Showing posts with label autism. Show all posts
Showing posts with label autism. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Aiman tampal gigi

Last week bwk aiman gi tampal gigi. Risau jgk takut dia amuk ke apa. Sblm gi mama sempat cari video psl tmpal gigi kt youtube bagi dia tengok sambil tu cerita kat dia. Berjaya la jugak doktor tu tampl.aiman xnangis jerit apa pun. Cuma dia mcm nk bgn byk kali hihi.nasib kejap je.

Last week jugak aiman cabut sendiri gigi dia yg goyang

Harini ke klinik gigi lagi cabut satu lagi gigi goyang. Semua ok. Tak payah buat social story dah. Cuma bgtau dia nombor 1 apa...nombor 2 apa....dia pun boleh cerita sendiri hehe.

Alhamdulillah syukur sbb mama gi sendiri je klinik dgn ank2. Jln kaki sampai eki (station). Dentist tu pun ckp jepun + english...bolehla kan :-) next appointment 25/6 ni. Takpela gi byk kali pun sbb free je. Untung sbb ank2 ada kad putih tu...gi je mana2 klinik..tunjuk kad tu...free hehe. Yela...ayah byr tax mahal2 kan :-)

Monday, April 22, 2013

Autism Day

20hb lepas berlangsunglah sudah Autism Day. Awal pagi dah pegi sana. Awal2 tu Aiman ok. Bila org makin ramai dan dah mula keluar matahari panas..dia pun mengamuk ajak mama balik. Siap guling2 kat tanah takmo bangun. berat la 20kg mama xlarat nk angkat pun. dah la mama kena susun makanan.last2 tinggal gitu je. cikgu2 pujuk pun tak jalan. mama bawak dia naik moto pusing stadium dulu. lepas tu tak berkesudahan asyik ajak balik rumah. last2 mama tinggal kan dia dgn cikgu siti..n cikgu2 lain. mama gi tempat lain.last2 dgn cikgu norizah jugak dia ok.mama pun lega boleh terus buat keje



 ada acara senamrobik, lompat tali..

 nyanyian adik umar hasfizal yg juga merupakan kanak2 autism.boleh goggle siapa adik umar ni.dia juga ada album solo ye..sedap betul dgr suara dia nyanyi live..rasa nk menitik airmata dgr huhu
 ni pulak adik siti....yg cacat penglihatan..sedap sgt suara dia..meremang bulu roma mendengarnya.itulah keistimewaan mereka ye...
 ada magic show
 pertandingan pakaian beragam..aiman jadi samurai hahahaha...jadila dpt tempat kedua
 sempat jugak bwk aiman gi check gigi percuma...semua gigi ok..dpt ubat gigi dgn berus gigi free..aiman sampai nk dok situ je takmo turun dari kontena tu hahah
 pertandingan penyediaan makanan kreatif



 aiman suke dgn hadiahnya
gmbr mama yg ni je ade..tu pun ambik sendiri hahahaha...kalau ayahnya ada mesti gmbr mama berlambak2 kan huhuhuhu

Thursday, April 18, 2013

Aiman Faiz 6tahun 4 bulan

Setiap 18hb umur Aiman bertambah dari sebulan ke sebulan. 18hb ni genap umur Aiman 6thn 4bulan. Kesian Aiman..tiap2 hari mcm letih je dia. Dari pagi 7.30pagi ke sekolah..balik 12.45 terus hntr ke nasom dan balik rumah pukul 5 ptg..mmg non stop. Kdg2 dia tertidur masa tgh menulis dlm kelas. Mama bagitau cikgu kalau dia tido takpe..biarkan. cikgu pun mmg tak sampai hati nk kejutkan mmg bagi je dia tido :-) kena tido lagi awal la mlm2 ni Aiman.

gi shopping mmg kena masukkan dua2 dlm troli gini. kalau tak jgn harap nk dpt beli pun..hanya mampu memandang je. tu pun tgn dok sibuk nk pegang sana sini..risau jugak kang ada brg yg jatuh rosak.
Aiman ni pandai dh pujuk adik dia. Kdg2 cara elok. Cara kasar dia kata "tutup mulut""diam". Cara baik dia kata "ala syayang syayang lailahaillallah lailahaillallah" sambil gosok belakang adik dia. Nak tergelak pun ada sbb rasa mcm tak sangka dia boleh buat gitu. Kalau dia normal rasa mcm takda apa sgt kot..tapi sbb dia mcm ni yg buat mama rasa kagum jugakla :-) Biasa dok dgr dia marah adik dia kalau adik dia buat salah apa2...irfan jangan..simpan..n mcm2.

Mama jugak pernah dengar Aiman kata "ayah keje jepun" kesian pulak dgr :-( tapi tak tau la dia faham ke tak. Mama tau anak2 mama tak cukup kasih syg ayah. tapi tiap2 mlm kan kita dpt skype tgk n sembang dgn ayah. lagi 45 hari lagi dptla kita jumpa ayah balik dlm seminggu huhu.

Aiman punya obsession terhadap lif mmg tak pernah hilang. mcm angry birds obses bermusim..skrg dh mcm takde. hari2 mmg cari kertas yg ada lukis button lif tu utk dia main.gi kat pintu dia tekan la kat kertas tu. dh la rumah ni byk bilik..ada 8pintu la dia dok main huhu. kalau time dia main tu mmg dia dok dlm dunia dia la.sambil dok ckp sama mcm kalau kita naik lif kat jepun.sebut habis tingkat berapa semua tu..lif tutup lif bukak dlm bhs jepun. tapi skrg ni dia dh pandai ajak irfan sekali.sambil pimpin adik dia tu..dia ajak la irfan masuk sekali dlm lif dia tu ;-p nasib baik jugak ada adik kan.sekurang2 nya byk benda aiman boleh belajar.

Mama mengharapkan byk progress Aiman lepas ni.. :-)


Monday, April 15, 2013

Jemputlah datang

Marilah beramai2 datang ke Stadium Sultan Abdul Halim pada 20/4/2013 ni hari sabtu untuk sama2 memeriahkan Autism Day sempena bulan kesedaran autisme sedunia. Ada bermacam acara menarik...gerai2 pun ada dibuka. ada face painting...sand art...istana belon...ada sukaneka..senamrobik...pertandingan pakaian beragam..(yg ni aiman ada masuk) pertandingan mewarna pun ada....serta persembahan magic show....juga persembahan nyanyian dari adik umar hasfizal yg juga merupakan kanak2 autisme juga...dan mempunyai bakat dlm bidang nyanyian. bagi kawan2 yg berada di kedah..boleh la datang..saya pun akan turut serta ada kat sana. jumpa disana ye :-)


Thursday, April 11, 2013

Kisah Aiman :-)

Salam semua. Mama tak pernah jemu bercerita tentang Aiman. Mmg berblog ni pun supaya..mama boleh tau progress Aiman mcmana. Boleh semak n tengok dari post yg lepas2 :-)

Dalam gmbr ni..Aiman belajar tengok jam. Tak berapa cekap lagi. Mungkin kena selalu buat. Kalau mcm pukul 11..10 tu dia mcm nk faham dah..kalau minit ni lambat sikit.takpela..practise make perfect kan...tak perfect pun takpe..asalkan boleh sudah...
Aiman jugak dah makin cekap bila buat maze activities. dulu masa mula2 introduce kat dia...dia tak faham. lama2 dia dh boleh buat yg kecik2...skrg yg mencabar n besar pun dia dh boleh buat. Bagus sebenarnya maze ni utk kordinasi tgn mata dan otak. mama beli yg boleh padam balik..guna whiteboard marker tu..lain kali boleh buat lagi..

5hb lepas kot. Kaki Aiman jatuh dlm lubang toilet..tergelincir. Tak dok diam sgt sampai tergelincir..nasib mama ada kat situ n pintu mmg tak kunci. Syukur sbb cuma luka je kaki..tak patah ke ape..huhu. Aiman ni selalu buat mama panik. Terus mama angkat dia dan dia terus lari masuk bilik dgn kaki yg berdarah2 sepanjang jln..penat mama lap. Mama cuma cuci dan letak ubat luka. Sbb tengok dia masih boleh lari. Bila malam tu dia dah tidur mama sapu minyak kat kaki dia sbb takut dia sakit ke ape. Rasanya ni kejadian ketiga kot yg terkejut mcm ni. 2 yg sebelum ni kat jepun. Kalau yg pernah baca blog ni dulu..Aiman pernah terbalikkan tv jatuh atas lantai..tv yg gedabak besar tu.nasib tak timpa dia. lagi satu dia panjat dan jatuh kena bucu kat dagu...berdarah2 sampai kena jahit dan kami 3 beranak naik ambulans ke hospital...huhu. Sbb tu tak boleh terlepas pandang kalau dgn Aiman.
Walaupun dia aktif mcm tu...mama nk puji jugak la. Aiman ni tak pernah ada masalah nk bangun pagi. Kalau pukul 5pagi sekali pun..mama cuma tepuk panggil nama dia dan buka seluar baju dia..pegang dia dan dia bangun. Takde mengamuk ke ape. Takde jugak mslh nk berus gigi ke..nak gunting rambut ke ape. Sbb kanak2 autisme ni diorg byk masalah sensori dan suka tantrum. Tapi alhamdulillah la Aiman takde semua tu. Susun2 benda pun takde. Cuma dia byk mslh dgn speech je. Tu pun dah ok sikit skrg ni.
ni lukisan Aiman haritu. dah nmpk la sikit rupa dari dulu langsung tak faham ape...
semalam mama pegi review psl aiman kat nasom. Alhamdulillah byk yg ok2 je. ada satu perubahan yg mama rasa lega sgt. Sblm ni aiman mmg tak reti tulis atas baris elok2. dia tulis guna 3baris sekali..besar2 dan senget benget. kat sekolah pun cikgu ada bgtau mslh ni. mama pun perasan jugak.so minggu lepas mama baru try buat mcm ni kat dia. mama warnakan baris tu selang seli dgn highlighter kaler kuning. dan suruh aiman tulis atas baris yg takde kaler. mama cuma cakap "yellow takboleh".kena guna ayat pendek dan perkataan yg dia faham.dia pun ulang dan ckp yellow takboleh. mama tulis perkataan2 yg dia suka mcm..lift..basement..parking...aras 1 aras 2 toilet. semua dia tiru n tulis mmg tak kena bahagian kuning tu. lepas tu terus bagi dia kertas garis tu tanpa kaler warna kuning.nmpk mcm tak keluar garis dah.
masa pegi review smlm cikgu tunjuk buku dia dan beritau yg aiman tulis dah ok dlm minggu ni.mama tgk dari mula buku tu mmg besar2 tulisan dia.tiba2 je dlm minggu ni tulisan semua elok atas barisan. rasa mcm "dlm hati ada taman" :-)))) rasa mcm berkesan teknik yg mama guna tu. so.dgn senang hati share kat sini kalau2 ada yg alami masalah tu.tapi sebenarnya ikut kesesuaian anak jugak.kena pandai try n error.
bab baca semua ok dh.start umur 3thn dia dh mula baca perkataan2 pendek. cikgu pun kata dia boleh baca.cumanya bila bab nk ajar psl emotion ni dia takmo bagi kerjasama sbb takut dgn rupa sedih..marah semua tu.tgh cari cara yg sesuai cemana nk bagi dia faham. pening ye nk kena fikir cara yg sesuai. kalau anak normal cara biasa sudah cukup.tapi yg special ni kena guna cara special jugakla..hmmm.bab sosial main dgn kwn2 dia ok cuma dia tak berapa reti bab ckp ni.masih belum faham cara nk main hide n seek ni semua.dia cuma ikut org je.
aiman ni nmpk mcm minat masak memasak ni.dia selalu rela hati nk tolong masak.kdg2 dia yg ajak :-)
tu je cerita aiman setakat ni....mama kena byk tmbh ilmu lagi ni utk ajar aiman mcm2....ganbarimasu.....

Wednesday, April 3, 2013

World Autism Awareness Day

Bulan ni April adalah bulan kesedaran autism.  Moga masyarakat makin sedar  dan tahu tentang autism. InsyaAllah dlm bulan ni jugak..akan ada program psl ni 20hb ni kat alor setar ni. Mama dan Aiman pun akan join sama. Sibuk jugak ikut gi meeting psl program ni. Harap berjalan lancar. Nanti saya kongsikan buat semua yg berminat nk join :-)

Buat anakanda Aiman..mama sentiasa menunggu ayat2 yg keluar dr mulutmu..walaupun hanya berkata "aiman kentut busuk" ..ayat tu betul dan kena sbb mmg dia kentut ..baru je dengar sebentar tadi ;-p siang tadi pun dia marah mama sbb nk tinggalkan dia masa naik motot sbb dia lambat sgt nk jln gi kat moto. saja acah nk tinggalkan dia. Aiman kata "nanti dulu la" "amboi" ;-p Tadi aiman pukul irfan.irfan nagis dan kata "syakit..nak ubat..nak hospital". lepas tu aiman sambung..."pi KMC..cucuk irfan". mama tak tahan nk gelak ;-p KMC tu kedah medical centre :-)

Tu saje utk harini......

Thursday, February 21, 2013

Cerita pasal Aiman :-)

Pagi tadi ada upacara menandatangani rancangan persekolahan individu Aiman kat sekolah. Mama sungguh suspens sbb nk dgr cerita pasal Aiman. Maklumla dia baru start masuk sekolah tu 2/1 haritu kan. Alhamdulillah banyak yg ok. Cikgu kata dia boleh menulis cuma kdg2 dia malas nk tulis. dia boleh jugak baca. kalau cikgu tulis kat whiteboard dia la sorg yg paling excited dok baca apa cikgu tulis. Masa awal2 masuk dulu dia dlm kelas C. Bila cikgu dpt tau dia boleh baca..dia dh tukar masuk kelas B. Dlm kelas tu pun..walaupun dia antara paling muda..tapi dia sorg la yg boleh baca pun. Cikgu pun tanya sejak bila aiman pandai baca. Sebelum balik msia lagi sbb mama gunakan buku read n easy dan bacalah anakku utk dia. dan juga gunakan video di youtube dan starfall utk bantu dia jugak. rasanya ni la kelebihan dia.walaupun speech dia kurang...tapi bab ni dia ok :-)

Ustazah kata dia takmo bukak mulut bila suruh sebut. Tapi kat rumah dia boleh je bace alif baa taa semua.hmmm...Kekurangan dia pada speech..mama mmg tau sbb kanak2 autisme mmg ni masalahnya. mmg dia hanya boleh buat ayat pendek 2-3 perkataan sahaja. cikgu jugak kata bila dipanggil dia susah nk pandang. mama pun tau sbb benda ni mmg ada pd kanak2 autisme lain jugak iaitu kurang eye contact. dari segi gross motor skills masih ada yg dia takleh buat. cikgu kata kalau guna gmbr mmg dia laju..kalau tanya mmg kurang respons. ye aiman mmg visual learner.sbb tu lagi mudah kalau nk ajar dia guna gmbr atau video. dlm kelas pun dia boleh dok diam..oklah tu kan. bila pegi outing pegi main bowling mmg dia la paling laju.cikgu kata kena tangkap aiman dulu sbb dia nk lari pegi kat lif..tak dpt nk menolong la bab lif ni sbb dia mmg fanatik dgn lif....

sampai sini dulu cerita aiman...moga byk lagi cerita yg indah2 pasal Aiman.

Tuesday, February 12, 2013

Cerita Aiman...

Sebenarnya saya pun sayang nk tutup blog ni.. sbb dah lama n dah kongsi mcm2 kat sini. So, sambung cerita.....saya akan cuba update dr masa ke semasa supaya senang nanti saya nk check segala perkembangan anak2 kat sini :-)

Gambar Aiman masa dlm kelas kat nasom. Skrg Aiman masuk dlm kelas transisi..kelas persediaan utk masuk ke kelas aliran perdana. Tengok dia boleh je dok diam tgk cikgu. Hmm..harap2 ok lah...Kalau dia dapat masuk ke kelas normal..cikgu dari nasom akan jadi teacher aide (guru pengiring) sepanjang dia dalam kelas tu. Tu kelebihan bila ke Nasom. So..parents takyah risau psl anak dah.. Aiman pun dah start belajar guna abacus/sempoa. Harap2 dia cepat belajar...

Tengoklah betapa aktifnya dia kat rumah..semua nk panjat..tak dpt nak menolong la bab panjat memanjat ni. Mungkin sbb tenaga dia byk tak digunakan...mama pun letih sama dgn adik lagi. Takpela bagi je dia guna tenaga dia asalkan jgn bahaya sgt n mmg kena pantau selalu ape dia buat.

Aiman pakai necktie dan lencana tu mama baru je jahit kat baju dia..handsome mcm ayah ye :-) setakat ni ok la dia ke kelas khas di sk tmn awana tu. cikgu pun bagitau apa yg cikgu bagi dia boleh baca dan tulis..alhamdulillah...Setakat ni aiman dh ikut beberapa kali aktiviti luar kat sekolah..bowling..futsal dan berkebun kat sekolah..msk2 pun ade..buat dadih hehe...

situasi biasa time baru bangun tido hari gi sekolah. mmg mama akan sediakan air suam utk dia berendam. bagus sebenarnya sbb air suam ni bagi mood dia ok. Kalau pagi2 dh kena air sejuk yg mmg dia tak suke..confirm mengamuk..nk pakai baju nk mkn dan segala2nya mengamuk dan mama pun penat. so ambik jln yg selamat..bagi dia mandi cara yg dia suka. aiman mmg dah ajar mama byk perkara..so mama akan terus belajar memahami aiman :-) bila faham dia..semua akan jadi lebih mudah. moga semuanya mudah utk mama dan aiman ye...

sesekali buat aktiviti ringan kat rumah. weekend jela.hari biasa dia dh penat gi sekolah dari 7.30 pagi hingga 5 ptg..kesian la jugak kan.

Tuesday, November 20, 2012

Occupational Therapy 20/11/2012

Sila pusingkan kepala anda...hahaha.....tak reti nk pusingkan gmbr ni..sbb dh upload malas dh...
 
Siang tadi gi occupational therapy aiman. Puas hati jugak harini..dpt tgk aiman buat mcm2. Aiman pun bagi komitmen100% gitu.
 


Aiman dok atas swing...di hayun2kan dan disuruh baling ring masuk dlm kon. ni utk bagi aiman fokus bila bergerak dia boleh tak masukkan. Byk yg boleh :-) Lagi satu..baling bean bag masuk dlm benda berlubang tu..bila OT suruh masukkan dlm A..kena masukkan dlm A...byk yg masuk jugak :-)






lepas tu aiman kena tulis ayat..sama mcm kat buku tu. nak tgk dia betul2 tiru ke ..ada silap ke..ada tinggal ke. bila dh siap..OT bagitau mana yg silap dan tertinggal. OT pesan kat mama kalau buat kat rumah bgtau kesilapan dia dan betulkan bagi dia tengok..supaya nanti bila dia tulis lagi..dia lebih berhati2....



Ada jugak buat 3D block puzzle tu...yg agak mencabar. yg mama beli tak berapa mencabar..byk yg boleh buat....




Ada jugak buat aktiviti guna peg board. Guna getah utk buat huruf. Agak mencabar sikit. OT kata..tujuannya utk ajar aiman solve problem...mcmana dia nk bentukkan huruf tu sendiri...Ada kerja rumah kena buat....kena sambungkan lukisan tu..nk tengok aiman ni perasan ke tak..boleh tiru ke tak gmbr tu..next appointment 2/1/2013......suka tarikh tu sbb time tu ayah Aiman ada.Boleh pegi sama2 :-)))))

Friday, October 19, 2012

Sayang anakku sayang

Saya dan hubby selalu di ajukan soalan..bila dia nk balik bekerja di msia. Hmmmm... :-) Kalau murah rezeki tahun depan la kot. Kita hanya mampu merancang..tp Allah yg menentukan. Mempunyai Aiman yg sgt special ni mmg memerlukan kos yg agak tinggi. Dari pelbagai segi..tu nasib baikla hntr terapi kat hospital..kalau private..beribu2 lemon la kan.. brg2 utk guna terapi dia kat rumah..byk jugak dh saya beli..termasukla buku2 utk saya sendiri gunakan utk menambah ilmu. Dulu masa dok jepun..rasa mcm otak ni beku sgt sbb hanya fikir..masak,jaga anak..yg lain semua hubby uruskan. Skrg ni byk kena belajar...dan cari mcm2 maklumat...kena join mcm2 aktiviti..sikit sebyk otak saya dh tak beku mcm dulu ;-p Sementara hubby masih bergaji yen ni boleh la adakan mana yg takde tu utk aiman. nanti dh balik msia gaji tu kurang byk dr skrg...mudah mudahan murah rezeki nanti...
 ni buku terbaru utk saya study. tq hubby.asalnya saya mintak 1 buku je..tp dia suruh pilih lagi..huhu. demi anak tersayang nanti mama study ye buku ni baik2. cari dlm internet je tak cukup..perlu jugak buku rujukan..menjadi ibu juga perlukan ilmu utk mendidik anak...tak kira lah bidang apa sekalipun
 yg 2 ni beli tahun lepas kot..psl aktiviti yg sesuai utk buat dgn aiman...
 buku yg ni...1st buku yg mama beli lepas balik msia tahun lepas
 kat atas ni antara yg saya guna utk anak2..ada flash card..block dan mcm2...
 
 
 
yg atas ni yg terbaru kot..apa saja yg aiman guna utk buat terapi kat hospital..nanti mama pun akan beli dan buat kat rumah dgn aiman. sellau time gi terapi tu mmg akan tanya macam2..supaya boleh buat kat rumah sendiri...
tu di antaranya aje..block mcm2 jenis dan bentuk ade..kena sorok..time sesuai je baru keluarkan ..kalau tak mama penat nk kemas huhu...
last week ada review psl aiman..so mcm2 report la mama dpt...byk dan tebal pulak tu..so dpt la tau mana kelemahan aiman yg perlu diambik berat. agak detail jugak report ni..bagus la buat gini..senang nk tgk..ada diberitahu jugak pasal apa yg aiman akan belajar tahun depan...beberapa hari lepas dh dpt surat utk interview sekolah aiman darjah 1 tahun depan...mama yg nervous nih..harap2 aiman dpt buat dgn baik masa test tu nanti..kena buat apa entahla..cuba jugak tanya mak2 yg lain..dpt idea la sikit2...
 
Smlm balik je sekolah aiman dtg kat mama dan ckp "mama come here" "masuk bilik" sambil tarik tangan mama. dah masuk bilik dia ckp "mana zoodles""nak zoodles" sambil tadah tgn. asalnya mama takmo bagi dia main game kat handphone tu.tp sbb dh dia mintak n ckp byk pulak tu..terus cair dan mama terus bagi dgn senang hati :-)))) tp sebelum bagi tu mcm2 mama suruh dia buat dulu..suruh sayang mama,peluk mama salam mama..sayang irfan salam irfan..baru bagi hihihi...nak benda sanggup la buat mcm2....