Saturday, May 26, 2012

Resepi playdough

Ni resepi playdough yg lembut sesuai utk anak2. Selamat kalau diorg mkn pun dr yg beli tu kan. resepi ambik kat internet jugak tp lupa kat mana sbb dh lama dok dlm diary huhu

1 cwn tpg gandum
1 cawan air
2 sudu besar cream of tartar
1/2 cwn garam
1 sudu besar minyak

,masak semua atas api sampai jadi dough..sejukkan dan uli dan letak la pewarna yg kita guna utk msk tu..kalau letak watercolur kang bahaya pulak kalau anak2 ni mkn. irfan dh bape kali masuk mulut tp bila dia rasa mcm masin terus dia buang haha....

kalau dh takmo main..simpan dlm plastic wrap tu.mmg thn lama


Thursday, May 24, 2012

Mari menguli doh bergaram :-)

Beberapa minggu lepas ada buat aktiviti ni dgn anak2.  So, saya letakkan resepi ni supaya senang utk rujukan nanti. Resepi ambik dr internet jugak..tp lupa dah kat mana sbb dh tulis dlm diary dh lama. Saja buat doh bergaram mcm ni sbb tekstur dia agak kasar sikit  dan sesuai utk sensory aiman.


Salt Dough Recipe :

2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1/2 cawan air (air ni kalau tak cukup boleh tambah lagi sampai doh lembut)

uli semua hingga sebati. bila dh tak guna,balut dgn plastik wrap tu..mmg tahan lama..lembut je lagi


haritu buat snowman. mata hidung guna rempah ratus yg ada ;-p. kalau nk letak colour pun boleh..sama ada nk letak terus masa uli ataupun lepas dh siap boleh guna berus lukisan tu dan colour. boleh la jadikan aktiviti ni masa cuti sekolah skrg ni....

Monday, May 21, 2012

Bertambahnya umur anak2....

17hb lepas genap umur irfan 1thn 11 bulan. Bulan depan genap 2tahun ye irfan. Nanti kena stop susu ye..huhu. Vocab dia pun makin bertambah
-makin pandai request brg..nak air,nak ball...kdg2 dia yg tanya mama..mana ball?haritu dia nmpk ikan goreng atas meja..irfan ckp "ikan..ikan..adik nak ni..ikan" terkejut mama huhu

-kalau kat bilik air bila mama suruh buang air..dia terus duduk cangkung dan kenc^^^. nanti boleh mama train ye.

-semakin aktif memanjat dan berlari..aduii penat mama..apetah lagi bila dia bergabung tenaga dgn aiman...huhu...

-makin suka mengajuk org ckp..siap dgn gaya lagi huhu...

-budak 2org ni suke berebut mainan..nanti mesti irfan akan ckp "share..share" wah adik..paham ke share tak share ni ;-p

 aiman pulak genap berusia 5thn 5bulan 18hb baru2 ni. Aiman ni dia suka tgk video org masak. Asalnya mama yg dok tengok..tp dia mintak siap jerit2 lagi joyofbaking.com huhu. Haritu sempat buat cupcake..dia sibuk nk tolong. Nmpk mama keluarkan butter..terus dia ckp butter..siap slang orgputih lagi hahaha..mesti tiru kat video tu. Skrg ni aiman baru pandai sebut warna2 dlm bahasa melayu..sblm ni semua english..sekali je mama ajar terus dia ingat dan sebut berulang kali :-)
setakat ni toilet training bab buang air besar tu selalu terbabas..buang air kecil tu selalunya ok sbb dia dh bagitau atau pegi sendiri..cuma ada masa2 tertentu dia asyik dgn benda lain dan tak sempat.takpela aiman..mama sabar ni..ni pun dh byk perubahan ni. bukan senang nk handle anak yg special ni. semuanya kena sabar walaupun kdg2 tu mama mcm tak berapa nk sabar huhu..bukan ape kdg2 sabar tu tertinggal kat jepun huhu.



 tu je cerita anak2. sejak minggu lepas mama kena jadi chef utama kat rumah ni dan rumah sebelah sbb maktok budak2 ni tak berapa sihat..sakit pinggang..kesian..takut sakit lama dia berulang. so dr pagi sampai mlm mama la kena msk. tghari anak2 buah balik sekolah nk mkn..yg kat rumah pun nk mkn kan..so agak letih dan mcm huru hara sikit kehidupan huhu. sblm2 ni mmg msk jugak setakat 2lauk tu ..skrg kena up lagi 2-3lauk lagi hihi.takpe..suka masak..tu salah satu terapi yg ada..asalkan kat dapur takde org lain..sgtla selesa nk msk hihi. bukan senang woo nk msk utk mertua.takut tak kena citarasa pulak..tp pastikan kalau sape2 kawin dgn org utara kena reti msk gulai lah ye hihi..

Tuesday, May 15, 2012

Terapi lagi...

Antara aktiviti minggu ni. Mama lebihkan aktiviti yg berkaitan dgn fine motor skills sbb aiman byk kurang yg tu.  Skrg ni Aiman dh makin pandai menggunting kalau garisan lurus. Lepas ni nanti mama akan ajar menggunting bentuk lain pulak.
 kutip beads guna pengepit tu aktiviti yg bagus jugak utk tgn aiman. selain tu letakkan kacang hijau ikut bilangan yg tulis dlm muffin tray tu
 mama jugak gunakan shaver foam ayah aiman utk aktiviti kali ni. letak bead dlm foam tu minta aiman ambik. mula2 dia mcm takmau..tp tunjuk cara kat dia dan dia ikut. muka tu mcm tak rela je sbb dia mmg tak suka ada benda2 gitu kat tgn dia. bila dh habis semua cepat2 dia ckp..wash hand wash hand....

nmpk aiman mcm enjoy bila buat semua aktiviti. dia mcm tak sbr nk tunggu aktiviti seterusnya. nmpknya mama kena prepare byk aktiviti utk dia buat...insyaAllah akan diusahakan walaupun mama tak cukup tido nk prepare byk benda huhu....
ni gmbr selingan..anak2 seronok bermain...

Monday, May 14, 2012

Makanan oh makanan

Ni masakan beberapa hari ni...ada pizza,waffles, red velvet cupcakes dan harini carrot cupcakes
 smlm kot buat kuih tepung bungkus ni...

Friday, May 11, 2012

Mari gosok gigi & mana ayah?

Masa ayah Aiman dan Irfan balik haritu, kami sempat mengunjungi klinik gigi. Saja2 nk check gigi. Kami ke klinik gigi Dr Mimi. Masa kat Jepun dulu Dr Momo hihi. Last check gigi masa baru pregnant irfan..lepas tu tak sempat nk gi huhu. Mula2 turn irfan..dr ckp ok..cuma gigi dia kuning2 sikit kalau berus kerap nanti boleh hilang..maybe sbb dia masih menyusu mlm2 tu..hmm. Lepas tu Aiman pulak..mmg dok dgr meraung2 je..padahal gigi dia ok je putih bersih..irfan pun meraung jugak. Anak2 masuk dgn ayah mereka ikut giliran..mama tunggu kat luar jaga yg sorg lagi. Lepas tu turn mama..doktor ckp gigi bersih ok..cuma ada gigi depan kena tampal sikit sbb yg lama dh tercabut. So terus la tampal...lain2 takde rosak pun..alhamdulillah :-) 
 Gelagat anak2 gosok gigi..Aiman senang dr dulu lagi..dia suka gosok gigi. Irfan tu haa..meraung2. Kalau dia buat sendiri takpe je..kalau mama buat dia tak suka..aiman ok je mama buatkan pun..gosok sendiri tak bersih sgt kan budak2... tq ayah aiman irfan sbb beli berus gigi yg ni..senang skit dgn irfan yg takmo gosok gigi ni ;-p

siang td si kecik ni demam. lama dia tido lepas mkn ubat....dari aiman gi sekolah pukul 12tghari smapai aiman balik sekolah pukul 5 baru dia bangun. tapi dlm masa tu beberapa kali bangun menyusu..lunch pun takmo..tak lalu agaknya. mlm td baru mkn nasi dan mcm dh sihat dh.... :-)

Siang tadi berlaku sesuatu. Aiman bertanyakan soalan yg membuatkan mama nk pengsan dengar. Bukan senang ye dia nk buka mulut berckp dgn betul...

Aiman : Mana ayah (sambil pandang muka mama)
Mama : haaa? (tak pasti apa yg dgr kat telinga)
Aiman : Mana ayah
Mama : Ayah takde keje jauh
Aiman : Takde. ok jom, naik lif (terus dia main lif)

sebenarnya kurang pasti dia paham ke tak ape yg dia tanya tu. adakah dia mula teringatkan ayahnya?? mcm kesian dgr dia tanya gitu :-( sabar ye aiman. kita kena tunggu bulan 8 baru boleh jumpa ayah lagi (skrg baru bulan 5 huhu). tu pun kalau ada tiket nk balik..huhu. skrg ni tiap2 malam kita jumpa ayah dlm skype dulu ye..boleh sembang n tengok muka jugak :-)

Aiman mmg rapat dgn ayah dia. Masa ayah dia balik..mmg nmpk dia behave sikit. Boleh dok diam la sebelah ayah dia. Pergi sekolah haritu ayah dia hntr tak buat perangai pun..mama ingatkan dia nk mengamuk..rupanya tak pun. Maybe haritu mood dia baik la kot. Kalau dgn mama ada hari mood dia tkamo gi sekolah jugak..sabar jela. Lepas ayah dia balik terus mama sakit pinggang dgn tulang pinggul balik. Rasanya sbb selalu angkat aiman kot sbb dia selalu buat lembik2 kaki takmo jalan..huhu.

Tuesday, May 8, 2012

Anak2 semakin aktif.....

Baru je smlm ayah budak2 ni balik...diorg dh buat mcm2 kat rumah ni ;-p. Smlm Aiman dh pecahkan cermin apa ntah..nasib tak kena dia. Irfan pulak pagi tadi dh tuang secawan air milo atas meja..penuh banjir atas tu..hmmm.. lepas tu ptg td irfan main serbuk lada dan taburkan merata2..atas karpet..atas lantai. Patutla dari dapur dok dgr tok nek irfan dok bersin2..irfan pun bersin2 sama..mak tok gi tengok rupanya dia dok main benda tu..penuh atas kepala dgn satu badan dia dgn serbuk lada. mama terus stop goreng bergedil (msk soto) dan terus mandikan irfan. mak tok tolong gi ambik aiman kat sekolah. lepas tu bila aiman balik...aiman dan irfan mengerjakan bedak pulak dah...dlm rumah ni dh bercampur2 bau serbuk lada dgn bedak..walaupun dh sapu tp mcm dok bersin2 lagi semua org...hahaha..mama pun meleleh2 air hidung ..aiman pun sama. dok berkurung dlm bilik lega sikit ;-p



Bagi aiman main shaver foam ayah dia. Gelak2 je dia dan terus nk basuh. asyik sebut "wash hand" "wash hand" je....lain kali boleh buat aktiviti dgn benda ni..sbb bagus utk dia sebenarnya. Hujung bulan ni ada cuti sekolah. Nmpknya kena prepare aktiviti utk aiman la huhu.....

Monday, May 7, 2012

Bila si ayah pulang bercuti....

Ni gmbr2 selain dr gmbr pergi holiday. Selama 9 hari mama bercuti dr mandikan anak2 dan hal2 toilet anak2 ;-p syok masak kat dapur budak2 tak kacau muahahaha.. Aiman dan irfan terkantoi dgn ayah mereka apabila mereka didapati telah bersukaria bermain dgn bedak mak tok dlm bilik ;-p irfan siap guling2 atas bedak yg dah penuh lantai itu huhu....

hari khamis lepas sehari je aiman gi sekolah sbb hari rabu kami baru balik dr penang. ayah dia yg gi hantar sampai pintu sekolah. masa mama nk bagi pakai baju..dia dh sebut "oh no"...lepas tu bila ayah dia kata..aiman jom pegi sekolah..aiman kata.."alaaaa" hihi..tp dia ok je masa ayah dia hntr tu.tak nangis ape pun. lega....hari sabtu pagi kami jln kaki ke pasar tani kat Giant. Ada la teman berjln..selalu bertiga je dgn anak2. Baru la org nmpk aku ni bersuami huhu....Blk rumah kelam-kabut msk lunch..lauk2 yg hubby nk mkn..

hari jumaat dan sabtu hubby bawa kami keluar jln2 sekitar alor setar. pegi muzium...tak sesuai langsung bwk budak berdua ni. si irfan la over takmo pegang tgn..dia nk jln suka suki dia je..bukannya jln sebenarnya..lari dlm tu huhu..
 last ptg smlm..pegi playground n mkn kat situ...
terima kasih pd hubby yg byk tolong jaga anak2...walaupun kdg2 mcm tak sabar jugak mcm mama ;-p baru tau kan anak2 kita cemana...tu baru jaga berapa hari..mama jaga berbulan2 sorg2... ;-p 2 hero la katakan...yg sorg tu dh mmg hyperactive..yg kenit tu pun suka tiru aksi2 abg dia..adesss.

sedih masa pagi dia nk pegi airport tu je..lepas tu tak nangis dh :-) kena la kuat kan sbb ni keputusan diri sendiri jugak. mcm tak percaya jadi sekuat ini..dulu susah senang berpantang sendiri kat jepun...semua buat sendiri..skrg ni kat msia pulak bersusah payah dgn anak2. fikir positif je skrg ni, hanya ibubapa yg special yg terpilih dikurniakan anak yg special. Allah takkan uji kalau kita tak mampu :-) Ada anak yg special tu bermakna kesabaran tu mmg kena tinggi dan akan buatkan pahala bertambah berganda2. Dan berjauhan dgn suami pun menuntut kesabaran yg tinggi. Tapi saya sentiasa percaya walaupun dia takde dekat disisi..tp dia sentiasa menjadi pendgr yg setia ke atas apa yg berlaku setiap hari.

siang tadi sengaja takmo ikut gi airport sbb takmo airport banjir huhu..isteri mana yg tak sedih bila jauh2 gini. nak jumpa balik kena tunggu lgi 4bulan kot..ntah2 lagi 7bulan huwaaa...lagipun kesian kat aiman nanti mesti nk ikut ayah dia.tu pun senyap2 je ayah dia pegi masa anak2 tido lagi. aiman nmpk mcm tercari2..kesian dia.takpela..mlm esok dh boleh skype lepas ayah balik keje. lepas ni semua kena buat sendiri mcm biasa. harap2 dptla dia balik raya nanti..kalau tak balik..daku mau balik raya rumah emakku lah....huhu.

Sunday, May 6, 2012

Holiday @ Perak & Penang

Setelah 9hari ke sana sini berteman..harini 6/5/2012 hubby terbang semula ke japan :-(.  9 hari lepas rasa lega dan tak stress sbb semua tanggungjawab atas bahu hubby. Bermula harini semua kena tanggung dan buat apa2 sendiri..huhu. Berat naik 1kg..hubby pulak naik 2kg. Tapi rasanya nanti mesti tak sedar pun berat tu turun sendiri...

Kami sempat pergi bercuti ke Lost World of Tambun di ipoh perak. Bawa mak abah dan adik sekali. Sampai kat Tambun terus check in kat Lost World Hotel. Tghari lunch kat situ. Mlm konon nk gi berendam kat hot springs tp hujan so terus gi dinner dulu dan balik bilik. Esoknya pagi2 pegi breakfast dan terus masuk dlm theme park kat depan hotel tu je.


Mula2 kami jalan2 dlm tu dulu. Gi tengok haiwan2 kat Petting Zoo. Aiman siap pegang burung merak kot..sampai kena patuk hahaha. Lepas tu sampai kat burung lain dia dh takut..dok pegang je opah dia ;-p

Lepas tu jln2 lagi tgk harimau kat Tiger Valley...dan tgk tempat melombong bijih di Tin Valley

Lepas tu acara main air pun bermula. Belum sempat tukar baju aiman dh nk terjun dlm air. Cepat2 tangkap dia dan tukar baju..dan terjun lah beramai2. Opah dgn atuk je tak berendam. Segan katanya sbb tgk yg muda2 je mandi ;-p Acu tolong jadi assistant mengasuh budak2 ni masa dlm air. Dia pun malu tapi ikut je aiman so tak le segan nk main benda2 tu semua hahahaha...
Balik je dr tambun kami tido 1 mlm lgi di Gerik. Esoknya terus ke Penang pulak...tapi kami berempat aje. Naik feri....
Jalan2 cari makan...
Dan terus check in kat Flamingo by the beach Hotel kat Tanjung Bungah. Hubby ambik bilik seaside view. Dptla tengok pemandangan sikit :-)
Lepas tu jln2 keliling hotel tgk apa yg ada. Aiman dh excited nk terjun pool ;-p terus balik bilik mandi dan rehat2.
Petang gi mandi laut jap. Tapi ombak kuat..terus naik..tak ramai pun org mandi. Dah la pantainya tu dlm..
Balik bilik mandi lagi dan hubby terus order mknan utk dinner. Malas nk gi mkn kat restoran sbb takmo berperang dgn anak2 kat situ. Paham2 la ye dgn anak2 ni yg tak reti dok diam. Nanti sorg melalak sorg nk lari je..nk mkn pun tak kenyang. Takpe la bayar mahal sikit pun..huhu..;-p
Lepas mkn, mama terus ke Qin Spa kat tingkat bawah. Dah booking masa ptg tu. Gi buat full body massage 1jam dan foot retreat 1jam. Dpt diskaun 20%. 2jam tinggal anak2 kat ayah diorg. Lega rasa badan. Thanks hubby :-) Pukul 11lebih naik bilik tengok anak2 dah tido :-)
Esok pagi lepas mandi, gi buffet breakfast kat bawah.
Breakfast tak berapa nk tenang.Irfan mengamuk2..aiman asyik nk jalan je. Tapi mkn jugak sampai kenyang ;-p
Kami check out dan terus gi Taman rama2. Jln2...tapi lepas habis tu cuaca tak berapa baik.so terus nk balikla..singgah mkn dan terus balik alor setar....
terima kasih pada hubby sbb bawa kami jln2 :-)