Thursday, September 26, 2013

Back to Japan



Ada 2 countdown skrg ni...lagi 9hari si suami nk pulang bercuti 2minggu...dan satu lagi punya countdown lagi 67hari kami akan hidup bersama balik..Akhirnya penantian saya selama 2thn 3bulan akan menjadi kenyataan. Susah saya...airmata saya....kesedihan saya berjauhan dgn suami..kesana sini uruskan anak sorg diri akan berakhir. Alhamdulillah...lepas ni perlukan lebih kesabaran dan pengorbanan juga..tapi bila dekat dgn org yg tersayang..masalah emosi takde lagi...boleh tumpukan perhatian terus pada anak2. Setelah memikirkan semasak2nya demi untuk kebaikan ayah..mama..aiman dan irfan..kena buat keputusan mcm ni. Kami dah tak sanggup nak berjauhan utk 2tahun lagi huhu.

InsyaAllah 2/12 ni saya dan anak2 akan berangkat kembali ke Jepun balik...dan akan menetap disana..mungkin dlm setahun dua. Ayah Aiman irfan murah rezeki dpt naik gaji n position baru n dpt training jugak utk position baru tu.. Alhamdulillah... rezeki pun untuk masa depan anak2 juga. So ayahnya xjadi la back for good tapi dia ajak kami balik dok dgn dia. Dia pun xlalu dok sorg2,,hmmm mmg pun saya pun xlalu..anak2 pun tak membesar depan mata ayahnya...terasa ada yg kurang.  Walaupun keputusan ini telah mengecewakan sesetgh pihak tapi apa yg boleh ku buat. Bukannya saya xcuba pujuk suami saya pulang bekerja diMsia. Setiap hari saya Tanya dia bila nk balik. Dia pun bukan sengaja takmo balik. Hutang di Jepun perlu settle dulu..nk balik pun perlu duit jugak. Org cakap senang je suruh balik. Kalau diorg nk bagi duit nk byr hutang semua tu takpela jugak. Suami saya bukan jenis nk pinjam duit mak bapak nk bayar hutang dia. Semua dia nak usaha sendiri la. Org yg tak biasa jauh dr family n tak biasa hidup berdikari mmg sentiasa nk mintak tolong org bila rasa susah sikit. itu tak bagus ye tuan puan. Jgnla selalu dok merap kat mak bapak yg dh tua. Bagi la diorg rehat dari menjaga cucu2..diorg pun dh penat jaga anak2 masa dulu2..jgn ditambah lagi nk kena didik cucu2 pulak.
 
Keputusan yg agak berat sebenarnya ni sbb cuma ada 3 pilihan. 1)suami pulang ke msia 2)berjauhan lagi dlm 2thn 3) saya dan ank2 blk ke jepun. yg 1st dh xboleh.suami saya baru dinaikkan gaji dan position yg lebih baik di company skrg.so disebabkan xnak bjauhan lagi suami ajak saya balik. itu pun setelah melihat perkembangan positif aiman. saya pun xsanggup bjauhan lagi.letih sangat.2thn lebih bkn senang.ank2 xckp ksh syg ayah..mama pun lagila. airmata xpenah kering huhu. saya pun ada perasaan sama mcm isteri2 org lain jugak. ape perasaan anda kalau 4bulan sekali baru dpt jumpa suami sendiri???? nk tmbh lagi 2tahun mmg sorry lah kan. saya penat jugak nk menghadap org2 disekeliling saya.anak2 saya sgt aktif..yg sorg tu dh tentunya hiperaktif kan. mcm2 diorg buat kat rumah ni yg saya rasa akan agak mengganggu org2 tua nk berehat..kacau brg2 org..rosakkan mcm2. saya yg kurang senang bile jadi mcm ni..saya tak selesa. takkan saya nk kurung anak2 saya dlm bilik je. so saya fikir lagi mudah kalau besarkan anak2 dirumah sendiri..nk buat apa buatlah..asalkan tak merbahaya.
 
perancangan kami utk aiman..nk buat homeschooling utk dia.saya sendiri dh dptkan silibus pendidikan khas dan jgk buku teks dr cikgu. Maka akan bermulalah tugas saya sebagai cikgu dan terapis pada aiman sepenuh masa. kat US byk je yg buat homeschooling utk ank autism. Berani bawak dia balik ni pun sbb Aiman dah berckp(walau tak ayat pjg mcm budak lain)dan aiman dah start belajar mcm budak lain..dia dh pandai tulis..baca....di nasom pun dia dh masuk kelas transisi..iaitu kelas yg disediakan sbg persediaan utk masuk ke sekolah mainstream/aliran perdana. so kat rumah pun mmg saya mengajar dia..cuma bila ada sukatan pelajaran dr cikgu tu akan lebih teratur la. dok sini pun speech terapi tak pegi pun..occupational terapi pun cuma dpt pegi 2bln sekali..tu pun dah 2kali pegi asyik buat matematik je..huhu..baik mama buat terapi kat rumah kan. dulu saya zero knowledge psl autism ni..skrg saya dh makin kenal autism dan makin kenal aiman. 2thn lebih berpeluang ikut gi terapi..sekolah..baca buku dan byk sumber rujukan lain selain bertanya pada yg pakar di group autism msia di facebook..cikgu2 dan terapis...membuatkan mama juga belajar mcm2 utk aiman. ilmu tak pernah rugi kalau kita belajar..sampai bila2 pun kena belajar. berterima kasih pd aiman..kalau bukan sbb dia autism mama pun xtau autism tu apa.walaupun autism kdg2 tak semua cara sesuai dgn aiman.mama kena pilih n cari mana yg sesuai utk dia.

Kenapa tak hntr sekolah kat jepun? Sebab kami nak gunakan bahasa melayu sbb aiman dah cakap melayu..English pun dia faham..boleh baca jugak. Dgn cara ni....kami dpt dok sekali..anak2 pun dpt kasih sayang ayah dan kami tak susahkan org lagi. Aiman mmg perlukan ayah dia. Kdg2 dia macam sedih bila tanya mana ayah dia. untuk perkembangan dia yg lebih baik..memang dia perlu dekat dgn ayah dia...nama pun anak lelaki. Ada benda2 tertentu hanya ayah dia yg sesuai ajar dia especially bab2 lelaki ni. Tenaga dia pun makin kuat..sekali sekala dia buat perangai tu..mama mmg tak berdaya nk pegang dia. Dan sesuatu yg saya takleh nafikan...mempunyai anak istimewa ni...suami isteri tu perlu hidup bersama...bermacam masalah..behavior anak yg sentiasa berubah dan perlu ditangani. saya dah penat berendam airmata sorg2......Walaupun saya tau suami saya selalu kena outstation nanti..tp sekurang2nya takdela lama sgt anak2 tak jumpa dia. Saya pun kena sentiasa bersedia dgn segala kemungkinan bila ayahnya outstation.
 

9 hari lagi...yeayyy..dh dekat 4bulan xjumpa huhu...minggu ni sibuk siapkan permintaan makanan dia..kuih tart nenas je belum buat lagi...

Sunday, September 15, 2013

selamat menjamu mata

antara masakan saya...time rajin ambik gmbr je.time xrajin xambik gmbr pun..xsempat huhu....

Benjol oh benjol....

irfan yg terbenjol di dahi masa berlari2 dan terlanggar dinding..inilah hasilnya....huhuhu......dok rumah simen beginilah ye...aiman dulu time aktif mcm irfan ni...dibesarkan di rumah kayu...terhantuk atau terjatuh pun xrisau sakit.xpe la...nanti kita cari rumah kayu n dok kat situ jela ye ....

gigihla mama letak ice kat benjol tu...risau jugak kan takut jd apa2...

Sunday, September 8, 2013

Jamuan Hari Raya lagi....

Ni gmbr last week..last jamuan raya kat nasom pulak. Byk sgt makanan. Mama masak nasi impit dan puding2 tu je.






Dah dua minggu mama cuba tukar rutin harian aiman. Selalunya lepas ambik dia dari sekolah pagi..mama terus hntr ke nasom.dia mandi dan makan kat nasom.tapi 2minggu ni mama bawa dia balik rumah dulu...mandi dan makan kat rumah.lepas tu mama hntr ke nasom. Tujuannya cuma satu..nak bagi dia biasa dgn rutin selain dari yg biasa dia buat. Sebabnya kanak2 autism ni..mereka ada masalah bila perubahan dlm jadual hidup mereka...mungkin ada yg akan tantrum bila suasana baru. Aiman masa awal2 dulu mama mmg niat nk bawa dia blk rumah dulu..tapi dia takmo pegi nasom pulak..mengamuk mcm nk pengsan..masa tu ayah dia pun ada.so mama kena tukar..hntr dia terus. So skrg dia dh ok mcm tu..mama cuba tukar jugak supaya dia biasa dgn 2 keadaan tu. Nmpknya dia ok..elok je dok makan dan mandi. Beberapa bulan lagi rutin harian akan berubah lagi. Mama kena bersedia lebih awal dgn pelbagai keadaan. Moga dipermudahkan urusan kami selepas ni....27hari lagi menanti kepulangannya.....

Friday, September 6, 2013

Resepi : Kek Pisang cepat siap

Kali ni nak share resepi kek pisang yg mudah dan sedap. Aiman pun suka. Saya ambil dari blog mat gebu. Terima kasih pada tuan punya resepi. Sedap sgt..Saya letak kat sini supaya senang nk buat lagi bila dok kat mana2 pun.takyah usung buku resepi dh ;-p
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor
Secubit garam
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang
Chip chocolate secukupnya (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Campurkan chip chocolate. gaul rata
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

Monday, September 2, 2013

Terapi ohh terapi

Harini sgt sibuk..hntr aiman gi sekolah mcm biasa.blk rumah terus msk utk lunch.pukul 10.45pagi ambik aiman dan bwk gi hospital ada occupational therapy.sempatla layan irfan kt playground sementara tunggu irfan.

beberapa bln ni dpt terapis lain yg tak best.asyik buat aktiviti yg sama je.hmmm.. baik mama buat ot dgn aiman kt rumah ye tak? dhla dpt appointment 2bln sekali..kdg2 je dpt sebulan sekali.hmmmm..speech terapis pun dh xpegi sbb dah pegi 3,4 kali tapi mcm x buat ape pun.yg dia tau cuma nk pandai2 tukar aiman masuk mainstream..huh! hangin semuanya. takpela..aiman terapi dgn mama jela.ibubapa sebenarnya org yg paling dekat dgn ank dan boleh jd cikgu n terapis yg paling baik utk ank...asalkan rajin cari ilmu..insyaAllah...

mama pun perlukan terapi jgk ni..huhu...dpt pegi spa pun bagus jgk ;-p