Friday, March 30, 2012

Sakura..aku rindu padamu!

Tertengok entry Ayu..teringat pulak nk godek2 gmbr lama hihi..nasib baik jumpa... Tahun 2006 1st time tengok sakura. Masa ni takde kereta dh..dh jual..naik train,naik bas,jln kaki ;-p. Penat gile sbb gi byk tempat. Patutla rasa penat..beberapa minggu lepas tu doktor sahkan pregnant kan Aiman ;-p
kami naik sampan kat kouen ni..romantik woo..sampai tersangkut kat dahan pokok sakura sbb tak pandai mendayung ;-p
masa ni dua2 kecik molek lagi...skrg ni...nak pengsan hahaha....
tahun 2007 takde gmbr dgn sakura..gi tgk je tp tak ambik gmbr..sbb sangat kalut time ni.hubby ke kyushu..lepas tu hari yg sama dia balik..mak tok dgn tokwan aiman sampai jepun.so kelam kabut kemas2 buat kuih semua..aiman masa tu 4bulan
gmbr bwh ni masa 2007..aiman dh besar sikit.masa ni pun sgt kalut sbb kami dlm proses pindah rumah. gi tgk kejap je la
ni keesokan harinya pulak
yg ni 2008..

yg ni pulak 2009..pregnant irfan 7bulan...
ni tahun lepas 2010..last tengok sakura ...dah ada 2 anak..hihi. dari baru kawin sampaila beranak dua...hihi...saiz badan byk berubah masa baru kawin tu 52 (tu pun naik sblm kawin 49 je) skrg ni 58 huhu..nk kena turun byk la lagi huhuhu...
mode : sakit mulut.......itaiii....huhuhuhu

Sunday, March 25, 2012

Anak2, makanan dan rindu....

Cerita anak2 lagi :-) Irfan dah pun berusia 1thn 9bulan pada 17/3 haritu. Semakin aktif skrg ni dan dia sgt suka meniru apa abang dia buat. Di mana ada aiman disitulah ada irfan. Time baik..baik je diorg ni..time bergaduh dok lawan menggigit pulak. Vocab irfan pun semakin bertambah..byk animal,benda yg dia dh tau bila tunjuk gmbr.

Aiman pun semakin bertambah vocab dia. Byk kali jugak mama dengar dia ckp kedah ;-p contohnya : mama ajak balik dari sekolah,tapi aiman jwb "tunggu sat" sbb dia nk main kat playground dulu. keluar jadi keluaq..kdg2 dia sebut ayaq...oh no...mama pun tak ckp gitu ;-p takpe la asalkan aiman berckp dan org pun faham. Semalam aiman terlanggar mama masa mama tgh menyapu..tiba2 aiman ckp "sori sori" hihi gelak mama dgr. Smlm jugak dia ckp "mama makan" sambil nk suapkan makanan kat mama..lepas tu bila mama dah mkn dia kata "emm yummy" hihi

Dari segi fine motor skill pun makin ok bab pegang pensel tu..dia dh tak menggenggam bila menulis..alhamdulillah. bab toilet training dh semakin berjaya. walaupun pakai diapers jgn harap dia nk kencing dlm tu dah.dia jerit2 sebut kencing,toilet walaupun ketika tu kami kat Giant..kelam kabut mama cari toilet ;-p dgn tolak stroller adik masuk dlm toilet sekali ;-p nk buat cemana..terpaksa jadi supermama setiap hari....

Aiman suka pergi Giant sbb dia suka main lif. Sbb tu mama tak kisah walau terpaksa jln kaki tolak budak berdua ni ke sana. As long as anak2 happy :-) Mama pun bosan jugak dok rumah ;-p


last week ade buat kuih samosa ni dan ada hantarkan sebekas utk cikgu2 aiman :-) insyaAllah bulan depan nk buat apa2 lagi utk bagi kat cikgu2 :-)
ni chicken boxing utk anak2

tak sabar menanti bulan depan. ni gmbr masa awal bulan haritu masa kami holiday ke langkawi. rindunye la hai dgn org yg jauh di mata tu. bulan depan cuti2 di perak pulak ye. hotel pun dah book.tempatnya rahsia...tunggu..hubby kata nanti... pergi lah spa lagi massage2..yeahh yg tu yg nk dgr sgt2. byk benda terpaksa tangguh nk buat sbb mcm susah dan kesian nk tinggal anak2. nk gi salun potong rambut gak ni.hubby kata tunggulah dia balik nanti pergila nk check apa pun :-) ok nk gi check gigi nak check tulang dan mcm2...penyakit terkumpul selama 4bulan ;-p
sedar tak sedar dah hampir 10bulan berjauhan :-) takpe bersabar sikit lagi..paling cepat pun tahun depan hubby dah boleh back for good. aiman pun dh tunjukkan byk kemajuan.mama pun ada misi yg nk selesaikan lagi iaitu nk ambik lesen kereta yg tak terambik2. hmm skrg ni susah sikit sbb mak dgn ayah jaga tok.kalau mama ambik lesen kesian pulak kena tinggal irfan dgn diorg..lagi la tak menang tgn kan. tunggu org lain ambik turn jaga tok la baru teruskan misi yg satu ni..hmmm

Saturday, March 17, 2012

Terapi terapi dan terapi.......

15/3 bawa Aiman gi speech therapy. Seperti yg mama jangka kan mmg aiman takmo bagi kerjasama langsung dgn terapis tu huhu. Maybe sbb 3bulan sekali..baru 2kali jumpa puan tu pun. Mama tanya pun aiman takmo jwb..mmg dia kunci terus mulut dia. Pergi occupational therapy ok je dia dgn terapis tu..hmm aiman ni memilih le..ke nak kata terapis tu tak pandai tackle aiman pun mcm iye jugak...hmmmm...mama cuma tanya2 dan dptkan tips sebyk mungkin utk praktis kat rumah.takpela aiman..nanti mama jadi speech therapist aiman hihi. setakat ni pun byk dh aiman ckp. paling mama suka kalau kat luar dr rumah pun aiman dah bagitau mama kalau nk gi kencing..dan harini mama happy sbb aiman dah mau masuk toilet lain selain dr rumah..haritu dia memilih takmo masuk..adusss....nasib dh ok :-)
Dah habis speech therapy kami gi playgroup kat bahagian occupational therapy. Ramai jugak yg join..tapi tak semua autisme mcm aiman..ada mcm2. Ada diberi penerangan psl sensory integration. Mula2 ada buat aktiviti uli2 tepung..diorg letak gam campur tepung suruh uli. Muka aiman dah pelik sbb benda tu melekat2 kat tgn dia. Dia mmg tak suke benda2 lekat kt tgn..kalau basah pun dia tak suke.
Lama2 muka dia dh lain..dan terapis aiman tolong gantikan mama. Aiman semakin tak selesa dgn tangan dia..sampai dia jerit2 mama mama..mengamuk2 dan menangis. Mmg tgn dia sgt sensitif. Sbb tu diorg buat aktiviti mcm ni..nk meransang tgn anak2.Budak sebelah aiman tu pun muka pelik dah masa dok uli. Terapis aiman kata tgn aiman ni hypersensitive. So kena selalu rangsang...sbb tu aiman ada masalah dgn fine motor skills dia.
mama suka la dgn terapis OT aiman ni. Aiman pun suka dia..penerangan dia pun senang paham
Akhirnya basuh tgn aiman baru dia ok dan dia masuk dlm main benda lain. Budak2 lain semua buat habis ;-p lepas tu aiman gi tengok budak2 lain dok uli lepas tu dia kata "eiii" hahahaha...
siap main lari2 pulak tu hisshhh
last dpt buku sbg hadiah.....hmmm..mcm2 mama pun kena belajar. dari sebelum ni tak tau apa2..sampaila byk yg dh tau. kalau aiman tak mcm ni mesti autisme pun mama tak tau apa dia.
hari yg sgt penat..balik rumah irfan terus mintak susu dan terus tidur lena..sian dia mencari2 mamanya..asyik merengek je dok kat rumah....

Wednesday, March 14, 2012

Occupational Therapy 14/3/2012

Harini gi occupational therapy Aiman. Mcm2 aktiviti buat. Mula2 Aiman dimasukkn dlm uncang kuning tu dan dihayun. Tujuannya untuk tenangkan diri dia sblm buat benda lain. Mmg dia dok diam n suka je..dia rasa selamat sbb dok mcm tu...
lepas tu aiman kena brushing satu badan. mama pun dpt brush tu..so nanti boleh teruskan buat kat rumah. semua ni kena buat utk sensori dia.
lepas tu ada guna clay...tgn aiman dibalut dgn clay tu..dia kena usaha kan bukak sendiri. tapi aiman ni dia selalu malas nk guna dua tgn..dia sellau mcm lupa yg dia tu ada 2tgn.selalu nk buat ape guna satu tgn.so byk kena buat aktiviti yg melibatkan 2 tgn dia. Lepas tu buat painting guna tgn ni. tengok hasilnya kuncup2 je sbb aiman ni dia tak suka ada benda2 mcm water color kat tapak tgn dia dan dia tak kembangkan tgn dia. so lepas ni mama nk kerap brush tgn dia.
esok pukul 9pg ada speech therapy pulak dlm 45minit..lepas tu ada playgroup kat bahagian occupational therapy dari 9pg sampai 12.30. Mama berminat nk join..cuma mintak nk masuk lambat sikit sbb nk gi speech therapy dulu. Esok kena tinggal irfan dr pukul 9-12.30 la...huhu. Nasib baik dok msia tokwan dgn maktok boleh tolong jaga irfan..kalau kat jepun tak taula cemana ye huhu. Harap semua ok ye Aiman..esok kita penat sikit :-)

Monday, March 12, 2012

Memasak dgn cara yg cepat!

Lama tak letak gmbr masakan. Skrg ni memasak jugak walaupun tak mcm dulu. Dulu rumah kecik..kat situ lah masak..sambil2 tu boleh tgk anak2 buat apa sekali. Skrg ni rumah luas..anak2 gi merata2 asyik nk kena tengok ;-p Kalau nk msk beria sikit kena tunggu irfan tido dan aiman gi sekolah. tu pun bukan lama irfan tido..mesti akan terstop jugak bagi susu kat dia..hihi.... Ni gmbr masakan beberapa hari lepas kot..ke minggu ntah ;-p
malas nk ambik gmbr sgt sbb kamera yg nazak. Tunggu hujung bulan depan hubby beli dan bawak balik kamera baru..yihaaa....baru je tunjuk yg berkenan di hati...mcm ada harapan nk dpt yg tu..kuang kuang kuang...haa dok jauh2 ni kalau aku mintak kepala keretapi pun silap2 boleh dpt...hahahaha (melampau betul lawak ku ini ;-p) Tapi mintak yg perlu jela..kamera utk ambik gmbr anak2 :-) dia jugak yg nk tengok..katanya sakit mata tgk gmbr tak lawa..hahahaha...

pau goreng kcg merah,burger ikan bilis,puding mangga
pasta carbonara utk anak2
muffin coklat,pandan dan sirap ;-p
strawberry shortcake tak cukup krim ;-p tp sbb nk buat jugak teruskan..nk gi kedai balik jauh ;-p strawberry ni manis..import dr korea..ok la ;-)
cheese cake
red velvet cake
Memasak dgn cara yg cepat.....
Mempunyai 2 anak yg perlukan perhatian mmg menuntut kecekapan dlm membuat kerja2 rumah. Saya selalu guna cara cepat bila memasak. Mak mertua dgn mak saya ckp saya masak cepat..buat kerja kat dapur cepat ;-p Sebenarnya tak perasan pun sbb selalu terkejar2 sbb nk lari tgk anak2 buat ape. Antara tips2 yg selalu saya guna...
- kalau masak benda yg perlu msk sampai lembut (empuk) contoh ubi kentang,carrot..saya selalu potong siap2 benda tu dan letak dlm plastik wrap dan masukkan dlm microwave. Sambil tu masak la menu masakan tu.Nanti dah lembut ubi/carrot tu masukkan terus..kan cepat :-) masak inti karipap pun selalu guna cara ni. takyah la nk kena berlama2 kat dapur tu...
-kalau msk dalca kan selalu org guna kcg dhal.nak rebus tu punya la ambik masa. masa kat nihon saya selalu guna kacang kuda yg dlm tin tu je.senang sbb mmg dah lembut..tuang saje..rasa pun sedap jugak..dan yg paling penting cepat dan boleh mkn cepat hihi
-kalau nk buat roti jala ke bengkang dan kek gula hangus ke..saya guna blender je..takyah nk tapis2 dah sbb confirm semua hancur ;-)
-kalau teringin nk mkn laksa tiba2 tapi malas bab2 ikan tu..guna je ikan tuna dlm tin tu..takyah nk buang tulang bagai kan.satu lagi kalau nk buat serunding ikan.senang pakai tuna ni sbb dh takde tulang.kalau nk buat nasi kerabu pun pakai tuna dlm tin je senang..hihi..semua kerja nk senang je ;-p sebenarnya masa raya haritu pun buat serunding pakai tuna tin jugak haha..dan biras saya pun tiru jugak sbb senang katanya hihi...
-yg lain2 tu selalu kena guna bahan pengganti kot..mcm kalau takde yogurt saya terus je ambik fresh milk campur lemon atau cuka dan biarkan sekejap.kalau dlm resepi setakat nk pakai 2-3 sudu tu..dgn nk gi kedai..guna jela ape yg ada kan...jgn buang masa ;-p
sebenarnya mungkin ada lagi..tp ni setakat yg ingat skrg..nanti nanti mesti teringat balik ;-p

Monday, March 5, 2012

Aiman dan toilet training...

Dalam gambar..Aiman sedang mengira. Mama suruh buat penambahan :-) Dia suka nampaknya. Mlm2 masa skype dgn ayah pun ayah dia tanya psl matematik jugak :-) Selalu mlm2 bila ayah online skype mmg dia le yg jawab. Siap tolak mama lagi sbb dia nk ckp dgn ayah dulu ;-p Takpela bagi chance..nanti bila dia dh bosan mama take over hehe
Pagi tadi masa mama tgh iron baju sekolah Aiman...tiba2 aiman berlari2 ke bilik air sambil sebut "kencing kencing" mama kelam kabut tak sempat nk kejar dia. Dia dh terkencing depan pintu bilik air. Tapi masa tu dia pakai diaper. Agaknya dia baru paham rasa nk kencing tu n kena pergi bilik air. Mama tak marah pun dia terkencing...mama suka sbb dia dah faham bila rasa nk kencing terus sebut dan dtg bilik air. Selama berbulan2 setiap sejam mama bawa dia ke bilik air suruh kencing..kdg2 dia takmo jln mama pikul dan tunggu lama dlm bilik air...akhirnya rasa kesabaran tu mcm berbayar harini. Paling penting dia dah faham. Bukan senang nk fahamkan anak2 autistik pasal ni. Mungkin bagi anak2 yg normal berapa bulan dah ok. Tapi mama ambik masa 9bulan utk ni. Mungkin sbb mama sendiri tak konsisten dlm melatih dia..huhu. Lepas ni bab buang air besar pulak la. Takpela sekurang2nya ada peningkatan. Mcm2 cara sebenarnya terpaksa guna utk dia..bagi tgk video...lukis gmbr dan mcm2...Dia sbnrnya tahu je sebut kencing berak semua...cuma nk dgr dia sebut tu payah..bila dia dh rasa baru kelam kabut nk sebut hihi. Kesimpulannya..kena cuba mcm2 cara yg sesuai dgn Aiman..tak semua cara tu sesuai dgn cara org lain :-)
Dan lagi satu Aiman ni..bila dia terdesak baru dia nk berckp..so mama kena selalu buat dia terdesak supaya dia mau keluarkan suara dia. Selalu kalau nk gi Giant tu mama ckp bye2 Giant...dia kan suke Giant..nanti dia ckp..no no no...Giant Giant. Lepas tu kalau belum masa mandi tp mama nk suruh mandi..dan buat2 nk siram dia..nanti dia sebut..habis habis habis dah...hihi...
Kdg2 kalau dia dok kat meja mkn mencari2 sesuatu..tok wan atau maktok tanya dia...Aiman nk apa? Nanti mesti jawapan dia.."mama la"..hehe nak mama jugak :-).
Skrg ni kat sekolah aiman dh ada playground. Bila nk balik je mesti dia nk main dulu..terpaksa la tunggu. Siap sebut swing,seasaw,slide semua...skrg dh pandai sebut playground,slide..dulu masa dok nihon dia sebut kouen,suberidai..hmm bagus..dh tukar bahasa ;-p
Smlm dia pegang no 6 dan sebut Six..tapi mama tak pandang kat dia..sibuk dok buat benda lain huhu...terus dia pusingkan kepala mama pusing kat dia sambil sebut six ;-p Alamak mama pun kurang eye contact ye Aiman...terima kasih sbb tolong bagi mama fokus ;-p mama pun mengaku mama pun kalau berckp dgn org suke tak pandang mata. Mungkin ciri2 genetik tu ada sikit2 pd mama dan menurun pd aiman ;-p

mama cerita ni bukan sbb nk mengajar org ke ape..tapi sbb nanti boleh tahu segala perkembangan aiman :-)