Wednesday, February 29, 2012

Bila irfan pergi cucuk...

Semalam bawak irfan gi check up 1thn 8bulan dan cucuk...cucuk last..org lain kalau umur dia dh lama habis. Tapi irfan baru habis. Pening jugak sbb lama tunggu..selalu tak pernah tunggu lama gitu. Irfan sampai lena dok dlm sling. Mmg sengaja letak dia dlm tu sbb time tu mmg time tido dia.Takdela letih mama nk pegang. Nk bwk stroller sempit kat situ..hmm. Saya still guna ringsling utk irfan kalau gi klinik sbb senang nk masukkan dan keluarkan.Baby carrier pun ade tp tu kalau gi shopping boleh pakai kejap2. Takmo bagi berjln sbb nanti dia mengganas. Berbaloi jugakla beli ringsling yg berharga 4000yen tu. Ingat lagi masa awal2 pregnant hubby tak bagi beli. Tapi ckp kat dia nk jugak..nanti nk kumpul duit sendiri. Beberapa bulan kemudian masa shopping brg2..dia yg bayar walaupun duit sendiri mmg dh cukup. Tengok 4000yen pun kena kumpul berbulan2..tu sbb dpt duit dapur tu cabut 1000yen tiap2 bulan hahaha....
Mula2 gi timbang berat semua. Lepas tu kena jwb soalan soal selidik gitu utk irfan..utk saringan autime kata nurse tu. Mmg wajib jawab soalan tu utk budak umur irfan. Lepas tu ckp kat nurse tu kalau nk tau abg irfan ni kanak2 autisme. Ohh ye ke kata dia. Lepas tu dia check balik soalan tu..irfan ok.Nanti umur 3thn kena buat lagi.
Lepas tu dia tanya dh buat ujian pap smear ke? Ohh lama dh tak buat..last buat masa irfan umur sebulan ;-p Eh boleh buat ke kat sini..tanyaku.. Boleh kata dia. Nurse tu tanya nk buat tak? Ckp nak le. Lepas bincang2 dia kata bulan depan datang diorg check. Bagi tau kat nurse tu..saya mmg tak tau sistem kat sini sbb anak2 saya dua2 bersalin kat jepun..saya tak pernah mengandung kat msia..haha. Oh ye...nk buat pap smear ni bukan sebab saya mengandung ye. Nanti ada yg ckp saya mengandung pulak kuang kuang. Itu adalah mustahil buat masa skrg. Yang dua org ni pun tak terjaga ;-p. Check utk kesihatan le..bagus jugak ye gitu.
Jadinya bulan depan 13hb kena gi...14hb pulak aiman ade occupational therapy..15hb pulak aiman ade speech therapy...wah..hari2 yg meletihkan nmpknya huhu.....

Monday, February 27, 2012

Bila Aiman berkata2 :-)

Mama sgt senang hati bila Aiman semakin kerap mengeluarkan kata2 skrg ni. Mungkin bagi org lain benda ni tak besar pun.Tapi bagi ibu kepada anak autistik yg kurang berkata2 ni...syukur alhamdulillah...Tapi suara dia sgt kuat..pitching yg sgt tinggi hihi..kalau kat luar mmg org dok pandang2.Aritu kat marrybrown..mama nk order kat kaunter..dia dh cari tempat duduk dan dari jauh dok panggil..mama ohh mama....;-p

-Aiman ke dapur.Bila mama ajak pergi ke depan dia takmo. Tiba2 dia tengok mama dan ckp "nasik" "nasik"..terus mama ambik nasi dan dan lauk dan Aiman mkn dgn lahapnya..huhu..nk menangis rasanya

-Aiman kerap panggil mama skrg ni. Kalau dok kat bilik air pun boleh dengar dia panggil kat bilik. Mama..ohh mama bunyinya...mesti ada benda dia nk tu. Selalu nk apa2 dari jauh dia panggil mama :-) Bila mama dtg dia sebut la..apa dia nk..nak game ke..nk suruh buka apa2..

-Kalau dia main2 dgn tokwan..tokwan dok tangkap2 dia..dia menyorok..lepas tu dia gi panggil tokwan tokwan.Ada sekali tu tokwan kejar dia..dia lari2 sambil panggil maktok maktok..hihi..mama suke dgr :-)

-Aiman kenal kwn2 sekolah dia.Selalu masa ambik dia kalau ternmpk kwn2 dia..mama suke tanya dia.Aiman tu sape? nanti aiman sebut la nama kawan dia tu :-) smlm mama tanya fatin dia kata..haritu tanya alif..dan mcm2 lagi

-Selalu mama tunjuk gmbr family yg ada.semua yg dekat dgn dia.. dia boleh sebut dgn betul..

-kdg2 tak terjangka apa dia nk ckp tu..kalau dia marah irfan tu "irfan noo" "irfan jatuh"

-dari segi aktif tu mmg aktif la..skrg ni dia lari makin laju.mmg mama semput kalau dia lari..huhu.haritu masa ayah dia balik kami bawak balik kampung.ada la itik angsa kat situ.Dari jauh aiman dah sebut Goose goose sambil kejar itu angsa..letih mama tangkap dia ;-p

-bahasa jerman dia masih ada bercampur2 dgn perkataan yg paham.so dia dh byk boleh mintak ape yg dia nk cuma kena pertingkatkan lagi..kena bykkan vocab dia lagi.kalau dia ckp bahasa game dia tu mmg laju dan mmg hafal sebijik2 dr ape yg game dia ckp..fuhh..

-skrg ni mama kerap ajar dia membaca..tgh nk habiskan buku read n easy phonic.mmg dia dh habis baca dh buku tu masa kat nihon dulu.tapi mama nk ulang balik supaya dia ingat.cuma kdg2 dia takmo bagi kerjasama huhu.skrg bagi tgk video belajar membaca bahasa melayu..dia mau ikut dan nmpk berminat.maklumlah kanak2 autistik ni visual learner yg sgt hebat :-) percakapan tu adalah bahasa kedua mereka.terbalik dgn kanak2 normal.

-kena tingkatkan fine motor skill aiman.byk practise kat rumah..ikut ape yg diajar masa pergi terapi. kebykan kanak2 autisme ada masalah sensori.so mama kena kerap berus tapak tgn dan seluruh badan aiman.sbb tu kalau jatuh ke kena apa ke dia jarang nangis.kalau budak biasa tu mmg dah melalak dah.




-sekolah aiman baru dpt playground baru.ada org sponsor.murah rezeki org tu ye buat kebajikan utk anak2 istimewa ni.moga bermanafaat utk anak2 ni. aiman nmpk je dia sebut la..swing,slide,seasaw...aiman ni semua english..tp bhs melayu pun dia dok sebut jugak.tp sbb english byk perkataan pendek lagi senang dia ingat.takpela aiman..mana2 pun boleh asalkan nk bercakap.irfan pun byk belajar dr aiman...aiman pun byk belajar dr irfan sbb irfan selalu dok mintak mcm2. moga Allah permudahkan semua usaha mama utk anak2 mama.Amin

....jeles bila dgr hubby nk ke belgium lagi bulan 4 ni..huhu..pulak tu nk gi london dulu..ambik kesempatan..mentang2 company sponsor ;-p takpela..pegila..asalkan jgn lupa beli ole2 utk kami..selang 2-3hari balik dr sana dia balik cuti msia pulak..dan insyaAllah kami nk pegi holiday kat suatu tempat yg sedang dlm perancangan. moga hubby sihat2 selalu ye.jgn lupa mkn ubat.

Tuesday, February 21, 2012

Bila umur sudah meningkat....

13hb lepas bertambah lagi 1 umurku. Bila umur semakin meningkat aka dh tua ;-p mcm2 nk kena fikir. Terutamanya pasal anak2,masa depan mcm2...pasal diri sendiri pun kena fikir sama..pasal berat badan,kesihatan,kecantikan ;-p semua takleh abaikan...makin tua mcm2 penyakit boleh dtg....tapi sebenarnya selalu takde masa..sibuk dgn anak2..selalu nk apa2 tu serentak dua2 huhuhu...
Aiman skrg ni tiap2 bulan kena pergi occupational therapy kat hospital. mama pun byk belajar pasal sensory integration,fine motor skill semua. Kanak2 autism ni sebenarnya ada mslh sensori. Ada yg dr segi pendengaran,penglihatan,deria rasa dan mcm2. Aiman pun ada jugak..kalau bunyi tersgt bising kuat dia tutup telinga..kalau irfan menangis pun dia tak suke..mengganggu pendengaran dia. penglihatan pun aiman takleh tgk muka org besar..dia meronta2 nk lari dari situ.skrg ni tgh tumpukan perhatian kat motor skills..cara pegang pensil dan cara nk bagi dia lebih fokus.dpt byk tips2 dari terapis utk praktis kat rumah.next therapybulan 3 ni. Speech therapy pun pegi jugak cuma tak dpt la sebulan sekali sbb waiting list sgt panjang.Bersabar jela dan ikut tip2 yg diberikan oleh terapis tu. Hari Ahad hingga khamis aiman gi early intervention programme kat NASOM. Kat sana pun mcm2 dia belajar...mcm2 terapi ada..cikgu2 pun mmg ada kelulusan dlm bidang autism.So takyah risau sbb diorg pandai handle budak2 ni.
Tak byk yg boleh mama usahakan utk aiman. Tapi kalau selalu praktis buat ape pun mesti boleh :-) Mama takmo push diri kuat sgt semua nk buat itu ini..kena ada masa utk diri sendiri jugak..kalau tak lagi bertambah stress. Susah hati jugak berjauhan ni..risau dgn makan pakai hubby yg tak menentu..akibatnya result medical check up dia yg tak bagus...hmm. Moga cepat sembuh dan rajin2 mkn ubat. Moga murah rezeki boleh balik Msia cepat dan kita satu family boleh dok sama2 mcm dulu.
Kdg2 jadi mcm risau juga bila tengok ibu2 yg mempunyai anak autism hantar anak gi mcm2 rawatan. Risau sbb mama tak mampu nk buat mcm diorg. Terpaksa usaha sendiri cari info yg boleh dicuba kat dia. Semua anak autism tak sama masalahnya. Ada yg kurang situ lebih kat sini dan mcm2. Dan mama percaya..lebih meningkat usia mereka..mereka akan lebih ok. Aiman pun lepas umur 3tahun baru bersuara sebut perkataan dan skrg ni mcm2 dah,Cuma ayat tu tak boleh. Dia kerap panggil mama dah kalau nk apa2..mama oo mama bunyinya....walaupun bunyi mcm menjerit2 depan org ramai tapi mama tak kisah;-p. Mungkin bagi org lain benda mcm ni kecik sgt..tapi bagi seorg ibu kpd anak special ni..ni lah yg ditunggu2. Jadi pada yg ada anak normal tu..layan la anak anda berckp..biarlah seratus kali pun dia bertanya.
ni gmbr 2 hero kecik mama. dah mcm sama besar pulak. Tengok bila mama panggil suruh tengok siapa yg pandang dulu. Aiman mmg kurang eye contact.Tambah pulak tgh asyik dgn kipas tu lagi la.
Sebenarnya ada byk gmbr..tp sbb lembab sgt malas nk tunggu. Skrg dh dekat pukul 12mlm. Time ni kalau nk berblog pun.Time lain anak2 kacau. Oklah kena tidur..nk charge utk esok hari...

Tuesday, February 7, 2012

Luahan rasa dan Cerita Aiman

Sorry ye gmbr blur. Maklum la kamera sakit tp disebabkan handphone pun masuk wad..tpaksa le guna jugak kamera tu..huhu. Disebabkan gmbr2 ni le hubby ckp nanti dia balik bulan 4 ni bawa balik kamera baru..kuang kuang kuang.. Apesal la brg2 asyik rosak je skrg. Sebenarnya jam pun dah jahanam sbb termasuk dlm washing machine huhu...

ni gmbr produk baru..baru saja bertukar pada produk Mary Kay ni.Sesekali nak jugak pakai international produk ;-p hahaha. Semangat hubby nk balik punye pasal..berhabis duit beli benda ni kuang kuang...Takpe bukan guna duit org pun..walaupun fulltime housewife..tp saya bergaji ;-p
sbb gmbr ni le tadi hubby kata nk beli kamera baru.tak puas nk tengok gmbr anak isteri ;-p

okla nak cerita pasal aiman pulak. kdg2 mama takde semangat n sgt blur nk ajar ape kat aiman. mana perginya semangat itu..ohhhh...Bukan senang ye...lebih2 lagi bila nak handle aiman dgn org sekeliling. Rupa dia nmpk normal. Org tak tau ape masalah dia. Kdg2 kalau gi kedai atau mana2 aiman ni suke2 hati je baring kat lantai..tp tak berbunyi suara pun. org mesti pelik n kata..eh nape baring kat lantai ni..hmm...mama tak tau nk jawab ape..



ni aiman gi isi borng pertandingan renang kakak twin. diorg belum isi dia gi isi dulu..adusss...salah siapa kah? nasib baik boleh fotostat. Siap tulis nama dia pulak tu adess. Pengajaran buat mereka jugak supaya tak letak merata2....aiman mmg suke pegi sebelah sana melawat. dh byk kali ingatkan jgn ltk benda penting tpt yg senang aiman nmpk. mama takleh nk kurung atau ikat aiman.pintu rumah pun kena pastikan kunci.haritu entah sape tak kunci aiman dh berdiri tepi jalan dah :-( dia bukan tau bahaya.ni mslh besar sbb tu mama tak harap org lain jaga dia sbb org tak faham.ckpla jgn seratus kali pun dia tak faham.dia lari kat jalan lagi ade la kot. so,tiap2 hari kena doa keselamatan dia sbb kdg2 mama takleh tgk dia sgt..irfan pun perlukan perhatian sbb masih direct breasfeeding. dgn toilet training yg belum pass 100%..mmg sgt memenatkan jugak. org lain bukan boleh bantu kita 24jam..time siang jela kot boleh tolong tgk2 kejap.yg lain semua kena sendiri.kdg2 nk mandikan aiman sambil kendong irfan kat belakang. tp mama tak kisah sbb dua2 anak mama. rela buat sendiri utk diorg sbb mama lebih percayakan dan harapkan ayah diorg dr org lain. sbb kalau dgn ayah dia tak penah ada kes2 yg menakutkan ni...mcm hilang kat kedai,terlepas kat jalan,terjatuh sbb takde org tgk dia....Siang tadi pun mama sakit jantung tengok aiman dgn tokwan kat luar. aiman asyik nk lari kat jalan yg mmg kereta dok lalu lalang..tokwan sibuk nk berkebun. Mcm tak sesuai bwk aiman dok depan tu sbb dia susah nk control. kalau mama..rela kurung dia dr jadi benda2 yg tak diingini.nk bwk keluar boleh..tp kena tempat yg sesuai. tp susah bila nk berckp ni..takut ada yg berkecil hati. Tapi last2 mama jugak yg pendam sampai jadi stress. Terpaksa luahkan kat blog..biarlah org baca..asalkan daku tak stress. Bukan senang..org lain bukannya ada kat situasi mcm kami ni. org tak faham. Penat dgn anak satu hal..penat dgn org sekeliling satu hal..penat emosi berjauhan dgn hubby satu hal..sampaikan diri sendiri terbiar..sakit cemana pun nk gi klinik pun tak sempat..biar sampai baik sendiri. seminggu selesema batuk sampai hingus berdarah berketul2 pun selamba lagi dok kat rumah.sakit gigi terguling2 pun selamba dok rumah lagi. hubby pun marah apsal tak gi jumpa doktor ni sbb dh berapa mlm tujuk tuala yg penuh dgn darah kat dia masa skype ;-p tp alhamdulillah mkn asikrim siang td mlm ni dh tak berdarah dh hidung. daku tak mampu nk gi sendiri dgn anak2 ni.tapi kalau gi dgn org nanti menyusahkan org pulak.serba salah sbb byk susahkan org nanti jadi lagi susah sbb kena ikut ckp org..eh ape aku merepek ni...huhu.tak suka susahkan org sebenarnya sbb skrg ni mak ayah jaga tok.so nk keluar tu jadi susah le takkan nk tinggal tok sorg2 kan.





ni hasil tulisan aiman utk ayahnya. mama tolong sebut huruf dan dia tulis.



selalu bawak aiman gi marrybrown kat souq al bukhary ni sbb dekat dgn rumah.jalan kaki je. boleh la dia main2 situ. tapi ada yg tak syoknya jugak...haritu ada staff situ tegur sbb aiman panjat dgn begitu hebat..huhu.mama dh hampir2 nk tunjuk kat OKU aiman dh. lagi satu ada sekali tu takde org lain pun mkn kat situ..kami bertiga je..aiman dok main sorg2 tiba2 ade le 2budak dtg main. mesti mak dia gi shopping kot kat giant tu anak biar je merata2. ishh tak segan ke..tempat tu utk org yg mkn kat marrybrown tu.kalaulah saya at least beli sesuatu kat situ pun oklah kalau tak mkn situ pun. lepas tu boleh pulak dia buli aiman.mama tengok dr jauh je.aiman macam mengikut je budak tu. rasa mcm nk lempang je anak siapakah itu. tahu lah anak normal tapi tolongla jgn biar anak tu. bila tgk situasi mcm tu terfikir...adakah aiman akan dibuli kalau dia bersekolah di sekolah biasa nanti?? byk jugak n biasa dgr cerita mcm ni...anak2 special dibuli especially yg autism sbb diorg ni tak nmpk ketidaknormalan mereka. diorg pun tak byk ckp n tak reti nk mrh2 org ke ape..ikut je ape org buat :-( sedangkan yg kat rumah ni pun kdg2 nmpk jugak dia dibuli kalau dgn sepupu2 dia..yg tu mmg le mama tinggi suara kan..mana tahan..sbb aiman bukan mcm budak biasa..



bulan ni jugak mama dh buat keputusan besar utk aiman. mama nk cancelkan audio test yg nk buat hujung bulan ni. rasa test tu tak sesuai utk dia.patutnya budak2 yg belum diagnos autism buat test tu.aiman dh diagnos autism buat pe nk buat test tu.kat jepun dh jumpa pakar telinga dan dia ckp aiman takde mslh pendengaran pun.takmo buang masa buat benda yg sia2. sebenarnya masa gi hospital tu nk gi speech terapi.tp specch terapis tu takde gi ceramah.boleh gitu dh buat appointment tunggu berbulan2 tiba2 takde. lepas tu disuruh jumpa doktor..doktor tu pulak pelatih pulak tu..tiba2 suruh buat audio test..mcm pelik tp ikut jela sbb ingatkan tu prosedur ke ape.lepas fikir2 balik dan tanye kawan2 di group autisme malaysia kat facebook diorg kata ada yg tak buat pun test tu dan mmg takde kepentingan utk aiman yg dh diagnos autism.so,,cancel la..takyah masuk wad..irfan pun takyah kena tinggal dgn org. hari rabu ni nk gi cancel alang2 rabu ni mmg kena gi hosp ada occupational terapi aiman...moga dipermudahkan semua urusan..mama kena buat yg terbaik utk anak2 mama sbb mama pembuat keputusan yg paling besar skrg huhu...


Sunday, February 5, 2012

Surprise di hari lahirmu !

Akhirnya berjaya jugak membuat surprise utk hubby sempena birthday dia harini. Awal2 tu tak terfikir nk buat pun.. lepas dpt tau kwn2 kat sana ada buat majlis 4/2 tu sama pulak tarikhnya.Disebabkan hubby kata dia dijemput tu yg terfikir nk buat ni. Nasib baik teringat kak ita ada ambik tempahan kek :-)


Mlm smlm hubby ckp mcm takmo pergi je sbb dia ada byk sgt keje nk kena buat (keje ofis la tu) Dah panik dh time tu bila dia kata gitu. Lepas tu ckp kat dia..eh pegi lah nanti dpt mkn makanan msia yg sedap. Selalu dok mkn kedai je. Tapi dia jawab..ala byk keje ni.Haaa pulak dah..takde idea nk pujuk dia pegi.Last2 ckp pegi jugak kalau tak ..tak sayang..nanti merajuk setahun. Siang td call dia kata tgh bersiap nk gi..hahaha.


Bila dah habis dh mlm td masa skype tu dia kata tq..dah agak dh mcm ada sesuatu sbb kena paksa pegi HAHAHA..tak tahan nk gelak. Tapi okla kan kira menjadi la jugak. Tahun2 sblm ni bila birthday dia selalu dia balik keje mesti dh nmpk kek dlm peti ais..tak pun dia yg mintak kek ;-p mmgla tersgt tak surprise langsung..lepas tu mesti dia kata..tak surprise pun...geram tau.Haaa kali ni jauh2 barula mcm thrill sikit. Terima kasih sgt2 kat kak ita sbb sudi ambik order yg jauh ni...

Hai macam makin hensem la pulak laki ku ini dlm gmbr ni huhuhu...isteri mesti puji suami sendiri kan kan ;-) Dah confirm dia balik cuti hujung bulan 4 ni..dan katanya bulan 8 nanti balik lagi :-) kan dah kata duit habis atas angin je..cemana nk simpan duit balik cepat2 ni..kuang kuang kuang....


opppsss saya ambik gmbr ni ye kak ita..rasanya takpe kot sbb gmbr ni saya request ;-p




Saturday, February 4, 2012

Bila sakit.....

Minggu ni mmg minggu sakit. Baru je nak baik dari batuk selesema..sakit gigi pulak yg dtg.huhu. Bila sakit2 gini mula la teringat kat hubby. Kalau dia ada mesti cepat2 dpt pergi jumpa doktor :-( Mesti dia yg bawak pegi dan dialah yg tolong ckp dgn doktor dan tolong translate ape doktor ckp. i really miss him. i need him :-(


Kalau gigi ni selalu tiap2 tahun mesti dia bawa gi check gigi walaupun gigi tak sakit. Skrg ni sampai dh sakit pun belum dpt gi doktor lagi hmm. Dari mlm semalam sakit ni, tapi serba salah nk bagitau kat mak ayah sbb diorg dh plan nk balik kampung bwk tok nk gi ambik duit bantuan 1malaysia tu. Takkan nk bgtau sakit gigi pulak..huhu. Kalau nk gi sendiri..klinik gigi pun xtau kat mana..tambah pula budak 2org ni sape nk tengok. Kalau dgn hubby semua dia boleh tolong huwaaaaaaaaa..


Saya jarang sakit. Tapi bila dah sakit tu mmg bertimpa2 n susah nak baik. Dari kecik lagi mmg mcm ni. Dulu kecik2 masa tadika pernah sakit sampai sebulan tak gi sekolah. Doktor ckp sakit apa ntah. Tapi ok je sampai besar. Masa sekolah pun jarang demam.Setahun sekali kot.Tapi sekali demam tu berhari2 n teruk la.Sampai tak bangun,muntah2,tak lalu mkn. Mak lah yg setia menjaga anaknya ini.Dlm adik beradik kalau yg suke sakit teruk2 sayalah orgnya. Bila dah kawin hubby la pulak ambik alih ye. Sebut jela doktor ape semua saya dh jumpa ;-p. Mata,telinga,hidung,sakit tumit la smapai kena xray,sakit kulit,gigi dan mcm2. Dan hubby jugakla yg terpaksa ambik cuti bawa isterinya ni jumpa doktor..huhu.


Kesimpulannya ku merinduimu. Skrg dh hampir pukul 1pagi mata takleh titon..dok melayan gigi yg sakit aduss.. Harini 4/2 hari lahir hubby. Happy birthday utk dia. Kami berkongsi bulan kelahiran :-)