Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Bbq party

7/9 lepas kami ke bbq party di rumah kwn sekerja hubby. Semua kwn2 sekerja datang dgn family. Ada jepun...belgium..sweeden...singapore....jenuh berckp hehe

Kami bawa apam ladybird n anpanman...kek chiffon pandan...karipap. Nampaknya semua menyukainya. Byk jugak menu depa. Kebykannya sayur...hehe...seafood pun byk.

Ank2 bebas berlari. Mama dok keras kat situ je. Malas nk bgn tp org dok dtg tanya mcm2.. tanya resepi la hehe....

Wednesday, August 27, 2014

Natsu yasumi (cuti musim panas)

Cuti musim panas kami habiskan dgn mcm2 aktiviti. Tambah pulak si aiman cuti sekolah 5 minggu. Kami ke Katsunuma di Yamanashi utk memetik buah momo/peach di ladangnya. Petik sorg 2 biji utk bawa balik. Lepas tu disediakan tpt utk makan buah momo ni sebyk mana yg mampu mkn.

Kami juga sempat bawa anak2 ke taman izumi no mori utk tangkap serangga. Tapi mama yg byk tolong tangkap masuk dlm bekas.  Si Ayah pun xberani sgt..penggeli hehehe.

Kami jugak join bbq kat sungai di Aikawa. Sejuk airnya. Mmg berendam la 4 beranak hehe. Pastu makan mknan yg byk sbb ada potluck.

Hari berikutnya kat tengok hanabi/bunga api di miyagase. Pukul 5 ptg kami dg standby n picnic kat sana siap bawa khemah.lepas semayang maghrib kat situ baru start bunga api.mlm tu jln jem.pukul 10lebih baru sampai rumah.

Kami jugak sempat gi ladang himawari/bunga matahari kat zama. Kalau bunga matahari ni ada maknanya mmg tgh musim panas la.mmg cuaca panas sgt time tu. Dari dulu mmg kami selalu dtg sini tgk bunga ni.

Itu saja antara aktiviti kami.

Wednesday, December 18, 2013

Happy 7th Birthday Aiman Faiz

Harini genap Aiman berumur 7thn. Moga dia sihat selalu...jdi anak yg soleh dan dpt berdikari dan berckp dgn baik.
 
 ni gmbr jln2 weekend haritu. Kami ke Sagamihara Asamizo Park. Bawa Aiman Irfan exercise...bagus utk gross motor skills
 
 
 
 
 
 
 
 
 naik greentower
 
 
 ahad ke taman di yamato.
 
 
skrg tgh menggila rasa nk mkn kuih taiyaki ni. dlmnya ada inti custard,kacang merah,coklat.saya suka custard cream.pantang nmpk mesti nak ;-p

Monday, April 22, 2013

Autism Day

20hb lepas berlangsunglah sudah Autism Day. Awal pagi dah pegi sana. Awal2 tu Aiman ok. Bila org makin ramai dan dah mula keluar matahari panas..dia pun mengamuk ajak mama balik. Siap guling2 kat tanah takmo bangun. berat la 20kg mama xlarat nk angkat pun. dah la mama kena susun makanan.last2 tinggal gitu je. cikgu2 pujuk pun tak jalan. mama bawak dia naik moto pusing stadium dulu. lepas tu tak berkesudahan asyik ajak balik rumah. last2 mama tinggal kan dia dgn cikgu siti..n cikgu2 lain. mama gi tempat lain.last2 dgn cikgu norizah jugak dia ok.mama pun lega boleh terus buat keje



 ada acara senamrobik, lompat tali..

 nyanyian adik umar hasfizal yg juga merupakan kanak2 autism.boleh goggle siapa adik umar ni.dia juga ada album solo ye..sedap betul dgr suara dia nyanyi live..rasa nk menitik airmata dgr huhu
 ni pulak adik siti....yg cacat penglihatan..sedap sgt suara dia..meremang bulu roma mendengarnya.itulah keistimewaan mereka ye...
 ada magic show
 pertandingan pakaian beragam..aiman jadi samurai hahahaha...jadila dpt tempat kedua
 sempat jugak bwk aiman gi check gigi percuma...semua gigi ok..dpt ubat gigi dgn berus gigi free..aiman sampai nk dok situ je takmo turun dari kontena tu hahah
 pertandingan penyediaan makanan kreatif



 aiman suke dgn hadiahnya
gmbr mama yg ni je ade..tu pun ambik sendiri hahahaha...kalau ayahnya ada mesti gmbr mama berlambak2 kan huhuhuhu

Tuesday, February 5, 2013

Mari jamu mata dgn masakanku...

Sejak Aiman sekolah ni..mmg tiap2 hari kena masak bekal utk dia. Utk lunch dan minum petang. So mama memang sgt sibuk skrg...






 ada kesempatan ajak aiman buat roti. dpt dia buat berjenis2 roti dgn bantuan mama...
 yg ni mama buat utk aiman..apam mcm2 jenis..angry birds space kegemaran aiman pun ade :-)
 minggu lepas berkesempatan jadi cikgu masakan di nasom..buat makizushi dan mufin coklat. harini buat bread pudding...setiap selasa dan rabu ajar masak..tolong bagi arahan je..ajar diorg buat...nk tolong duit tak berapa mampu..so tolong tenaga pun ok kan

ok la..harini sgt letih...lain kali sambung lagi....terfikir jugak ni..ada ke org bace blog ni?? pernah terfikir rasa nk close je sbb tak sempat nk update selalu..tapi sayang sbb mcm2 dh ada kat sini. hmmm..nanti fikir lagi....