Thursday, April 25, 2013

Menu beberapa hari ini...

Antara menu beberapa harini. menu bekal aiman pun ada. dah 2 hari dpt goodie bag sempena birthday kwn2. Aiman birthday time cuti sekolah..kalau tak boleh mama buat jugak :-)

Tuesday, April 23, 2013

Berani utk berubah!!!

Gambar sekadar hiasan....
ni rumah masa dok Ayase dulu. Rumah dimana Aiman dibesarkan. Ada 2 bilik tapi kecik je. Lepas Aiman setahun kami pindah ke rumah yg lebih kecik dan dekat dengan train station. Sebabnya hubby bertukar kerja dan perlu naik train. Sblm tu kerja di Ayase..gi keje naik skuter yg comel hihi. Pindah ke rumah yg lebih murah. Rumah lama 70000yen..rumah baru 40000. okla kan cuma kurang 1 bilik. Okla..rumah di Zama tu rumah dimana irfan dibesarkan :-)

Tahun demi tahun..ahli keluarga makin bertambah..makanya kena la berikhtiar utk kesenangan hidup. Kami tak berniat nk menambah lagi pun. Yg dua ni pun cukup la buat masa skrg. Tahun depan mungkin boleh kot...hahahaha..ntahla..kalau hubby betul2 balik mungkin boleh difikirkan :-) Hampir 2 tahun kami berjauhan begini. Skrg ni tgh fikir cara utk dok sama2 mcm dulu. Pening jugak ni...susah nk match tempat kerja dgn sekolah Aiman...huhu. Rasa selesa kat Alor Setar dgn sekolah semua lengkap dah. Tapi kerja si ayahnya payah kat sini. Kalau dok di KL..kerja mungkin banyak..tapi sekolah Aiman la pulak.. Nasom kalau belah2 sana waiting list je byk. Sekolah kelas khas saja tak cukup utk Aiman bagi saya la. Hmm...pening ye fikir. Dah la tunggu kereta tak dpt2 lagi. Payah sgt le nk dpt slip gaji pun huh. Kang bawak balik yg kat jepun tu terus baru tau huh!. Dari nk kena bawak keta kecik..bawak yg besar terus huhu...

Moga Allah permudahkan urusan kami. Sangat2 berharap dapat tinggal bersama macam dulu. Sekurang2nya kalau saya sedih...ada org boleh tenangkan saya :-(((((( Dugaan semua org tak sama...tapi rasanya seseorg isteri tu dia akan lebih kuat kalau si suami ada disisi...betul tak? Cabaran mendidik anak istimewa ni jugak tak sama dgn mendidik anak normal. Saya rasa lebih selesa kalau dpt tinggal dgn suami sendiri dari tinggal bersama mertua huhu. Saya lebih suka berdikari dari hidup menyusahkan org :-( Moga dipermudahkan segalanya untuk kami.Amin

Monday, April 22, 2013

Autism Day

20hb lepas berlangsunglah sudah Autism Day. Awal pagi dah pegi sana. Awal2 tu Aiman ok. Bila org makin ramai dan dah mula keluar matahari panas..dia pun mengamuk ajak mama balik. Siap guling2 kat tanah takmo bangun. berat la 20kg mama xlarat nk angkat pun. dah la mama kena susun makanan.last2 tinggal gitu je. cikgu2 pujuk pun tak jalan. mama bawak dia naik moto pusing stadium dulu. lepas tu tak berkesudahan asyik ajak balik rumah. last2 mama tinggal kan dia dgn cikgu siti..n cikgu2 lain. mama gi tempat lain.last2 dgn cikgu norizah jugak dia ok.mama pun lega boleh terus buat keje



 ada acara senamrobik, lompat tali..

 nyanyian adik umar hasfizal yg juga merupakan kanak2 autism.boleh goggle siapa adik umar ni.dia juga ada album solo ye..sedap betul dgr suara dia nyanyi live..rasa nk menitik airmata dgr huhu
 ni pulak adik siti....yg cacat penglihatan..sedap sgt suara dia..meremang bulu roma mendengarnya.itulah keistimewaan mereka ye...
 ada magic show
 pertandingan pakaian beragam..aiman jadi samurai hahahaha...jadila dpt tempat kedua
 sempat jugak bwk aiman gi check gigi percuma...semua gigi ok..dpt ubat gigi dgn berus gigi free..aiman sampai nk dok situ je takmo turun dari kontena tu hahah
 pertandingan penyediaan makanan kreatif



 aiman suke dgn hadiahnya
gmbr mama yg ni je ade..tu pun ambik sendiri hahahaha...kalau ayahnya ada mesti gmbr mama berlambak2 kan huhuhuhu

Sunday, April 21, 2013

Gelagat pengguna jalanraya

Setiap pagi dan tghari saya keluar menunggang motosikal utk menghantar dan mengambil aiman dari sekolah. Mmg mcm2 gelagat pemandu dan penunggang yg dpt dilihat. Semasa dalam perjalanan mmg selalu bertembung dgn motosikal yg datang dari arah bertentangan..ni kes malas nak u-turn jauh sikit kat depan tu. sungguh merbahaya dan mengganggu laluan org lain..hmm. Bila time nak balik tu...jalan 2 lane tiba2 jadi 3 lane. Tau la nak masuk kiri kat depan tu..tapi jalan masih 2 lane. Sanggup tu lalu kot jalan moto yg sempit tu..sampai dekat dgn pokok dah..ish ish..

Pernah jugak nak teraccident. Ada sekali tu tiba2 je ada moto dari belakang saya nak belok kiri..tapi dia dtg dari belakang ke depan saya dan terus belok kiri..tanpa signal n mmg dekat sgt2..padahal saya bukan bawa laju pun. tengok kat moto tu tergantung P lagi..haihhh..bahaya sungguh. Tengokla kiri kanan depan belakang dulu. kang sbb salah dia..dgn saya teraccident pulak..nasib sempat brek..hmmm. kita punya la berhati2. dulu masa kerja kat KL dulu lagi lah ganas2 pengguna jlnraya ni..dah la kenderaan pun byk kan. ni setakat alor setar ni takde pape yg nk ditakutkan pun..hihi. maklumla berbelas tahun ada lesen motor..cuma cuti 6thn sbb dok jepun ;-p. Setakat ni dbyk tempat boleh pegi sendiri sbb dh tau jln..paling jauh gi Tesco Stargate kat tol selatan sana..naik moto relax je sorg2 ;-p hahaha....tapi tak mencabar pun sbb highway ;-p

tunggu ada kereta nanti pulak cemana ;-p ntah bila nk dpt ntah.byk sungguh dugaan. tiba2 teringat pulak masa test jpj haritu. masa tu dh nk sampai ke sekolah memandu balik.masa ni kat simpang tu..saya berenti..nk bagi signal dan tgk kiri kanan.lepas tu ada la lori treler panjang yg jugak tgh test jpj.dia pun lalu simpang tu.dia baru nk keluar..saya dh nak balik.saya bagi la dia lalu dulu sbb jln tu sempit. sekali lori tu lalu mmg dekat sgt2 dan hampir langgar kereta yg saya bawa tu.encik jpj sebelah saya dan saya menjerit sama2 dlm kereta tu..hahahaha. encik jpj tu kata..ishhh lori ni..kalau langgar tadi mmg terpelanting la kita dua org ye ;-p yg penting bukan salah saya..salah lori tu ;-p hihihi...

Friday, April 19, 2013

Resepi : Strawberry Chiffon cake

Bagi yg berminat nk mencuba..... saya ambik dari sini resepi . terima kasih pada tuan punya reepi ye.sedap lembut dan gebu.anak2 saya sgt suka kek ni

Bahan-bahan


Bahan A



•6 biji kuning telur

•2/3 cawan minyak Mazola (saya guna minyak sayur)

•2/3 cawan susu cair (saya guna fresh milk)

•½ sudu kecil garam

•3/4 cawan gula halus

•2 sudu besar strawberry emulco

•1 ½ cawan tepung gandum *diayak

•1 sudu kecil baking powder* diayak

Cara-cara menyediakan Bahan (A):



1.Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.

2.Masukkan strawberry emulco, minyak & susu cair dan kacau lagi.

3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B



•6 biji putih telur

•1/2 cawan gula halus

•1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)

Cara-cara menyediakan Bahan (B):



1.Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.

2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.

3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

4.Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

5.Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.

6.Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c

7.Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.

8.Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan

Thursday, April 18, 2013

Aiman Faiz 6tahun 4 bulan

Setiap 18hb umur Aiman bertambah dari sebulan ke sebulan. 18hb ni genap umur Aiman 6thn 4bulan. Kesian Aiman..tiap2 hari mcm letih je dia. Dari pagi 7.30pagi ke sekolah..balik 12.45 terus hntr ke nasom dan balik rumah pukul 5 ptg..mmg non stop. Kdg2 dia tertidur masa tgh menulis dlm kelas. Mama bagitau cikgu kalau dia tido takpe..biarkan. cikgu pun mmg tak sampai hati nk kejutkan mmg bagi je dia tido :-) kena tido lagi awal la mlm2 ni Aiman.

gi shopping mmg kena masukkan dua2 dlm troli gini. kalau tak jgn harap nk dpt beli pun..hanya mampu memandang je. tu pun tgn dok sibuk nk pegang sana sini..risau jugak kang ada brg yg jatuh rosak.
Aiman ni pandai dh pujuk adik dia. Kdg2 cara elok. Cara kasar dia kata "tutup mulut""diam". Cara baik dia kata "ala syayang syayang lailahaillallah lailahaillallah" sambil gosok belakang adik dia. Nak tergelak pun ada sbb rasa mcm tak sangka dia boleh buat gitu. Kalau dia normal rasa mcm takda apa sgt kot..tapi sbb dia mcm ni yg buat mama rasa kagum jugakla :-) Biasa dok dgr dia marah adik dia kalau adik dia buat salah apa2...irfan jangan..simpan..n mcm2.

Mama jugak pernah dengar Aiman kata "ayah keje jepun" kesian pulak dgr :-( tapi tak tau la dia faham ke tak. Mama tau anak2 mama tak cukup kasih syg ayah. tapi tiap2 mlm kan kita dpt skype tgk n sembang dgn ayah. lagi 45 hari lagi dptla kita jumpa ayah balik dlm seminggu huhu.

Aiman punya obsession terhadap lif mmg tak pernah hilang. mcm angry birds obses bermusim..skrg dh mcm takde. hari2 mmg cari kertas yg ada lukis button lif tu utk dia main.gi kat pintu dia tekan la kat kertas tu. dh la rumah ni byk bilik..ada 8pintu la dia dok main huhu. kalau time dia main tu mmg dia dok dlm dunia dia la.sambil dok ckp sama mcm kalau kita naik lif kat jepun.sebut habis tingkat berapa semua tu..lif tutup lif bukak dlm bhs jepun. tapi skrg ni dia dh pandai ajak irfan sekali.sambil pimpin adik dia tu..dia ajak la irfan masuk sekali dlm lif dia tu ;-p nasib baik jugak ada adik kan.sekurang2 nya byk benda aiman boleh belajar.

Mama mengharapkan byk progress Aiman lepas ni.. :-)


Wednesday, April 17, 2013

Irfan Faris 2tahun 10bulan

Asyik cerita pasal Aiman je..hehe. Kali ni cerita pasal irfan pulak. 17hb genaplah irfan 2tahun 10bulan. kedai
- vocab dah makin bertambah. kalau tanya soalan tadi adik gi mana..mmg dia boleh jawab soalan tu. skrg ni tiap2 hari masa skype dia ckp dgn ayah dia "ifan nak nek aeroplane" "nak pi airport" haaa siaplah ayah..irfan suka naik aeroplane. irfan siap ckp "ayah keje jepun" tau pulak dia. anak2 mmg dh mula speaking kedah..huhu..nak pi nak pi....ikut sukala asalkan berckp kan...pengaruh org sekeliling jugak :-) mama sorg la yg ckp nak gi mcm ni..yg lain semua ckp nak pi.

-irfan dah stop bf masa umur dia 2thn 4 bulan..dah 6bulan stop. skrg dia peminum susu kotak dutch lady. jenuhla jugak mama nak angkut kat kedai.tp takpelah dh nak minum yg tu...

-bab mkn tak cerewet sgt.byk benda dia boleh mkn.cuma ada masa tak lalu mkn jugak. mkn cucur udang pun pandai dh cicah sos..cicah kuah kacang ni semua

-irfan suka naik kereta.tiap2 hari ajak tokwan naik car. kalau tak dpt mmg mengamuk..ishh...nasib baik mama tak dpt keta lagi..kalau tak mesti irfan ajak naik car je dah mama takleh buat keje lain ;-p

-boleh tahan aktif jugakla..cumanya dia tak setangkas aiman. aiman lebih hebat. tapi irfan pun lari laju jugak. kalau bwk dua2 keluar..kena ikat irfan dlm stroller..sbb takleh la nk handle. org selalu kata..ehh takleh jln ke...org tak tau kalau ku lepas dua2..pengsan la lari tak leh nk kejar...huhu 

-try bagi main puzzle yg shapes tu..irfan tak berapa cekap. masa aiman dulu..umur 1 tahun 8bulan dah boleh buat. hmmm kagum jugak dgn aiman...ada keistimewaannya jugak :-)

-skrg ni mama nak cuba toilet train irfan sbb dia dh pandai ckp.cumanya dia takmau masuk toilet...kena cuba mcm2 cara jugak.yg special pun mama boleh kan..yg normal mesti lagi boleh kan :-)

gmbr di atas...mama baru balik hntr aiman gi school..irfan baru bangun tido..mengamuk2 kat mama.dah la mama nk cepat nk kena masak bekal aiman cepat2..huhu..sabar jela melayan..nasib baik dia je yg kecik..kalau berderet2 lagi yg kecik mau pengsan. so kesimpulannya...pendamkanlah dulu hasrat nk menambah bilangan anak buat masa ni. dua pun tak menang tgn kan.tunggu si ayah back for good baru kita fikirkan :-)

Lagi 2 bulan cukup 3tahun. Mama ingat nk celebrate awal birthday irfan bulan 6 ni..sebab ayahnya balik 2/6 ni... 9/6 balik jepun balik. nanti boleh mkn kek sama2 :-)

Tuesday, April 16, 2013

Mari makan :-)

Gambar2 dibawah ini antara masakan beberapa minggu ni..selepas hubby pulang ke jepun...yg or tempah pun ade jugak.....sila cuci mata ye..