem nya lain. Mmg x sama. Yg pastinya csect kali ke3 huhuhuhu. Perasaan takut sbb x pnh kt msia huhuhu......xtau nk bsalin mana nanti.........hmmmmmm
Moga dipermudahkan segalanya nanti...
Monday, June 14, 2010
Check up @ 37weeks++ pregnancy
Esoknya..byk baring2 jela...hubby kemas rumah..msk,basuh pinggan semua. Lepas tu check balik brg2 dlm beg tu ikut list yg dh diberi. Hubby tolong checkkan brg2 tu. Haa..aku dh sakit baru nk check :-p hahaha. Lepas tu cuci carseat baby..bukak semua..basuh..dh kering pasang balik. Lama dh dok tersimpan benda tuu kena la basuh..Katil baby pun dh di lap2...sarung tilam,sarung bantal semua dh pasang..tp balut dgn plastik takut berhabuk. Esok dh selasa..last hubby keje..rabu dia dh start cuti.... :-)
Monday, June 7, 2010
Check up @ 36weeks
Thursday, June 3, 2010
36weeks pregnancy
Dahle Aiman ni sgt cergas dan aktif. Suke buat benda bukan2 huhu. Berdiri atas sinki,masuk dlm washing machine..kang jatuh sana sini..sepahkan toys dia..buka tingkap n panjat tingkap ala2 nk lari dr rumah. Smlm dia jumpe kat mana ntah crayon dgn kaler pencil..dia conteng tv,kabinet tv dgn peti ais. Lepas tu smlm dia masuk dlm sinki dan main floss..habis dia tarik sampai habis. Ohh anakku..tgh2 tak larat ni...mula la rase nk campak je dia kat luar tu...huhu..Sehari tak tau le bape kali dok jerit2 kat dia. Bile dia panjat..suruh turun..pandai dia ckp turun..turun..tp dia tak turun2 jugak..kena cubit jugak budak tuu. Sabar ajela....huhu. Tak dpt bayangkan lepas bersalin nanti cemana la nk layan 2 hero sekali gus ni. Yg kecik rase ok lagi kot..yg besar tu haa yg melampau sgt. Kalau hantar kat org pun takde org sanggup jaga....Okla..dh penat membebel..lebih pada luahan perasaan dh ni :-p
Info dr Babycenter...
How your baby's growing:
Your baby is still packing on the pounds — at the rate of about an ounce a day. She now weighs almost 6 pounds (like a crenshaw melon) and is more than 18 1/2 inches long. She's shedding most of the downy covering of hair that covered her body as well as the vernix caseosa, the waxy substance that covered and protected her skin during her nine-month amniotic bath. Your baby swallows both of these substances, along with other secretions, resulting in a blackish mixture, called meconium, will form the contents of her first bowel movement.At the end of this week, your baby will be considered full-term. (Full-term is 37 to 42 weeks; babies born before 37 weeks are pre-term and those born after 42 are post-term.) Most likely she's in a head-down position. But if she isn't, your practitioner may suggest scheduling an "external cephalic version," which is a fancy way of saying she'll try to coax your baby into a head-down position by manipulating her from the outside of your belly.
How your life's changing:
Now that your baby is taking up so much room, you may have trouble eating a normal-size meal. Smaller, more frequent meals are often easier to handle at this point. On the other hand, you may have less heartburn and have an easier time breathing when your baby starts to "drop" down into your pelvis. This process — called lightening — often happens a few weeks before labor if this is your first baby. (If you've given birth before, it probably won't happen before labor starts.) If your baby drops, you may also feel increased pressure in your lower abdomen, which may make walking increasingly uncomfortable, and you'll probably find that you have to pee even more frequently. If your baby is very low, you may feel lots of vaginal pressure and discomfort as well. Some women say it feels as though they're carrying a bowling ball between their legs!You might also notice that your Braxton Hicks contractions are more frequent now. Be sure to review the signs of labor with your practitioner and find out when she wants to hear from you. As a general rule, if you're full-term, your pregnancy is uncomplicated, and your water hasn't broken, she'll probably have you wait to come in until you've been having contractions that last for about a minute each, coming every five minutes for an hour. Of course, you'll want to call right away if you notice a decrease in your baby's activity or think you're leaking amniotic fluid, or if you have any vaginal bleeding, fever, a severe or persistent headache, constant abdominal pain, or vision changes.Even if you're enjoying an uncomplicated pregnancy, it's best to avoid flying (or any travel far from home) during your final month because you can go into labor at any time. In fact, some airlines won't let women on board who are due to deliver within 30 days of the flight.
Monday, May 31, 2010
Check up @ 35weeks++ pregnancy
Wednesday, May 26, 2010
@ 35weeks pregnancy
Hari ni masuk 35weeks pregnancy. Perut makin mengetat..keras aje. Bila baby bergerak mmg sampai boleh rasa siku lutut dia semua..tajam sana sini. Nak jln pun makin tak larat.

Info ni saya copy dr Babycenter...
How your baby's growing:
Your baby doesn't have much room to maneuver now that he's over 18 inches long and tips the scales at 5 1/4 pounds (pick up a honeydew melon). Because it's so snug in your womb, he isn't likely to be doing somersaults anymore, but the number of times he kicks should remain about the same. His kidneys are fully developed now, and his liver can process some waste products. Most of his basic physical development is now complete — he'll spend the next few weeks putting on weight.
How your life's changing:
Your uterus — which was entirely tucked away inside your pelvis when you conceived — now reaches up under your rib cage. If you could peek inside your womb, you'd see that there's more baby than amniotic fluid in there now. Your ballooning uterus is crowding your other internal organs, too, which is why you probably have to urinate more often and may be dealing with heartburn and other gastrointestinal distress. If you're not grappling with these annoyances, you're one of the lucky few.From here on out, you'll start seeing your practitioner every week.
-mmg kerap nk buang air kecil disaat2 begini especially time mlm. Tgh sedap2 tido tu..dgn berat hati..kena la bangun jugak kan. Kdg2 rase takut..sbb sblm tido hubby saya suke mengusik saya mcm2. Bila dia mengusik n saya takut..terpaksa la saya gerak dia bangun nk gi toilet hahaha. Tanpa byk soal tpaksa la dia bgn jugak..sbb salah dia. Tu la sape suruh usik2 i :-p. Kalau time Aiman tak tido lagi..mmg Aiman ni ikut je mama gi toilet..hehe..bagus budak ni :-p
Sometime between now and 37 weeks, she'll do a vaginal and rectal culture to check for bacteria called Group B streptococci (GBS). (Don't worry — the swab is the size of a regular cotton swab, and it won't hurt at all.) GBS is usually harmless in adults, but if you have it and pass it on to your baby during birth, it can cause serious complications, such as pneumonia, meningitis, or a blood infection. Because 10 to 30 percent of pregnant women have the bacteria and don't know it, it's vital to be screened. (The bacteria come and go on their own — that's why you weren't screened earlier in pregnancy.) If you're a GBS carrier, you'll get IV antibiotics during labor, which will greatly reduce your baby's risk of infection.
-pasal GBS Test ni..xtau le kena buat ke tak kali ni sbb saya csect. Setahu saya kuman tu boleh berjangkit kalau bersalin normal sahaja. Masa Aiman dulu kena buat masa 37weeks. Tapi mmg disahkan le masa tu saya mmg GBS carrier. Masa tu doktor bagi ubat mkn dan lepas tu dia test ubat kat lengan saya..utk pastikan saya takde alergik/gatal2 pd ubat tu. Masa tgh sakit contraction tu doktor masukkan ubat kat lengan.
Sabtu ni kena gi check up lagi. Pukul 9.20am dh kena start buat Non-stress Test tu dan check up mcm biasa. Mungkin nk bincang balik pasal date nk kena csect tu..kalau2 berubah ke ape. Berdebar2 pulak rasa...mana berdebar nk rase sakit tu..jugak berdebar nk kena keluarkan duit yg byk :-p Kena byk mana la nanti ni. Moga murah rezeki.Amin....
Monday, May 24, 2010
Check up @ 34weeks pregnancy
What happens during a non stress test?
A non stress test lasts about one hour. During the test, the pregnant woman is hooked up to fetal monitors. These monitors are similar to the bands you can expect to see during labor. The pregnant woman is also given a device that she will use to record movements.Each time the woman feels the baby move or kick, she should push the device.
The object of the non stress test is to monitor and evaluate the fetal heart rate during periods of rest and activity. In a healthy situation, the fetal heart rate will increase when the baby begins moving and starts kicking. These results show the doctor that the fetus is receiving proper amounts of oxygen and is in no fetal distress
Tuesday, May 11, 2010
Kesan Bertungku
Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini? ERNIE, Kuala Lumpur
Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.
Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.
Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.
Monday, May 10, 2010
Check up @ 32weeks pregnancy..
So,balik je dr checkup tu..makin selesema dgn sakit kepala..asyik baring je. Ptg tu Aiman keluar dgn ayahnya gi tmn main2..xlarat nk ikut..terbaring je. Mlm tu seksa nk tido sbb asyik bersin2..hidung tersumbat. Sian baby asyik bergegar je perut mama bersin batuk..huhu. Mlm tu jugak Aiman start demam. Maka asyik terbaring le kami 2beranak. Nasib la ayah Aiman xjangkit..kalau tak sape nk jadi penyelamat. Mama x ambik tau sgt pun psl Aiman..ayah dia yg bg ubat..lap2 badan dia. Mama pun asyik terbaring je..Nasib la bangun pagi tu Aiman dh makin ok..cuma selesema sakit tekak. Hari Ahad tu bwk le dia gi klinik emergency. Dptla ubat. Hari ni pun nmpk ok..xde demam dah..cuma sakit tekak jela.
Tgh mlm td tengoh tido cramp pulak kaki ni..huhu.......sakitttt!!!
Friday, May 7, 2010
Checklist brg utk masuk wad
- baju tidur-hari tu silap beli yg biasa je..ada seluar..n baju pun jenis pendek. So, sebenarnya yg dia nk yg jenis labuh tu ade butang kat depan..yg takde seluar lagi senang. Yela nanti kan asyik nk kena cek perut aje..kalau pakai yg seluar tu payah pulak. Masa Aiman dulu pakai hospital punye je..tu yg jadi jakun sgt xtau hahaha..
- panties-yg ni kena bawak yg jenis boleh bukak kat bawak tu..ade zip zap lagi..senang nurse nk tolong tukar :-p
- bengkung-yg jenis zip zap
- nursing bra
- sandal utk pakai dlm wad
- toiletries yg sesuai-berus gigi,ubat gigi,sabun,syampu dll
- towel-bath towel,face towel,hand towel
- maternity pad-yg ni ada disediakan tp bwk jugak..beli size L,M dan S
- disposable breast pad
- sapu tangan
- tissue paper
- chopstick/sudu/garpu-yg ni pun kena bwk sendiri
- baju mama/baby utk pakai keluar wad
itu saja yg kena bawak..yg dia bagi pulak
- maternity pad
- disposable panties
- wet tissue
- breast pad
- nursing bra
brg2 tambahan yg nk bawa
- nursing pillow-xtau ade sedia ke tak.masa aiman dulu xyah bwk pun sbb ada.ari tu nmpk ade org tu bawak :-p
- kamera
- buku2 utk dibace
- plastik n selotape..utk letak kat perut masa mandi :-p
wah..byk jugak nk kena bawak ni. Masa Aiman dulu..setakat baju tido..towel semua pakai yg hospital..siap ade org dtg hantar yg baru tiap2 hari mcm dok hotel. Kali ni..ayah Aiman la ye kena tolong basuh :-p. Benda2 lain..kalau perlu boleh suruh hubby bawak sbb tiap2 hari dia dtg :-) Dah letak 1 tempat dah baju2 yg perlu dibawak lagi supaya hubby tak mencari2..
Semangat ni kemas beg..yela..seminggu tau dok dlm wad. Masa ni le boleh rehat betul2 tanpa ada gangguan :-) Nasib baik la dpt dok seminggu..kalau 2-3hari dh kena balik..letih jugak. Dok umah kang mcm2 rase nk kena buat walaupun ade org lain yg boleh buat kan. Lepas keluar wad..dah boleh memasak kat dapur dh hahahaha. Skrg dah masuk 32weeks pregnancy..kemas awal2.....kang silap2 tersakit awal kan..semua dh ready. Esok nk gi check up utk 8months..nk mintak sekali ubat selesema kat doktor tu kalau ada..xthn le..asyik sedut hingus Aiman..last2 mama yg berjangkit. Lagi safe mintak ubat kat doktor tu sbb dia tau mane yg sesuai :-)
ni gmbr skrg...32weeks pregnancy..besar kan :-p.cemana nk jadi kecik balik ni..kalau boleh nk jadi cam gambar kat bawah ni balik..boleh??:-p hubby gelak2 je bile tunjuk gmbr lama tu :-p Gmbr masa baru2 kawin..mmgle kecik molek..slim melim je..ramping pulak tu haha..maklumla time ni berat 49kg je :-p kalau nk ke berat ni jugak..mau kena turun lg 20kg :-p hahahaha....mana tau..impian jadi kenyataan..
Wednesday, April 28, 2010
Caesarean Section

Pasrah menerima kenyataan...
Disebabkan kali ni csect yg dirancang...rase agak seram sejuk skit. Mula la teringat rase sakitnye tu. Yela..hidup2 nk serah diri kan. Kalau masa Aiman dulu tu emergency..time tgh sakit contraction tuu..mmg rela dioperate time tu..dh lembik cam ape dh. Bila ckp kat mak nk kena operate..dia pun xckp ape la..nk buat cemana kan...takkan nk ckp takut pulak kat dia nanti dia lagi risau kan :-) Bila doktor ckp nk kena operate lagi..mau 2-3hari tiap2 hari tido sampai dok termimpi2 teringat lagi kisah dulu :-) Teringat lagi cemana rasa sakitnya itu. Mmg tau bersalin normal sakit sgt2...tapi tak usahlah dikatakan bersalin csect ni tak sakit. Hanya org yg mengalaminya saja yg tau..dan ape kata kite tanye pada mereka yg pernah melalui kedua2nya :-)Saya pun tak kisah kalau ade yg kata c-sect ni kurang pahala bersalin (mmg ada org ckp gini tau). Bukannya pertandingan pun nk dibanding2. Yang penting dpt bersalin dgn selamat. Bukan semua ibu2 yg terpaksa c-sect tu minta dioperate..tapi keadaan memaksa :-) sama ada emergency atau elective caesarean. Biarla nk operate byk kali pun..ada je kwn2 yg dh operate sampai 4org anak..ok je...tapi semua tu bergantung pd kesihatan diri masing2 jugak kan :-) Nak ramai2 pun kang tak larat nk jaga :-p
Pengalaman dulu....
Masa operate mmg tak sakit kan sbb ade bius. Bila habis bius tu ..saya mmg rasa sakit sgt2...xtau le sbb ape...mungkin sbb time tu masih demam panas......lepas diberi painkiller baru boleh bgn.....xtau la kalau ada yg kata tak sakit..perut kebal agaknya :-) Luka tu bukannya kecik..tu baru luka luar..luka dlm tu lagi la byk lapis. Time nk bangun tu paling rase sakit. Rase perut ni kena siat2 je pun ade. Kalau takde org pimpin..takdenye boleh bangun..ambik masa le nk bangun berjln dgn betul pun.Asyik kena berpaut bile nk bangun. Rase nk menitik airmata nk bgn pun.
Tu baru nk bangun..nk melangkah pun..bile dh bgn..nk duduk pun sakit..lepas tu rase taknak bgn dh :-) Ya Allah sakitnye tu tak tau nk ckp. Kalau nurse tu tak ckp nk bwk gi tengok baby..mmg tak bgn dh rasanya. Sbb rase semangat sbb tak dpt tgk lagi tu yg gagahkan diri bgn berjln jugak sakit2 pun. Patutla lepas operate dia xbg tgk..bg gambar je.Rupanya esok tu nk suruh aku bgn berjln:-p. Masa nk bgn tu sebelah tgn pegang tiang..sebelah tgn lagi pegang nurse tuu. Siap dia dok ckp 'gambare..gambare'..suruh berjalan..mmg betul2 mcm baby baru nk belajar berjalan. Jln selangkah dua berenti..byk kali la..sampai dekat kaunter ada ramai lagi nurse kat situ..semua ckp..sugoii ne..gambare..gambare...Waaa..rase nk nangis time ni..tapi rase nk jln cepat2 jugak walaupun sakit..sbb nak tengok baby.
Nasib baikla kat sini mmg dok wad seminggu. Baby diorg jaga,mkn pun dh sedia..lega byk la kat situ. Tido pun atas katil yg leh adjust2 pakai remote je. Cukup seminggu dh boleh la nk berjln pun agak senang walaupun mula2 nk bgn tu payah. Dok kat bilik wad..tengok movie aje..lepas tu tido :-p time susu je dia hntr baby kat bilik. Pengalaman yg kedua ni tak tau la cemana.Yang pastinya mestile takkan sama kan. Cuma yg samanya sbb kena c-sect jugak. Bezanya cuma yg dulu emergency..akan dtg ni csect yg dirancang.
Sebenarnya agak fobia dgn bersalin Aiman dulu tu. Ingatkan boleh la bertahan 16jam contraction tu. Rupanya tak boleh. Org lain berpuluh2 jam pun boleh tahan huhu. Kesakitan setiap 3minit selama 16jam tu terus buatkan terus demam panas. Masa pukul 12tghari dgr doktor tu ckp..kalau nk tunggu bukak 10cm mlm kot baru bersalin..mcm nk pengsan dgr..dhle dok sakit dr pukul 1pg....huhu. Dgn takleh minum air langsung..taktau le sebab ape..selalu dok dgr org nk bersalin ni siap boleh mkn mcm2 lagi. Dahle penat byk hilang tenaga tahan sakit..air pulak takleh minum..sgtla dahaga. Cucuk ubat..sedut gas semua dh tak jd ape dh rasenye. Mata nk angkat pun tak larat..tgk kepala org semua jd dua sbb dh demam..siap tido atas bantal ais lagi. Hubby pun siap bace Yassin kat sebelah..rase mcm nk mati pun ade dh. 6hari dok wad tu dok demam panas... kiri kanan kena cucuk ubat.Haii..terasa sgt teruk la mase tu. Masa hubby ckp nk kena operate tu..cuma jwb..hmmm aje.Tak daya dh time tu mmg menyerah seadanya.
Bila cerita kat mak..mak ckp..saya ni mmg dr kecik kalau sakit mmg suke sakit teruk2..dulu penah sakit selama sebulan..tak tau le penyakit ape..sampai kuku jadi biru..selang 2-3 hari gi klinik jumpe doktor benggali. Bile dh besar skit mmg jarang demam...tapi sekali demam mmg tak bgn langsung...lembik n asyik muntah dgn byknye.Antibodi tak kuat gamaknya :-) Lepas kawin..demam panas sampai menggigil2..hubby siap kejutkan mak sbb tak tau nk buat ape.Mak ckp ida kalau demam mmg teruk..tp selamba jela..pegi hospital siap kena thn wad masuk air lagi hahaha.Ape daa..lembik betui...Semangat je mcm kuat..tp bdn tak kuat.Sbb tu dulu masa nk bersalin Aiman mak mcm risau sbb nk pantang sendiri..dia tau la anak dia ni kuat cemana kan. Bile sakit je mesti teruk.
Tapi alhamdulillah Allah permudahkan. Utk kali ni mak ckp..mak tau..menantu dia boleh jaga anak dia dgn baik :-) Masa balik Msia hari tu..bila Aiman terberak je..terus ayah dia basuhkan. Mak jadi pelik n ckp..eh,Aiman berak tu gi le basuh.Mmg belum sempat nk gi basuh ayah dia dh buat dulu.Lepas tu ckp kat mak...menantu mak tu mmg begitu..dia akan buat tanpa disuruh. Oohh..bagusle gitu mak kata :-p Dan dia tak risau lagi bab2 nk jaga anak ni. Tapi mmg masa dlm pantang dulu agak kerap telefon mak tak kira siang atau mlm.Hubby ckp ade ape2 nk call..call aje tanye :-)
Ada hikmah jugak rasanya bile kena plan csect ni. Semua boleh plan awal2 sbb dh tau bila tarikhnya. Selain dr tu, takyah nk pk sape nk jaga Aiman ke ape..hubby pun leh terus ambik cuti. Moga dipermudahkan kali ni. Mudah2an tak sakit dulu sblm tarikh operate tu. Saya takmo emergency c-sect mcm dulu. Dahle kena sakit contraction lama..lepas tu kena operate pulak..huhu. Nak bius pun saya tak mampu nk duduk. Bius sambil baring je sbb sakit thn contraction dan demam panas time tu. Baju pun tak mampu nk tukar sendiri..semua nurse2 yg buatkan.
Kalau ikutkan pengalaman dulu (ni dr pengalaman sendiri..pengalaman org lain mungkin berbeza)..lepas siap csect tu..terus diorg pakaikan saya dgn stokin panjang sampai peha yg ketat. Lepas tu diletakkan alat utk tumbuk2 kaki saya. Sepanjang mlm saya tido dgn benda ni. Bukan tu saja..tido berbantal ais dan diletakkan selimut tebal 3helai..huhu. Berpeluh2 tido...sgtla tak selesa..tp disebabkan tak sihat/demam kena terima semua tu. Lepas tu..selagi tak kentut mmg takkan diberi makan. Hari ketiga baru saya dpt mkn sbb tak kentut :-p. Tapi tak rasa lapar sgt sbb asyik kena masuk air dgn ubat. Menu pertama ialah air nasi dan air potato. 2 kali dpt menu ni. Lepas tu baru dpt bubur nasi dan mashed potato. Menu seterusnya baru saya dpt mkn nasi mcm org lain. Diorg takut ada masalah penghadaman sbb tu buat gini..kan baru lepas operate :-) Ada satu lagi yg takleh saya lupa..lepas csect tu..tgn dgn kaki saya bengkak. Nak pegang baby pun takleh sbb rase nk terlepas..Nape bengkak ye..ke sbb asyik masuk air je dlm badan sampai jd gitu??
Last day nk keluar wad tuu..kena check dgn doktor. Lepas tu dia cuci luka operate tu. Sblm tu dia cabut stapler kat luka operate tu...tanpa letak ubat ape2.Sakit gile time ni. Tiba2 rase takut pulak hahaha...hubby pun tgk masa ni...tp dia mcm tengok tak tgk je :-p Fuh..pjg lebar ceritaku ini...Moga kali ni lebih mudah..n mmg nk prepare mcm2..mental n fizikal pun kena siap sedia jugak :-) Tunggu bulan 5 ni doktor akan set tarikh yg sesuai utk csect bulan 6 ni :-)







































