Showing posts with label Aina Fatini. Show all posts
Showing posts with label Aina Fatini. Show all posts

Monday, February 17, 2020

4th birthday Aina Fatini 25/9/2019

Sambutan hari lahir puteri kami 25/9/2019. Cuma panggil adik beradik terdekat je. Ada paklong, pakcik, paksu ank4.




Tuesday, November 14, 2017

Happy 2nd Birthday Aina Fatini

Entry dh basi ni. birthday celebration aina pd 25/9/2017 yg ke2.

Thursday, April 6, 2017

Rambut Aina dh pendek

4 April lepas mama guntingkan rambut ✂💇Aina. Rimas tengok rambut panjang dia....sebabnya nak ikat pun susah kalau rambut panjang..kepala dia tak dok diam😅 Mama tak biasa gunting rambut guna gunting. Sebab abg2 pakai machine tu je hehehe. senget benget pun xpe asalkan pendek sikit. nanti kejap je panjang balik tu sbb rambut dia tebal....

Tuesday, April 4, 2017

1year 6months old

Aina Fatini genap 1thn 6bulan 25hb mac lepas. ni antara gmbr2 dia. dah pandai panggil mama😁 kalau mama marah dia cepat2 dia panggil mama mama mama😁
Dia semakin aktif sekarang. mcm2 dia buat. paling suka memunggah dapur mama😂tak lupa juga memunggah rak buku adesssss. pantang nmpk pintu terbuka...cepat je nk serbu keluar tanpa pakai kasut laaa apa lagi......
Mama harapkan aina sentiasa sihat selalu...

Monday, October 10, 2016

Happy 1st birthday Aina Fatini

25/9 lepas genap Aina  Fatini 1 thn. Dia dh boleh berdiri...dah mula meniti tepi2 dinding sambil pegang dinding. Ank dara ni lain skit dr abg2. Suka dtg kt mama sayang2 mama...dgr lagu je terus goyang2 bdn😁girl kot mcm ni hahaha

Abg2 pun makin dpt sesuaikan diri dgn adik. dh boleh join main sama2 n mcm2. hari2 mama makin sibuk dgn tugas seharian. moga Aina terus membesar dgn sihat.

Friday, August 5, 2016

Perkembangan Aina Fatini

Aina start meniarap masa umur 5 bln lebih. Masa 8 bulan dia baru merangkak. Agak lmbt berbanding abg2. Masa berumur 7 bulan dia dh start tumbuh gigi...yg ni sama dgn abg2. Skrg Aina dh 10 bulan...dia dh boleh berdiri kalau pegang. Lepas tgn belum lagi heheh. Sebelah tgn dia berani dh melambai2. Kdg2 kalau dia lupa diri...dia lepas dua2 tgn..maka nya jatuh la tergolek...adessss. harapnya Aina membesar dgn sihat. Bulan depan nk masuk setahun dh. Mcm cpt pulak rasa huhu.
Aina masih breastfeeding...tanpa botol ye. Makan solid food start 6 bulan lagi. Dia dh pandai meniru mcm2 hehe. Lain kali mama cerita lagi. Nk kena msk dulu. Nanti nk jemput ank2 blk sekolah

Thursday, March 17, 2016

Kisah Aina

25hb ni akan genap anak dara saya 6 bulan. Maka..mama pun dh siap prepare..cari brg utk solid food dia. Semua beli baru la. Harta benda abg2 semua dh campak mana ntah huhu. Takpe skrg senang..beli online je muahahah. Janji ayah masuk duit dlm akaun mama :-p nak gi cari kt kedai x semua memenuhi citarasa. Kat jepun senang..gi je nishi matsuya ke..akachan honpo ke..segala benda psl baby ada kt situ. Tiba2 rindu jepun hehehe..mana x rindu..tpt bercinta..tpt susah senang dgn suami n anak2 kan.
Satu lagi..disposable breast pad kt jepun murah..rm30 leh dpt 120 keping. Kt msia rm30 tu baru dpt 36 keping huhuhu. Mujur la masih ada stok jepun punye. Lain kali kalau hubby gi jepun lg nk suruh beli byk2 hahahahaah.
Si aina ni sgt manja n xsuka dok sorg. Maka nya mama susah nk wat keje rumah. Kdg2 tpaksa pakai baby carrier sambil masak n sidai baju huhuhu. Sabar jela ye. Moga dia membesar dgn sihat. Aaminn....

Monday, February 22, 2016

4bulan lebih...

Aina Fatini dh berusia 4 bulan lebih. Alhamdulillah. Mama sgt sibuk sejak beranak tiga ni. Hari2 kelam kabut sampai tak sempat nk update blog mcm dulu huhu....

Agak senang menjaga aina sebenarnya sebab dia x kacau mama tido mlm.mlm dia tido lepas ru dlm 5 lebih dia akan bgn menyusu hehe. Beza dgn abang2 kuat menyusu kena bgn byk kali hehe.

Cuma mama ada masalah bila nk shopping baju dia. Baju baby girl ni cantik2.jd masalah lak bile nk pilih tu sbb rambang mata huhu

Setakat ni aina baru mencuba2 nk meniarap. Tp mulutnya bising menyembang haha.beza jugak ni.sbb abg2 dulu meniarap masa 4 bulan hehe. Xpela asalkan membesar dgn sihat.lmbt skit xpe.bkn semua baby mesti sama.ok...

InsyaAllah akan cuba juga update sikit demi sedikit cerita2 sblm ni :-)

Monday, October 5, 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah...saya selamat melahirkan seorg baby girl pd 25/9/2015 yg lepas secara csect di Hosp Putrajaya :-) harini hari ke11. Hari ketiga dh keluar wad. Semuanya sihat alhamdulillah. Abg2 pun menerima adik dgn baik :-) Nama baby Aina Fatini.
Skrg tgh menyesuaikan diri dgn rutin baru. Mana nk buat keje rumah...anak2...nk ambik aiman kat sekolah lagi.
Rasa beza bersalin kat jepun n msia hehe. Sblm bersalin....byk kali doc suruh ikat. Tapi saya takmau. Masa tgh operation doc tu tanya sblm ni operate kat mana sbb walau dh 2kali operate dlm perut saya elok. Takde yg melekat2..elok dlmnya. Saya cakap jepun. Ohh..bagus doc jepun ni kata doc tu sbb diorg buat keje elok. Pastu doc tu tanya saya mkn ape dulu lepas operate. Dia tanya ada mkn haruan tak. Saya kata xde sbb kat jepun xde. Dia kata patutla elok luka awak dulu ni. Ikan haruan tu boleh sbbkan early healing..xbagus utk luka operate sbb patutnya kena bagi dia baik secara natural. Lepas ni mkn mcm dulu la dia kata. Org kt msia ni rajin mkn ikan haruan..awk jgn mkn ye..hehe.  doc tu kata lepas ni awak boleh pregnant lagi..lepas tu baru ikat. Okla tu kan hehe....