Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

Resepi Serabai

Resepi ni saya google je..tp xpasti sapa penyumbang resepi.

SERABAI
Bahan2nya :

2 cwn tepung beras
3/4 cwn nasi
1 cwn air
1/2 cwn air suam
1/2 cwn santan
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
secubit garam

caranya :
-Campurkan yis + gula + 1/2cwn air suam.
-Blend kan nasi dgn 1cwn air.
-Campur semua bahan hingga sebati dan perap adunan selama 2 jam

KUAH GULA MELAKA
1 cwn santan
1/2 cwn air
1buku gula melaka
secubit garam
daun pandan
2 sudu besar tepung gandum
(durian secukup rasa/klu nk cecah kuah durian la)

cara2:
masuk smua bahan kecuali tepung. kacau sebati. masukkan tpg utk memekatkan kuah

💡saya guna lempuk durian utk kuah tu sbb xde durian fresh😅
resepi kuah saya cuma masukkan lempuk, santan,simpulan daun pandan,gula pasir dan sedikit garam.

Friday, November 14, 2014

Resepi : Donut Kentang

Terajin pulak nk share resepi donut ni. Haritu buat...lembut sgt donut ni. Saya ambik di sini. Terima kasih pd tuan punya resepi. Resepi ni saya uli guna breadmaker. Mmg sedap !

Donut Kentang 
Bahan-bahan
500 gram tepung berprotein tinggi
50 gram susu tepung
11 gram yis kering
200 gram kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gram gula pasir
75 gram mentega/marjerin
½ sudu kecil garam
4 biji kuning telur
100 ml air sejuk dari peti ais

Cara-cara
Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula, susu tepung, yis dan digaul rata. Masukkan kentang halus, kacau rata dahulu sebelum dituang telur dan air sejuk. Uli hingga rata dan setengah elastik.Selepas itu, baru dimasukkan mentega dan garam, uli terus hingga menjadi elastik. Rehatkan selama 15 minit. Bahagi doh kepada 50 gram dan dibulatkan licin. Rehatkan lagi selama 15 minit sehingga mengembang.  Buatkan lubang di tengah tengah dengan gerakan memutar dan segera digoreng dalam minyak sederhana panas sehingga berwarna kuning keperangan. Angkat dan toskan. Tabur dengan gula kaster atau hias dengan coklat.

Thursday, October 10, 2013

Resepi : Biskut Makmur

Ada permintaan utk resepi ni. sorry ye lmbt...sibuk sikit skrg...berebut laptop jgk dgn anak2 dan suami.so saya update pakai handphone saje.sorry kalau byk typo..sbb tgn xbedung nk guna touchscreen ni ;-p resepi ni saya dh lupa ambik ltk mana sbb tertulis lama dh dlm buku resepi saya.kredit utk penyumbang resepi.mmg sedap resepi ni.

Bahan2 :
500gm tepung gandum
80gram gula kastor
Minyak sapi secukupnya

Inti :
150gm kacang tanah (digoreng dan ditumbuk
70gm gula kastor

Gula icing utk salut biskut

Caranya :
campur tepung gandum, gula kastor dan minyak sapi. uli hingga boleh dibentuk. utk inti..campurkan kacang dan gula kastor.
bulat2kan doh.letak inti.bakar selama 20minit..suhu 180degree...atau bergantung pd oven masing2 ye. bila dah sejuk boleh gaul dgn gula icing.

Friday, September 6, 2013

Resepi : Kek Pisang cepat siap

Kali ni nak share resepi kek pisang yg mudah dan sedap. Aiman pun suka. Saya ambil dari blog mat gebu. Terima kasih pada tuan punya resepi. Sedap sgt..Saya letak kat sini supaya senang nk buat lagi bila dok kat mana2 pun.takyah usung buku resepi dh ;-p
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor
Secubit garam
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang
Chip chocolate secukupnya (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Campurkan chip chocolate. gaul rata
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

Thursday, July 18, 2013

Resepi : Ayam Boxing

 Bahan2 :

Ayam* bahagian yg dekat dgn kepak tu..bukan peha..peha besar lagi..yg ni adik kepada peha ;-p (londehkan isinya mcm dlm gmbr ye)
Tepung goreng ayam

-perapkan sekejap

Celupkan ayam dgn telur dan salut breadcrumb. Goreng hingga garing. Senang untuk anak2 mkn...

Wednesday, July 10, 2013

Murtabak crackers

Saya kongsikan resepi yg sgt mudah ni ye. Mungkin sesuai dijadikan menu berbuka puasa
 
 Bahan2 :

6 keping biskut kering empat segi (seelok2nya yg tak manis..biskut tawar ye)
Sdkt susu segar utk celup biskut sekejap
2 biji telur dipukul rata
Sdkt garam
Sdkt serbuk rempah kurma
Sdkt daging cincang
1/2 bawang besar cincang
Sdkt daun sup/bawang dihiris halus

Caranya :

Campurkan telur,bawang,daun sup/bawang,rempah kurma,daging cincang.
Celupkan biskut dalam susu sekejap dan celupkan dlm adunan telur dan terus goreng dlm pan fry. letak marjerin sikit dan letakla murtabak tu...dan tuang sikit2 adunan telur tu bagi tebal. Saya ambik 2 keping biskut..celup sekali.

Boleh la cicah dgn kuah bawang ( bawang hiris nipis,cuka,gula ,garam)

Wednesday, July 3, 2013

Resepi : Snow Cheese Cake

Resepi ni buat minggu lepas. Sangat sedap. Saya ambil dari sini. Terima kasih pada tuan empunya resepi :-)
 
Snow Cheese Cake
Sumber :K.Zai & Rahel

Bahan: ( loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (saya guna tepung superfine)
  • 60g tepung jagung
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese  (250 gm)
  • 1/2 tin susu pekat manis  
 (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Topping:
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
 SELAMAT MENCUBA...!

Monday, June 24, 2013

Resepi : Bakso

ok. kalini saya share resepi bakso. saya ambik resepi ni dari sini .Terima kasih pada tuan empunya resepi ye. dah cuba.sedap.mee tu boleh tukar nk guna mee ape pun..bihun pun boleh. jangan lupa buat sambal kicap sekali (kicap manis,bwg putih,cili padi,perah limau)

Bahan-bahan ( 7-8 org )


Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)

Taugeh

Kobis dihiris halus

*UTK BEBOLA

400 gm daging cincang

2 biji bawang merah diracik halus

2 biji bawang putih diracik halus

2 sb telur (1/2 biji)

1 sk tepung ubi / tepung jagung

sedikit serbuk lada sulah n garam

*UTK KUAH

3 biji bawang merah dihiris

* 3 ulas bawang putih

*1/2 inci halia

*1sk lada sulah biji

1 batang serai diketuk

1 sb pati daging / pati ayam

sedikit serbuk lada sulah

garam n perasa

Cara-cara 1.UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai. 2.Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa. 3.UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola 4.Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.

Resepi : Shepherd Pie

Ok. Harini mood saya sgt baik. So, saya kongsikan resepi shepherd pie ni. Senang dimasak..sedap jugak dimakan

Bahan2 :
Daging cincang
Sebiji bawang besar -cincang
Seulas bawang putih-cincang
mix vege
sdkt sos tiram
serbuk lada
garam secukup rasa
sedikit kiub ayam/perasa ayam

caranya : tumiskan bawang putih dan besar.masukkan daging.masukkan sos tiram,lada grm dan kiub ayam

utk topping:

rebus kentang dan lenyekkan..campur butter susu dan serbuk lada (saya guna potato flake.just campurkan air panas,butter,serbuk lada dan susu)

ambik loyang..letak inti daging tadi.lepas tu letak mashed potato.garis2 guna garfu.taburkan parmesan cheese dan taburkan juga italian herbs.lepas tu bakar dlm oven hingga perang.

Friday, April 19, 2013

Resepi : Strawberry Chiffon cake

Bagi yg berminat nk mencuba..... saya ambik dari sini resepi . terima kasih pada tuan punya reepi ye.sedap lembut dan gebu.anak2 saya sgt suka kek ni

Bahan-bahan


Bahan A



•6 biji kuning telur

•2/3 cawan minyak Mazola (saya guna minyak sayur)

•2/3 cawan susu cair (saya guna fresh milk)

•½ sudu kecil garam

•3/4 cawan gula halus

•2 sudu besar strawberry emulco

•1 ½ cawan tepung gandum *diayak

•1 sudu kecil baking powder* diayak

Cara-cara menyediakan Bahan (A):



1.Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.

2.Masukkan strawberry emulco, minyak & susu cair dan kacau lagi.

3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B



•6 biji putih telur

•1/2 cawan gula halus

•1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)

Cara-cara menyediakan Bahan (B):



1.Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.

2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.

3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

4.Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

5.Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.

6.Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c

7.Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.

8.Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan

Friday, February 8, 2013

Resepi : Apam polkadot

Mood baik mlm ni. Ni resepi apam ni saya selalu buat..ambik resepi ni dlm majalah saji. boleh la cuba buat corak yg disukai
140gm tepung gandum


1 1/2 sudu teh baking powder

110gm gula halus

75ml susu segar

2biji telur

1 sudu teh ovalette

inti : jem/kaya/krim choc/blueberry filling/kacang merah atau apa2 yg disukai

pewarna yg sesuai

mangkuk kertas



caranya

-pukul telur dan gula sampai kembang

-masuk tpg gandum,baking powder dan susu segar

-masuk ovalette.pukul guna mixer hingga betul2 gebu

-bahagikan adunan dan letak pewarna yg sesuai

-letak adunan dlm piping bag

-letak mangkuk kertas dlm acuan apam

-paipkan separuh adunan,letak inti dan paipkan lagi adunan,buat ikut corak yg disukai

-kukus selama 10-15min atau hingga msk dgn api perlahan

Monday, October 29, 2012

Oh sedapnya!

Gambar2 dibawah bukanlah hasil masakan saya....tetapi hasil airtgn mak saya. So,,pada yg selalu kata..eh saya ni rajin lah masak..suka masak itu ini.....tahukah anda dari mana dtgnya darah yg mengalir dr tubuh ini....hihi...dah tentula menurun dr mak saya. Mak mmg pandai msk mcm2..dr kecik selalu tolong dia. Katanya masa dia kawin dia sendiri masak nasi minyak kenduri hihihi. So 2hari lepas nmpk mak upload gmbr ni kat facebook...haaa mak pun ada facebook tau..huhu...kat bawah ni puding manggis ye...terliur tengok ni..huhu
 yg ni pulak puding cili..yg ni pernah tolong mak buat dulu..utk hantaran org kawin :-) cantik pulak tu
yg atas ni bepang bihun...penah jugak tolong masa kecik2 dulu..sedap tau benda ni rangup dan manis :-) nanti kena mintak semua resepi ni :-)

Friday, September 21, 2012

Resepi : Makaroni bakar

Ramai yg bertanya pasal resepi ni bila saya letak gmbr makaroni bakar ni. Dah byk kali dh buat sebenarnya tp tak sempat nk ambik gmbr pun :-) Dah 2 kali buat utk dibawa kerumah org utk makan2. Alhamdulillah semua kata sedap :-) So, saya cuba letak jugak..cuba ingat sbb saya main campak2 je sebenarnya :-) Favourite irfan ni :-)

Bahan2 : (menghasilkan 2loyang besar)

Bahan2A :

Elbow pasta san remo seperti dlm gmbr (brand lain pun takpe asalkan dia berbentuk siku)-rebus dan toskan --saya gunakan satu peket seperti dlm gmbr
4-5ulas bawang putih ditumbuk halus
2genggam lada hitam ditumbuk halus
2biji bawang besar dicincang
Italian herbs (1 sudu besar)
6batang sosej dihirs nipis
2genggam isi ayam (saya guna ayam cincang)
1 tin cendawan butang
3kiub ayam
Garam secukup rasa
mix vege secukupnya
keju mozarella utk ditabur

Bahan2 B :

3 tin susu cair
16 biji telur ayam

Caranya :
Tumiskan bwg putih,lada hitam dan bwg besar hingga layu. Masukkan isi ayam dan sosej. Masukkan makaroni yg dh direbus dan semua bhn2 A kecuali keju.Tutup api.Isikan dalam loyang

Dlm bekas yg lain..pecahkan telur dan pukul bersama susu. Masukkan garam secukup rasa. Dan tuangkan ke dlm loyang dan taburkan keju mozarella. Bakar dlm suhu 150degree selama sejam.Kalau tak masak tambah lagi ye. Suhu ni berbeza ikut oven masing2. Jgn kuat sgt takut nanti cheese hangus dlm tak msk..


Tuesday, September 11, 2012

Fruit Tart

Minggu lepas buat fruit tart ni utk jamuan hari raya sekolah aiman. Resepi ni saya ambik di myresepi..resepi dr mat gebu.Sedap..tq utk penyumbang resepi :-) saya letak kat sini sbg rujukan bila2 nk buat nanti...
 


Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
  2. Pastry_004
    UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Pastry_005
    Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Pastry_002
    Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Pastry_003
    Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Pastry_006
    Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Pastry_007
    Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Pastry_008
    Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)
  9. Pastry_001
    Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...

Tuesday, April 19, 2011

Daging Dendeng

Ada permintaan utk resepi ni...Saya tak sukat pun..agak2 je.
Bahan2 :

Daging (direbus dan dihiris nipis2)
Cili kering (direbus,dikisar)
Bwg putih (dikisar)
Sdkt halia (dikisar)
Serbuk jintan manis,jintan putih,ketumbar
Bwg merah/bwg besar (dikisar)
Bwg merah/bwg besar (buat bawang goreng)
Kicap manis
Garam secukupnya
Sdkt air asam jawa
Gula merah

Caranya:


-Daging yg dihiris nipis ditumbuk2 dgn lesung..saya xpakai lesung tp pakai benda lain sbb takde lesung :-p.Lepas tu goreng dgn minyak sekejap dan toskan.
-Tumiskan cili kering,bwg putih,bwg merah/bwg besar,halia,serbuk jintan semua.Bila dah pecah minyak masukkan kicap,garam,asam jawa,gula merah.Masukkan daging.Masak hingga betul2 kering.Lepas tu tutup api dan gaulkan dgn bawang goreng.Siap.


Oreo Cheesecake

Ada permintaan utk resepi oreo cheesecake ni. Saya ambil dari Annie myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/1631

Bahan-bahan ( 18 cm )


Lapis Bawah: (Biscult Oreo)
120g Biscult Oreo (keluarkan isi **& hancurkan)
70g unsalt butter (cairkan)


Lapis Atas: (Cheese)
250g Cream Cheese (lembutkan)
120g Gula Kaster
2 keping biscult oreo (keluarkan isi ** & hancurkan)-- yg ni saya tak hancurkan tapi saya patahkan aje
isi biscult oreo yg dikeluarkan **
150g Dairy Whipping Cream
1½ tbsp gelatine
80ml full cream milk


Cara-cara
1.Lapis Bawah/crust:

2. Campurkan biscult oreo dgn butter, tuang ke pan (18cm) yg boleh buka tepi, tekan rata dgn kuat. Masuk ke dlm peti sejuk.>>combine all ingredients & press into a 18 cm round springform pan. chill in the fridge until firm.

3.Lapis Atas/filling:

4. Pukul cream cheese & gula kaster sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati. (biskut oreo yg hancur(saya xmasukkan biskut hancur tp yg dipatahkan),isi biskut,whipping cream)>>beat cream cheese & caster sugar until smooth. add in the remaining ingredients & mix will.

5. Campurkan Gelatine & Full cream milk kemudian masak hingga cair (gunakan cara double boil)>>combine gelatine powder, full cream milk & double boil until dissolved.

6. tuang masuk campurkan gelatine & milk ke cara 4 (sebati), kemudian tuang ke atas biscult oreo yg buat tadi>>pour into 4 mixture & mix well.Spread onto the crust

7. Masukan ke dlm peti sejuk selama 3 jam baru boleh dihidangkan>>chill in the fridge for 3 hours b4 serving

Thursday, April 7, 2011

Nasi Ayam

Lama dh ada permintaan resepi nasi ayam..tapi saya tak sempat nk taip panjang2..sorry ye pada yg mintak tu....maklumla..keje surirumah bukan dok menghadap pc sepanjang masa hihi...Kebetulan smlm buat nasi ayam..ni lah resepinya..



Nasi Ayam
Bhn utk ayam :
Ayam (yg tlh direbus)
Sos Tiram
Sdkt Bwg putih (ditumbuk)
Sdkt Halia (ditumbuk)
Sdkt serbuk buah pala (nutmeg powder)
Sdkt madu
Sdkt lada sulah
-gaulkan ayam dgn semua bhn ni dan perap sekejap..nanti bolehla goreng.kalau sape tak suke goreng boleh bakar..tapi saya suka yg goreng :-)

Bhn utk nasi:
Beras
Sdkt halia (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sdkt butter
1 kulit kayu manis
Bunga lawang,bunga cengkih
1 simpul daun pandan
Sdkt garam
Sdkt serbuk kunyit (kalau nk nasi tu warna kuning)
Air rebusan ayam secukupnya-boleh juga tambah kiub ayam
-cairkan butter,tumis semua bahan kecuali beras dan air.kemudian masukkan semua dlm periuk nasi dan masak mcm biasa

Bhn utk sup:
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sdkt halia (ditumbuk)
Ayam (dipotong)
Daun sup/celery
Bawang goreng
Sedikit carrot /kentang
Kiub ayam
kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang

-Rebuskan ayam untuk dibuat sup.Masukkan semua bhn utk sup.Kemudian asingkan air ayam itu untuk memasak nasi. Asingkan juga ayam untuk diperap dan digoreng.
-tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,halia,bwg putih..masukkan dlm sup..masukkan carrot,kentang,celery hingga empuk..letak kiub ayam..nanti tabur dgn daun sup/daun bawang,bwg goreng
utk kicap-saya ambik air rebusan ayam dan campur je dgn kicap
utk sos-
cili (saya pakai paprika yg merah tu campur dgn cili kering skit)-blender
halia
bwg putih
cuka
gula
sdkt garam
-campur semua bahan blender dan masak dlm periuk hingga secukup rasa

Monday, January 17, 2011

Miso shiru

Ada permintaan utk resepi ni. Favourite Aiman miso shiru nih.
Bhn2:
Serbuk dashi (kalau takde bolehla guna kiub ikan bilis)
Miso paste
Air
Tofu
Wakame-sejenis rumpai laut (saya guna yg kering je)
Daun bawang (yg ni pun saya guna yg kering jugak)
Caranya:
Didihkan air dlm periuk.Masukkan dashi,tofu,wakame. Kemudian masukkan miso paste.terus tutup api.Taburkan daun bawang.Selalu buat gini je.Kalau nk tambah2 haiwan2 pun boleh mcm ketam ke,asari (lala)pun boleh


Tuesday, December 28, 2010

Pau goreng sardin

Ada permintaan utk resepi ni...


Bahan2 pau:
300gm tpg roti
210ml susu segar
1 sudu besar dry yeast
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Breadcrumbs
1 biji telur

Inti :
1 tin sardin
Bwg putih cincang
Bwg besar cincang
Sdkt grm
Sdkt gula
*Tumiskan bwg putih,bwg besar.Masukkan sardin,gula,grm.Tunggu hingga kering sikit. Tutup api.Siap.

Cara buat pau:

Masukkan semua bhn kecuali telur dan breadcrumbs dlm breadmaker.Tunggu sampai siap uli

Kalau takde breadmaker..uli sampai lembut.Perapkan dlm 30minit..Bahagikan kpd 12 bahagian. Masukkan inti.Perapkan hingga naik 2 kali ganda. Celupkan dgn telur dan salutkan dgn breadcrumbs.Goreng hingga masak.

Wednesday, December 22, 2010

Chocolate Mousse Cake

Harini buat lagi kek ni..hihi.Ada permintaan untuk resepi ni. Resepi sponge cake ni saya ambil dr buku masakan jepun tp dh ubah skit sbb resepi asalnya sponge cake plain takde perisa.


Bahan2 kek (menghasilkan kek sebesar 18cm)
3 biji telur size M
90gm gula
70gm tepung gandum (ayak)

10gm serbuk koko
30gm butter (cairkan)
resepi ni mmg tak gunakan baking powder :-)


Caranya:
1)Pukul telur dgn gula sampai betul2 kembang.
2)Dgn menggunakan kaedah kaup balik.. masukkan tepung+ serbuk koko sikit2 dlm adunan..kacau2 guna senduk gaul sampai rata..takyah pakai mixer dh utk step ni.

3)Masukkan butter cair dan gaul sebati.
3)Bakar pada suhu 170degree selama 30minit

Bahan-bahan
Chocolate Mousse(yg ni saya ambil dr myresepi.resepi oleh yani)

140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-cara
Penyediaan Mousse
.
1.Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
2.Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
3.Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
4.Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
5.Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
6.Masukkan no.3 dan no.4 ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang kek. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
7.Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.



***Bila kek dah sejuk,potong 4 lapisan. Lapisan bawah kek,mousse,kek,mousse. Pastikan loyang yg digunakan tu loyang yg boleh bukak tu. Kalau tak nanti cemana nk keluarkan kek ni hihi. Itu saje..