Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, October 12, 2014

Sakit oh sakit kaki !!

Beberapa hari yg kesakitan yg menyakitkan. Haritu dh gi klinik tulang kena xray. Tulang kat ibu jari ni dh terpesong bengkok. Padanla sakit. Kata doktor pemakaian kasut yg salah. Kasut xsesuai dgn kaki. Kena cari kasut yg sesuai/khas. Dan kna exercise kaki selalu. Pastu xde bg apa2 pun hmmm.....

Haritu sakit gila. Dhla tgh jln gi kedai. Cari tpt duduk kt tepi jln rehat dulu :-( Hubby dh beli stokin khas tu...tp jd mcm gatal n merah bila pakai.

Siang tadi hubby bawak gi klinik lain. Ok sgt klinik yg ni sbb doktor bg penerangan pjg lebar....pastu ada bagi ubat mkn n ubat sapu...pastu ada terapi utk kaki...masukkan elektrik kat kaki...rasa mcm kna cucuk2...tp lega la....pastu massage....terapis kata muscle kaki dh lemah sbb tu jd sakit kat situ.pastu diberi supporter utk pakai. Lega rasa kaki.kena gi terapi lagi 4kali. Terapis ajar cara senaman kaki utk buat kt rumah. So dh ada supporter kt kaki...xperlu la pakai kasut khas :-)

Tuesday, August 12, 2014

Bila mama sakit....

Lepas raya haritu..saya ke klinik hidung...telinga dan klinik mata. Allergy yg x berkesudahan. Hidung asyik tersumbat...meleleh nk bernafas pun seksa. Telinga pulak gatal. Dua belah mata pun gatal yg teramat. Dpt ubat tu....lega la seminggu dua ni..ubat titik ubat mkn...ubat spray semua ada huhu. Masa gi klinik hidung siap kena cuci lubang hidung n kena sedut gas huhu. Seperti biasa kalau gi klinik mana pun...saya sentiasa ditemani hero2 sekalian. Si suami yg setia tolong jd translator utk si isteri..hehe. kalau kt msia confirm kna gi sorg kan hahaha. Syok jgk dok sini hahaha...org lain masuk sorg..kami masuk blk doktor 4org sbb xhrp nk tinggal ank2 kt luar ;-p
Skrg ni dh lega dari sakit tu semua. Tp ia akan dtg kembali suatu hari nanti huhuhu

Thursday, June 12, 2014

Aiman tampal gigi

Last week bwk aiman gi tampal gigi. Risau jgk takut dia amuk ke apa. Sblm gi mama sempat cari video psl tmpal gigi kt youtube bagi dia tengok sambil tu cerita kat dia. Berjaya la jugak doktor tu tampl.aiman xnangis jerit apa pun. Cuma dia mcm nk bgn byk kali hihi.nasib kejap je.

Last week jugak aiman cabut sendiri gigi dia yg goyang

Harini ke klinik gigi lagi cabut satu lagi gigi goyang. Semua ok. Tak payah buat social story dah. Cuma bgtau dia nombor 1 apa...nombor 2 apa....dia pun boleh cerita sendiri hehe.

Alhamdulillah syukur sbb mama gi sendiri je klinik dgn ank2. Jln kaki sampai eki (station). Dentist tu pun ckp jepun + english...bolehla kan :-) next appointment 25/6 ni. Takpela gi byk kali pun sbb free je. Untung sbb ank2 ada kad putih tu...gi je mana2 klinik..tunjuk kad tu...free hehe. Yela...ayah byr tax mahal2 kan :-)

Friday, May 23, 2014

Aiman cabut gigi

Hari Ahad lepas masa lepas balik dari picnic..Aiman kata "gigi rosak,nak doktor". Mama tgk gigi dia rupanya bergoyang. Hari isnin ayah xleh bawa gi klinik sbb kna gi tokyo. So selasa baru pegi. Klinik tu dekat eki (train station). Jln kaki je pegi.

Aiman masuk dgn ayah. Dptla cabut dan dia xnangis atau jerit apa pun. Aiman kata " Aiman good boy. Cabut gigi tak sakit" hehe. Ada dpt ubat thn sakit.

Esoknya mama pulak bawa ke klinik sbb doktor nk sapu ubat. Nasib baik doktor tu speaking english. Maybe sbb awal tu dia ckp nihongo nmpk muka blur mama sbb xberapa fhm sgt apa dia kata. Boleh tangkap berapa perkataan je haha.

4/6 ni kna dtg lagi sbb ada musyiba/karies kata doktor tu. Mintak ayah temanla nanti. Mama rasa nk tmpal tu lama n mmg susah nk buat utk aiman. Cabut tu sbb kejap je sbb tu boleh buat. Hmm xtau la huhuhu. Oh ye hari sblm keklinik gigi tu..mama dh buatkan social story utk aiman. Cerita bergambar yg sgt simple utk aiman faham.

Tuesday, March 18, 2014

Kafunsho

Skrg ni dh pun masuk musim bunga. Dah panas sikit dr musim sejuk. Dan bermula lah 'sakit' bagi org2 yg xthn dgn debunga. Sakit mcmana ye?? Hidung meleleh2...bersin byk kali...gatal mata...gatal telinga..gatal tekak..sakit kepala jugak dan rasa nk demam. Hidung tersumbat n tak selesa nk tido. Org jepun ramai jgk yg kena. Kalau musim skrg ni mmg beratur pjg la kat klinik hidung tu. Sbb tu mls nk gi...dgn ank2 yg payah nk tunggu lama2 ni.kalau teruk sgt nanti baru gi.ubat ada lagi.tp ngantuk..xberapa sudi nk mkn time siang.

Hay fever in Japan (花粉症 Kafunshō?, literally "pollen illness") is most commonly caused bypollen from Cryptomeria japonica (known as sugi in Japanese and often incorrectly translated as "cedar") and Japanese cypress(known as hinoki), two native Japanese tree species.

Bila keluar rumah kena pakai mask.kalau tak pakai simptom2 di atas akan berlaku dan ianya sgt xselesa. Saya dah 8hari mcm ni. Sidai baju pun dlm rumah. Kalau dok berkurung dlm rumah tu ok sikit. Dah beli mcm2 jgkla nk mengurangkan. Lepas ni kena jaga2 mesti pakai mask bila keluar.

Mcmana boleh detect kena? Masa awal2 dtg jepun xde apa pun. Tahun ketiga baru start kena. Gi jumpa pakar ENT kena buat blood test utk allergy test. Result nya....allergy pada pokok sugi/pokok krismas tu la.....habuk dan hama. Tu la sejarahnya. 2thn blk msia saya bebas dr benda ni. Ni dtg balik kena balik.hampir2 terlupa sebenarnya huhu. Nanti ada masa saya update psl short holiday kami ok.

Sunday, August 25, 2013

Bila anak2 tak sihat....

sumber gmbr dari google...

Tghari smlm Aiman dh start demam. Petang tu mama nk bawa gi klinik..tp sebab dh pukul 5 klinik ada yg dh tutup dan tgh rehat. So, terus decide bawak gi KMC Kedah medical centre sbb tu je yg tau. On the way nak sampai tu Irfan dah terlena...Aiman pulak dgn tiba2nya muntah dlm kereta...atas cushion pulak tu huhu..mama pulak mmg tgh drive...kelam kabut jap..Nasib mmg ada stroller kat belakng..angkat irfan yg lena tu mmg dia terus sambung tido. Aiman berdiri atas buggy board tu.takle letih dia nk jalan..mama le teruk tolak.

Doktor kata tonsil bernanah sbb tu demam. dptla ubat demam..antibiotic dan ubat tahan muntah sbb 2kali aiman muntah. Balik rumah tu..sblm tido bg mkn ubat semua. pagi tadi tgk badan aiman bengkak2 mcm kena ulat bulu. Rasa mcm dia alergik kat ubat tu. Gi klinik n Tanya doctor..malas gi KMC dah sbb pagi2 confirm ramai org punye. Doktor kata antibiotic jenis tu mmg kdg2 org alergik sbb tu bengkak2 gitu.so dpt la ubat alergik pulak..stop antibiotic tu..dh la mahal huhu..pasrah. ni kalau kat jepun kalau gi klinik..ubat2 n jumpa doctor budak2 ni semua free..huhu..so total mama kena bayar dekat rm90..fuh.. takpela..demi anak.

Tghari tadi irfan pulak mcm panas. so dia pun join demam sekali. Just mkn ubat demam aiman je cuma kurangkan dos. Mlm ni xtau la mama dpt tido lena ke tak..huhu. Doakan anak2 saya ye...

Monday, May 13, 2013

Dugaan demi dugaan...

Tiap2 minggu ada je dugaan dtg bertandang huhu. Mula2 aiman kena pukul kat sekolah.dipukul oleh kwn2nya dlm 3-4 org.lebam pipi dia.hangin satu badan.hubby pun mengamuk walau dok kat jepun.tgh tunggu dpt report penuh dari sekolah.ku dh mintak berapa kali dh ni.bernasib baikla ku tak report polis ye.so..cepat2 la bagi report bertulis yg kami mintak tu huh....

minggu seterusnya...mama demam.rasanya beberapa hari lepas kes pukul tu. mmg dh selesema.tiba2 bgn pagi tu rasa sakit satu bdn n kepala pening.tp mcm biasa siapkan aiman buat breakfast n hntr dia ke school.mcm terawang2 je bwk moto pun.balik rumah start xlarat.terbaring je.mkn ubat n rehat kejap.masak dan gi ambik aiman.cek suhu dh taraf demam.balik rumah mmg terbaring je dh.tapi tetap bgn masak utk ank2 walau time tu suhu badan 39degree huhu.apa nk buat.anak2 tetap kna uruskan jgk. nasib baik esoknya dh makin pulih..huhu.sakit kan penghapus dosa.moga dikurniakan kesihatan yg baik utk diriku anak2 dan suamiku.

Wednesday, September 19, 2012

Sakit yg beransur pulih

 
Lamaaaa tak berblog nih... Sakit saya sudah beransur pulih. Sakit yg berbulan2 saya tanggung...on off sakit nya pun. Time sakit..time tu la gedik2 nk gi doktor tp sellau tak kena masa..dok tahan...akhirnya ada peluang pegi jugakla jumpa pakar ortopedik. puas hati ku huhu. Tp ramainyela manusia..1st time gi haritu bwk irfan..meraung2 mengamuk mengantuk budak tu..lama nangis...last2 dia diam jugak..cumanya penat dok tolak stroller dia sbb dia asyik kata nak jalan nak jalan. 4-5jam jugak la baru settle semua huhu. Kena cek kaki dgn doktor tu..angkat kaki lipat kaki haa..kena xray. Tulang semua ok...masalah urat saraf je tu. Tp pelik jugak sbb jatuh kan jadi sakit urat pulak. tp bila sakit tu mmg sakit sgt2 sampai takleh nk bangun.. ye tak tipu punye. Dptla ubat 4jenis..vitamin la ubat bengkak la tahan sakit n mcm2. Mkn ubat seminggu rasa ok. Kena dtg lagi jumpa doktor...tambah ubat lagi..so takde pape la..kalau sakit lagi nanti kena jumpa doktor lagi la gitu.... Dah berapa kali jln kaki gi Giant dgn anak2 ok je tak sakit dh..selalunya bila balik rumah mesti sakit kat belah kiri tu..ok la kot...
so bertambah la rekod saya berjumpa doktor tulang pulak...hahaha...doktor apa tak jumpa lagi nih hohohoho;-p doktor gigi,doktor kulit,doktor telinga,doktor mata,doktor sakit puan n mcm2 ;-p

Friday, July 27, 2012

Kisah Aiman dan irfan

2 hari lepas mmg tak cukup tido. Sebabnya irfan meraung2 tgh mlm sambil ckp "telinga..telinga..sakit" sambil pegang telinga dia. Pukul 2pg baru dia tido..letih mama dukung huhu. Esoknya terus bawak ke doktor..doktor kata telinga tengah dia bengkak sikit sbb tu sakit. Hari2 selepas tu alhamdulillah dia dh tak mengadu sakit..cuma kena continue makan ubat sampai habis.
 ckp nk syusyu...tp nk main game jugak..ish ish...
 ni mlm td....lepas mama habis solat,irfan kata "nak semayang" nk pakai telekung pulak tu..aiman yg kat belakang tu pun nk jugak.. :-)
 bila mama nk solat..kena bagi umpan utk budak2 ni dok diam.pintu bilik mmg kunci kat atas..diorg takleh keluar le. selamat sikit duduk dlm bilik semua.kalau dok kat luar kang mcm2 projek diorg kan. biarlah bilik bersepah pun asalkan takde yg bahaya kat anak2. lepas tu on aircond..bila bagi main internet ni..buka la web yg sesuai mcm starfall ke..aiman pandai guna mouse sejak umur 3tahun..so bolehla adik tengok dan belajar sama
 dah habis main simpan balik ye..kutip..jgn tak kutip
 ni smlm..anak2 bgn pukul 10.30 pg..hihi..rase pelik pulak sbb bgn lmbt sgt. mama pun mmg tido lepas subuh tiap2 hari..huhu.sbb siang takleh nk rehat langsung.org lain takpela ada cuti kan.time anak tido mak pun kena tido jugakla..tp takla lama mcm budak2 ni ;-p
 si abg tolong gosok gigi adik...

16hari lagi menunggu kepulangan yg tersayang :-))))) rasa mcm cepat pulak

Wednesday, July 11, 2012

Aiman tak sihat

Sejak jumaat lepas kesihatan aiman tak berapa baik. Mula2 lepas balik dr sekolah dia cirit2 sikit...lepas tu ptg tu dia muntah masa dlm swimming pool...mlm tu sekali lagi dia muntah. Esoknya dia demam. 
 Hari Ahad dia demam lagi dan tak gi sekolah...Hari isnin ada occupational therapy (OT) kat hospital. Lepas tu balik rumah rehat tak gi sekolah lagi..tp pegi sekolah jugak dgn mama pukul 3ptg-4ptg sbb ada aktiviti..nanti nk cerita yg ni..Hari Selasa dia mcm ok tp mcm suam2..hntrla gi sekolah...masa balik demam balik..ptg tu terus bawa gi KMC. Sblm ni pegi klinik biasa je...Harap2 lepas ni aiman ok ye..risaula demam lama2 ni..ptg td check suhu sampai 40degree...nk pitam mama tengok..sian dia..

ni mlm td..dia mkn roti yg mama buat. pg tadi gi giant beli tembikai,limau,air kotak..segala benda yg ada air utk aiman..sbb aiman memilih n kurang minum air...dh berjenis2 air ada kat rumah ni demi aiman. mama pun sakit tekak n pening kepala..irfan pun selesema..harap2 semua cepat baik..risau kalau mama tumbang sama nanti habisla huhu

Sunday, July 8, 2012

Gigi oh gigi !!

2hari lepas tampalan gigi tercabut masa tgh floss gigi huhu. Tampalan yg ni dr besi..buat kat jepun masa thn 2009. Lama gak la bertahan. Tapi nasib baik lepas tercabut tu tak sakit..sbb tu bukan lubang sampai ke gusi. So, boleh la tunggu hubby balik bulan depan ajak dia bawa ke klinik gigi. Susah nk gi sendiri..dh la tak ingat jln pun..dgn anak2 kena ada org tgkkan. Bukan takmo mintak tolong org...tapi SUSAH. Kalau mintak tolong org kena ikut mana yg org bwk. Kalau dgn hubby boleh je ckp nk gi klinik gigi haritu sbb doktor ok. Takmo gi hospital bukan sbb saya org kaya.....tp sbb saya mau doktor yg sama mcm haritu n service yg terbaik. Gi hospital kang takut dpt doktor pelatih ke kang haaa....tambah kena tunggu lama kalau hospital tu. Kalau kt jepun mesti dh lama dh hubby bawak gi klinik momo huhu. Baik doktor perempuan tu..pandai jugak ckp english..kalau ckp sakit nanti tampal gigi pun dia letak bius..kdg2 dpt yg perisa strawberi mcm budak2 ngeeee....
sabar jela. jadi mak pd 2 anak ni kena ada ketahanan diri yg kuat..dari segi tahan sakit..tahan nk gi toilet dan mandi dan segala mcm..nasib baik shopping takyah tahan sbb boleh shopping online..muahahahaha...bulan ni dah 2 kali shopping online..beli brg anak2...brg sendiri beli baju 3helai..tudung 2helai.......bukan yg mahal pun..ala setakat baju harga rm15 sehelai tu kira ok la kan..beberapa bulan lepas tak beli pun..baju nk jln2 takde... :-)

Friday, June 8, 2012

Anak2 demam

Aiman dan irfan demam sejak smlm. Patutla dua2 mcm tak aktif sgt dan takde selera nk mkn. Kesian anak2 mama. Demam serentak pulak tu. Agaknya sbb hari sebelum tu gi mandi sungai. Diorg ni tak tahan dgn air sejuk..hmmm.. Moga cpt sembuh ye. Pagi ni suhu naik balik..aiman 39.2 irfan 39.1. Tido mama tak lena mlm tadi..asyik bgn check suhu dan bagi ubat...risauuu..dhla sorg nk menjaga dua2 ni......hmmm....Doakan anak2 saya ye...

Monday, April 23, 2012

Aktiviti dan jalan2...

Jumaat lepas ada aktiviti di sekolah aiman bersama dgn kadet polis..ala2 camping gitu..tp setgh hari..dr pukul 5ptg hingga 11 mlm. Ada kawad,nyanyi2 main2,bbq psg khemah....pukul 10mlm mama dgn aiman dh balik...sbb tak larat nk control aiman ;-p. Aiman paling kecik kat situ yg join. Cikgu Aiman kata besar2 umur mcm aiman ni mmg gini..nanti dia besar skit akan kurang aktif tu. Org lain dok berkawad aiman sorg je takmo join ;-p siap main buaian lagi ;-p

Masa kat dlm sekolah tu ada budak nama Aiman jugak tp dh besar dh. Dia pandai bersilat. Buat bulatan dok ramai2 dan budak tu pun bersilat la. Tiba2 si Aiman faiz ni bangun gi silat jugak..hentam ikut suka dia je. Semua org gelak..mama apetah lagi kan. Lepas tu ada 2 lagi nyanyi buat gaya lagu head shoulder knees n toes..tiba2 Aiman faiz ni muncul buat sekali tanpa ada perasaan malu pun...hihi. Tapi mmg kanak2 autisme ni mmg diorg kurang perasaan malu iaitu berani..semua yg cikgu panggil suruh buat ape pun terus berdiri buat ape yg disuruh. Kalau budak normal tu kan mesti mcm takmo ke..malu ke kan. Diorg ni selamba je...


Bila tgk ramai2 ni dpt tgk la mcm2 karektor budak2 autisme ni. Ada jugak sorg tu perempuan umur 19 thn. Dia belajar kat kolej polytech mara kat sini..pun belajar kat nasom ni jugak. Ada yg sorg tu nama Aniq kot..dia pandai mengeja. Bila dia nmpk nasi..lepas tu dia ckp N A S I nasi..bila nampk apa2 pun nanti mesti dia eja. Pandai dan comel je :-) Ada yg sorg tu speaking english berabuk le..tp mmg tgk kebykannya cekap english..termasukla aiman. Aiman pun baru 2-3 hari ni baru pandai sebut merah,biru,hijau ni semua..sblm ni kalau tanya semua dlm english dia jawab. 
 Bila dh dekat maghrib tu mama balik rumah kejap..solat maghrib dulu..tengok irfan ok je terus gi sekolah balik. lepas tu mandikan aiman kat sekolah..semua pakt mandi kat sana budak2 ni..kan camping kan hihi..lepas tu dok sambung main la sementara yg lain sibuk bbq,msk..mama tolong pasang candle byk2 susun kat pagar. tapi tak lama kemudian si aiman faiz gi tiup semua..kuang kuang..org lain nyalakan balik dia gi tiup balik...ish ish...oh aiman. lepas tu aiman sampai masuk longkang dh..terus mama ckp nk balik..balik mandikan dia dgn mama sekali mandi..tengok irfan dh merengek2 dh nk susu..sekejap je lena dua2 budak ni
 Esoknya nk balik penang tengok tok nek aiman irfan. Selain tu melawat sedara kat hospital...dptla budak2 ni naik feri. mam takdela jakun sgt sbb dh penah naik suatu masa dulu yg sgt dulu2 ;-p


Mlm ni ayah Aiman dan irfan naik flight dr london utk pulang ke japan. Moga selamat perjalannya.Amin. Hari Khamis ni akan terbang pulang ke Msia..dan jumaat tghari sampai la alor setar :-) minggu ni kena happy2 walaupun ada beberapa urusan penting anak2 nk kena uruskan. Esok mlm mama ada meeting sekolah aiman. Hopefully anak2 mama dok baik2 ye kat rumah nanti. Hari rabu pulak kena gi occupational therapy aiman kat hospital. Mama kena buat homework supaya nanti byk benda boleh tanya terapis tu :-) Sebenarnya kalau pergi meeintg PIBG tu mmg kena pakai baju kurung ke ye ;-p rase mcm nk pakai seluar je..malam2 ni malas nk berkurung2 ;-p harap tak pelik dr org lain dh la...mood nk melawa tu takde sbb nk simpan utk hari jumaat nanti hahahaha...

mlm ni jadi balik gatal mata,hidung meleleh2 ni. hmm rasanya sbb mkn seafood spaghetti kot ptg td..kena pantang mkn seafood la pulak ni. Masa dok jepun dulu mkn seafood ok je..tak jadi gini pun. nampaknya penyakit lama berulang kembali..sblm dok jepun dulu kalau mkn seafood mmg jadi mcm2..contohnya bengkak mata,mulut gatal ni jgn ckp la kan..mmg kena control bab ni huhu..moga ia tak menghalang kegembiraanku utk bercuti bersama yg tersayang nanti ;-)

Thursday, April 12, 2012

Macam2 cerita....

Semalam terperasan ada ketulan kecik betul2 dekat dgn tempat operation (csect) tu. Disebabkan smlm cuti tak dptla ke doktor. Pagi tadi sempat la pergi. Kena scan perut..doktor ckp rahim n ovari semua ok. Mungkin disebabkan urat kot...atau parut yg lama tu bila dh sembuh dia bertindih2..maklumla dah 2kali kan csect. Tapi sebenarnya mmg sakit kat ketulan tu...hmm..Doktor tu tanya..ank yg no 2 besar mana dh.. dah nk masuk 2thn dah. Lepas tu dia kata..ohh kalau nk mengandung dh boleh dah ni..muahahaha...doktor ni..org sakit lain dia nk suruh aku tambah penyakit ke..huhu...Tengokla kalau masih sakit nanti nk try pergi doktor lain pulak..Tadi awal2 mak mertua suruh ke klinik yg dekat ni..tp situ doktor lelaki saya segan. so mintak nk pegi doktor perempuan la. Dulu kat nihon 2 kali bersalin check up dr mula smapai akhir semua doktor lelaki sbb dh cari doktor perempuan yg dekat takde. Tiap kali check up mesti hubby masuk sekali takdela nk segan sgt. kalau sorg2 masuk tobat aku tak check pun takpe huhuhu... Nanti kalau sakit lagi hujung bulan nanti hubby balik mintak dia tolong bwkkan...
Start le ni nk sakit yg pelik2...huhu...agak2 ade kaitan dgn stress tak ;-p

Harini jugak....cikgu sekolah aiman mintak mama jadi volunteer beberapa kali bulan depan utk ajar memasak kat sekolah aiman utk 2org budak prevokasional. Mula2 mama nk tergelak..boleh ke nk ajar budak memasak ni..nk msk ape ntahla..cikgu kata takpe..nanti diorg boleh belajar masak sama huhu..kata cikgu senang sikit kot kalau parents yg mengajar..maklumla kalau org biasa yg tak biasa dgn budak autisme ni mungkin lain sikit. lagipun rumah kami dekat satu tmn..mama pun tak keje. mama tak mampu nk menolak disebabkan anak2 yg special ni. mama pun byk dpt belajar dr cikgu2 psl autisme ni. dh ckp dgn mak mertua dia ckp ok je nanti dia jaga irfan kejap. lagipun skrg ni tok dh org lain jaga..so senang sikit...

23hb ni jugak ada mesyuarat PIBG utk sekolah aiman. Buat malam la pulak huhu. Yela siang dr pagi sampai ke petang cikgu2 mengajar kan. malam jela ada masa pun. Terpaksa lah tok wan dan maktok jagakan aiman dan irfan sementara mama pergi mesyuarat tu nanti. harap2 ramai la ibu2 yg pergi..tp sbb mlm mesti ramai bapak2 kot sbb yg ibu2 mesti jaga anak kat rumah..huhu...takpela..yg penting cikgu2 semua prempuan :-) kena jugak ambik tau perancangan sekolah tahun ni.....

malam esok kami akan tinggal tiga beranak di rumah. mak tok dgn tokwan akan ke KL melawat cucu baru.mmg diorg ajak kami pergi...tapi mama malas atas alasan tak larat nk entertain budak2 ni dlm kereta..alor setar dgn kl bukan dekat. mama ingat lagi masa travel di beberapa negeri masa kat nihon dulu. letih sgt2 tp masa tu ayahnya ada boleh la tolong mlm2 tu kan. paklong maklong abg n kakak sepupu aiman nk gi bercuti jugak..ajak kami jugak..tp mama mls nk ikut jugak..tak larat nk handle budak2 ni.setakat mana la org nk boleh tolong jaga kan. sampai ke mlm mama jugak yg sorg2 nanti jaga.baik dok rumah je huhu. sikit pun tak kecik hati tak dpt jln2 ..org ajak tp kami yg takmo pegi hihi sbb lagi 2minggu kami nk gi jln2 pulak :-)


esok jugak ayah aiman dan irfan akan berlepas ke london dan belgium. moga selamat sampai dan selamat buat kerja sambil jln2. kalau dok sana mungkin dpt menyelit ikut hahahaha.takpelah 26hb dia naik flight pulang ke malaysia pulak...sabar dan bertabah jela selagi mampu.....doaku sentiasa mengiringi perjuanganmu.... :-)

gmbr kek marble dan macaroni bkr..buat 2hari lepas kot..sempat le ada org dtg merasa. sedap katanya makaroni bakar tu..tp sbnrnya mama tak guna sukatan pun..main hentam apa yg ada dlm peti ais je ;-p next time buat sukat betul2 ok :-) baru boleh share resepi dgn org hihi

Wednesday, April 4, 2012

Aduhh sakit...

Dalam seminggu ni tiap2 hari asyik rasa sakit kat tulang punggung sebelah kiri. Sblm ni mmg pernah jadi tapi tak sekerap sekarang. Kdg2 rasa kaki kiri ni sakit nk melangkah. Nk menunduk pun selalu sakit. Kdg2 rasa mcm kena kejutan elektrik kat tulang belakang..huhu. Selalu elakkan dr angkat irfan dan aiman. Tapi selalunya takleh nk elak la huhu. Budak2 bukan tau mama sakit kan. Nak kena jumpa pakar ortopedik rasanya nih. Tapi kena tunggu hubby balik la hujung bulan ni. Susah nk pegi skrg ni. Dgn anak2 ni lagi...lepas tu nk kena org bawak kan..dh la tak tau jln. Calon yg paling terbaik ialah hubby. Dia pun dh tau pasal ni. Harap2 boleh la bertahan sampai dia balik ye..beberapa minggu saja lagi. Seboleh2 nya takmo susahkan org.....jadi mcm cerita panjang pulak dan melibatkan ramai org..yg nk mengasuh pun nanti jadi sampai 3-4 org. Kalau dgn hubby senang..dia sorg boleh buat semua...hmm...beginilah nasib...sakitpun tahan dulu...

Saturday, April 16, 2011

Cerita Sakit & irfan berdiri

Sambungan dr entry sebelum ni..mmg lepas tu terus demam. Menggigil2 satu badan.. demam akibat bengkak susu. Terbaring je sampai hubby balik..tp dh mlm time tu.. bertahan jela.. disamping cuba perah susu n kerap menyusukan irfan.. tapi si irfan ni nk main2 je.. geram.. huhu. Hari Jumaat pagi hubby ajak gi klinik.Kami pun ke Shirota Clinic..klinik dimana irfan dilahirkan. Lepas tu kena naik tingkat atas utk massage.Ada nurse tu yg buatkan..lama la jugak lebih dr 30minit.Baru rasa lega..terangkat2 kaki masa massage tu sbb sakit huhu.Check suhu badan pun tinggi masa tu.

lepas tu terus gi lunch kat kedai..demam2 pun mkn kat kedai :-p..kalau balik rumah takde makanan pulak :-p
irfan punye pun order jugak.bagus kedai ni ada makanan baby.bubur diatas adalah bubur ikan bilis
unagi utk mama
katsuo dgn udang ni ayahnya yg order..mama rasa seketul dua aje..
ni menu si ayah
ni menu aiman...
mango miruku ape ntah nama dia....sedap..demam2 mkn ni..terus baik...hahaha
pokok sakura..sakura yg dh nk habis
singgah kedai kasut beli kasut aiman..tapi mama dgn irfan tido dlm kereta je..demam la katakan..mula2 tu ikut jugak masuk..tp lama sgt mereka memilih..xlarat masuk kereta tido :-p
dinner..nasi goreng masakan si ayah...
secara rasminya..irfan sudahpun berdiri..ni baru betul2 berdiri ni.suke ayahnya sbb dpt tengok anaknya berdiri depan mata sendiri sebelum berangkat ke belgium esok
esok mlm flight hubby ke Belgium menaiki flight Air France..turun kat paris then kena naik train utk ke Lueven. 24hb kot baru balik... huhu.. sedihnya. Nasib baik mama dan Aiman dah pernah ikut dulu sebulan dok sana. Kalini tak boleh la nk ikut lagi...bertahan jela seminggu ni.Hubby pun xkemas ape pun lagi..dia kata mcm xsemangat nk pegi.Tapi kena pergi sbb keje.Harini kot nk siapkan brg2 dia.Harap2 semuanya sihat dan selamat. Terima kasih Ayu sbb offer ajak dok rumah dia. Tapi tak kot.Rasanya anak2 selesa kat rumah mereka.In case kalau diorg demam..saya tau mana nk bawak diorg pegi sbb klinik yg biasa pegi tu dekat je dgn rumah..boleh gi jln kaki. Cuma kalau mama yg tak sihat tu mungkin jadi masalah skit.Tapi saya dh baik dr demam.Hrp2 lepas ni sihat seperti biasa.Amin