Saturday, August 27, 2011

Happy 6th Anniversary

Harini 27 Ogos genap lah 6 tahun usia perkahwinan kami. Moga kekal bahagia selamanya.Amin. Menyingkap kembali detik perkenalan kami....semuanya melalui internet. Dan yg paling best..kali ketiga bersua muka tu dh sah suami isteri. 1st time jumpa tu le sembang panjang.2nd jumpa tu tak sembang sgt sbb kat rumah ada family semua. Anda berani?hahahaha....Kisah perkenalan kami ni dh pernah diceritakan kat blog lama dulu..saya copy paste je balik kat sini :-p
Selalu org bertanya bila beritahu yg saya baru 5thn gitu dok jepun tapi hubby dh 11-12tahun. Aikk..cemana boleh kenal???Soalan biasa yg akan ditanya :-p. Kami berkenalan di sebuah laman web. Kisahnya bermula pd bln Feb 2004..bila ade seorg jejaka menghantar messages pd saya..mengucapkan selamat hari lahir..lepas tu diikuti balas membalas email…chatting…telefon..dan seterusnya..
Pada awlnya saya mmg tak percaya langsung bila dia kata dia dok kat Jepun. Yelah bukan mudah nk percaya kat org bulat2 kan..lebih2 lagi lelaki haha:-p. Bila dia hntr gmbr tu baru mcm percaya tapi masih berhati2 :-p. Kami saling beremail....chatting kat YM sehinggalah pada suatu hari saya menerima panggilan telefon dari si dia. Wow suara..lembutnya bercakap..dup dap dup dap jantungku hihi..sile jgn muntah ye baca :-p Lepas dr situ dia agak kerap telefon saya.

Selepas 6bulan berkenalan si dia kata nk balik summer holiday bulan 8..dia kata nk jumpa. Pada 13Ogos 2004 bermula la 1st date kami berdua. Pertemuan di KLSentral..dan ke Taman Rama-rama..jln2 ke Central Market. Masih ingat lagi saya time kat KFC KLSentral tu,sidia berkata ‘kalau rase menyesal jumpe saya…awak balikla..’ hehe..saya gelak aje..cakap pun tak pandang saya tau. Biasala kan tak penah jumpe..tapi saya tak kisah pun. Bila dok sembang2 tu rase happy sbb rasa mcm ada keserasian. Rupa2nya kami byk persamaan..
Mcmana boleh jatuh hati? masa kami jln2 dr central market kot nk ke klsentral tu dia ajak singgah kat masjid utk solat maghrib kat situ. Dlm hati saya berkata bahawa...'Walaupun dia dok kat jepun tapi bab solat dia tak abaikan'. Dari situ terdetik dihati saya bahawa dia seorg yg baik dan alhamdulillah saya mmg berjumpa dgn org yg betul......

Lepas tu kami ke KLCentral balik dan sidia ajak saya mkn kek kat 1 kedai tu.Saya ingat lagi kami mkn kek coklat. Mmg kesukaan dia rupanya kek coklat.Saya ingat lagi sidia tolong buangkan plastik kat kek tu utk saya :-) Lepas tu sidia mcm bagi hint2 kat saya sambil berkata dia nk jumpa family saya....Lepas tu dia ada bagi saya hadiah..perfume cherry blossom dgn saputgn gmbr bunga sakura. Dan dia terus naik ERL utk ke KLIA. Rasa mcm sedih pulak time ni. Saya fikir yg mcm susah je sbb jauh2 gini. Tapi alhamdulillah lepas seminggu dia email saya dan ckp suka pd saya :-).Tak lama lepas tu kami dah boleh berbincang pasal nak kawin..haha..sangat cepat la rasanya..tapi ape nak buat..dah suke sama suke. November 2004, dia balik lagi ke Malaysia (1st time dia balik raya semata2 nk jumpe family saya)..Nampak kesungguhan dia di situ..yg membuatkan saya terus jatuh hati..cewahh!!

1 Januari 2005 Family si dia datang merisik.Takut beb time ni..sbb 1st time jumpe bakal mertua. siap ambik gmbr lagi time sarung cincin dah mcm bertunang pulak..time ni hubby bagi sebentuk cincin pink gold yg ada tertulis nama 'IDA'. 19 Mac 2005 kami bertunang. Time ni pulak hubby bagi sebentuk cincin platinum+ pink gold..ada 2biji diamond n 1biji batu sapphire blue kat sebelah dlm..dan ada tertulis nama kami berdua..so sweet.. :-) Asalnya saya kata suruh la mak dia belikan je kat Msia...tapi dia kata dia nk beli n pilih sendiri utk bakal isteri dia ;-p Tak pernah mintak semua ni..tp dia sendiri nk beli n pilih sendiri..terpulang la...
27 Ogos kami selamat dinikahkan. Syukur alhamdulillah...kali ketiga tengok dia dh sah suami isteri..nk tenung2 pun malu lagi. Lepas seminggu kawin terus terbang ke jepun..kira honeymoon terus la ni. Lepas kawin barulah kami tengok wayang,jln2 sama2 mcm org bercinta..ala2 mcm bercinta sebelum kawin gitu...mmg sgt2 sweet bile dikenangkan balik dan takkan saya lupakan sampai bila2.......
Tahun pertama perkahwinan kami..tahun 2006. Masa ni tgh pregnantkan Aiman...Kenangan gmbr bersama Kitty chan di Sanrio Puroland

Tahun kedua 2007 Aiman dh ada..baru umur dlm 7 bulan gitu. Kenangan gmbr..ladang lavender di Kawaguchiko
Tahun ketiga 2008.Kenangan gmbr di Edo Wonderland
tahun keempat 2009..kenangan gmbr di Sarushima
Tahun kelima 2010...kenangan gmbr di Kiyomizudera ,Kyoto. Masa ni irfan baru 2bulan..
Tahun ni tahun keenam..tak dpt nk celebrate sama2. Tapi ..insyaAllah 29hb ni hubby akan sampai di Alor Setar :-) Moga selamat sampai. Kepulangan yg dinantikan...berdebar2 pulak rasa mcm 1st time nk jumpa :-p
Hadiah anniversary??? tak pernah mintak pun sbb dh dpt lebih dr tu sebenarnya. Cukup la hubby dh tolong byr loan ptptn rm20k hahaha...Baru2 ni tanya dia..takde hadiah anniversary ke??Tiba2 dia tanya 'awak nk barang kemas ke?' Saya jawab 'Haaa? Takmo lah saya kan tak suke pakai barang kemas.' Oh adekah saya dah tersalah jawab. Kalau org lain mesti ade yg kata nak kot :-p Kalau nk bagi bagila benda yg saya pakai. Ada 3 cincin tak pakai pun..yg merisik dgn bertunang tu. Lepas tu cincin mak angkat dia bagi diamond platinum jugak..huhu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin....



Sunday, August 21, 2011

Cerita makanan dan persiapan raya

Skrg ni masak memasak le jugak. Tapi tak mcm dulu la hihi. Dpt la jugak makan masakan org lain :-) Mlm tadi buat roti ni..nestum + choc chip. Jadi la utk bekal aiman sekolah esok. Uli pakai tgn tau. So, jgn bagi alasan takde breadmaker takleh buat roti :-p
kuih raya setakat ni..cornflakes madu n chop chip cookies....berangan nk buat mcm2 lagi ni..MIL pun kata sementara ade peluang ni buatla nk buat kuih ape pun..dia tolong mengasuh irfan hihi. berangan jugak nk buat kek mlm sebelum raya.kebetulan our 6th anniversary 27 tu n 28 tu birthday FIL. pastinya sgt meriah nanti..lebih2 lagi dgn kepulangan hubby :-)
bile tengok gmbr kat bawah ni...terasa diri ni sangat kuat..sambil kendong irfan..sambil suap aiman. anak buah pun penah tegur..'makngah ni mcm ada byk tangan' :-p yela semua nk buat sendiri..ramai je nk tolong sebenarnya :-) sesungguhnya saya bahagia disini...dilayan bagaikan keluarga sendiri..syukur alhamdulillah...start minggu ni dh counting days utk hubby pulang berhari raya....tak sabarnya..geram rase nk cubit :-p
persiapan raya kami..baju raya satu family dah settle.cuma mcm nk cari sampin kat aiman kalau empat. mmg byk belanja raya kat msia ni haha..bertahun tak dpt peluang ni.shopping habis2an :-p. mentang2 dpt pegang duit sendiri :-p mama sorg ada 3psg baju kurung..cemana ni :-p hahaha....utk ayahnya baju melayu,kemeja n tshirt..utk anak2 baju melayu n kemeja seluar.kasut raya anak2 dh disponsor oleh tokwan hihi..mama suke..
minggu depan startla sorg2 balik...makin meriah rumah ni...selamat berpuasa semua

Tuesday, August 16, 2011

Perkembangan Anak2

Sempena usia anak2 genap 1thn 2bulan (irfan) dan Aiman 4thn 8bulan pada 17hb dan 18hb ni..mama kongsi perkembangan mereka. Type siap2..nanti lupa...

Nak cerita pasal Irfan. Sgt laju berjln skrg ni..dari lesen L dah ke lesen P :-p Asyik berjalan je keje nya. Mkn pun kena dok ikut...dlm gelap pun dia jln jugak.

Irfan suke tiru ape org ckp. Dia suke menyanyi. Setakat ni dia dh pandai nyanyi lagu ABC sampai habis tapi byk sebutan tak clear..tapi ada yg betul huruf dia sebut tu. Kalau nmpk huruf atau tulisan kat mana2 mmg dia nyanyi lagu tu. Nantilah ada masa nk ambik video..bila time mama keluarkan kamera time tu lah dia takmo nyanyi huhu. Lagu head,shoulders,knees and toes pun dia suke..siap buat gaya. Lagi lagu incy wincy spider,twinkle2.Lately dok dgr dia nyanyi lagu ape ntah..siap buat gaya..mama tak dpt tangkap lagi lagu ape.Mesti dia tgk kat babytv ni :-p Mlm2 dok nyanyi kat ayah dia :-)

Irfan ni seleranya besar. Dia mkn apa saja yg org suap kat dia. Tak menolak langsung. Kalau nangis tu...umpan dgn makanan tu berkesan jugakla cara tu ;-p Dan setakat ni Irfan masih lagi breastfeeding. Susu2 frozen ni bukan dia mau minum pun. Penat mama perah. Dia buat muka uwek2...huhu...nmpknya mama akan susah hati kalau nk kena tinggal irfan lama2 huhu

Irfan dh pandai nk merajuk2. Kalau tokwan baru balik dr masjid..dia pegi kat pintu nk sambut sambil mintak dukung. Kalau tokwan tak ambik dia..dia berguling atas lantai...hahaha...Sama la kalau dia tak dpt ikut gi mana2..mmg dia buat lembik kaki dok nangis kat situ :-p

Lama tak cerita pasal Aiman. Sedikit sebanyak ada juga perkembangan dia. Smlm masa Aiman kat dapur dgn mama..terdengar bunyi mesin basuh rumah paklong..bunyi music bila dh siap basuh tu..Aiman macam tercengang..lepas tu dia kata 'haaa...ape tu?' kalau benda2 yg dia nk tau mmg dia tanya gitu..hihi..jadi lah Aiman. Biarpun kecil di mata org..tapi besar sgt pd mama.

Ada sekali tu, dia nampak tok wan bawak Irfan naik motor..terus Aiman tarik tgn mama gi kat bilik air. Lepas tu dia kata 'mandi,pergi sekolah' :-p agaknya sbb selalu mama ckp camtu tiap2 hari. Lepas je pakai baju sekolah dia kata 'pakai beg' n terus pakai beg. Lepas tu dia kata 'kunci motor' terus gi ambik kunci motor...bila benda tu dh jadi rutin harian dia mmg dia ingat.

Skrg ni Aiman suke tolak wheelchair tok nek. Asal nmpk benda tu bergerak dia kata 'tolak nek' Dia pun tolak la nek sampai kat toilet...lepas tu suruh nek mandi..mandi..hahaha..mcmla setiap masa nek tu nk mandi :-p

Paling mama nk tergelak bila dgr dialog ni...bukan mama aje..ayahnya pun dgr/tengok sama masa berskype mlm2....

Aiman : Irfannnn, six,seven, eight
irfan pun sambung....
Irfan : nine, ten
Aiman : nine,ten very good
haha..siap ade very good tu...lepas tu 2 beradik tu bergelak2. Diorg suke tengok babytv..ada lagu charlie and the numbers. Suke sgt diorg dok tiru.

Aiman dh pandai baca doa. Doa tido paling betul bunyinya. Doa mkn pun pandai..tapi mcm ada bunyi yg tak betul..lagi satu doa naik kenderaan. Dan dia jugak tau bezakan doa2 ni. Bila suruh baca doa tido..doa tido la dia baca. Mungkin sbb dh menjadi sebahagian dr rutin dia pun dh ingat. Alhamdulillah....ni je kot yg mama ingat buat masa ni..kdg2 ada yg nk cerita tp lupa. Nak berblog pun tunggu waktu lepas sahur..sementara tunggu subuh tu sempat la type kejap.Nk tunggu masa lain mmg tak sempat sbb berebut dgn budak2 ni.

Thursday, August 11, 2011

Hari2 yg sibuk

Nak share pic anak2..lama tak letak. Mcm sama pulak gaya nya hihi
sebelum tido mari gosok gigi ye anak2...si irfan tu syok dok tiru abg dia..
Beberapa hari ni sangat sibuk dgn bermacam2 urusan. Harini khamis mcm lega sikit sbb rutin harian kembali seperti biasa. Bermula dgn hari isnin pergi mencari baju raya bersama MIL yg setia menjadi driver utk menantunya huhu. Dapatla apa yg dicari walaupun harga sedikit mahal..maklumla beli kat butik..hahaha. Sebab malas nk gi tempat lain yg panas..huhu. Dah le dgn mengendong si irfan ni haa. Walaupun ada insiden yg tak best berlaku masa nk beli ni. Enjin kereta tak dpt dimatikan. So MIL tpaksa call FIL utk datang tolong hihi. So,irfan dgn mama yg shopping sendiri. Belasah jela beli..tak try pun sbb irfan lena dlm kendongan. Nasib baik ok je try kat rumah. Bertahun2 takde baju raya..ape salahnya kalini belanja lebih sikit :-) (alasan utk bershopping :-p)
Hari selasa ada ujian memandu. Lesen motor jela..kereta belum lagi. 10thn dulu dh ada lesen motor sebenarnya..tapi sbb ada org buat hilang..suruh diorg renew tp buat hilang. Saya pun bukan selalu balik..sekali balik kelam kabut mcm2 nk buat.Dah balik for good ni baru rasa kepentingan lesen itu. Disebabkan dah lebih 3thn xrenew makanya kena buat rayuan.Bila dh dpt result, JPJ kata ujian bertulis tak payah..kena buat praktikal sahaja..huhu. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih MIL sbb tolong mengasuh irfan. Irfan pun ikut mama gi test..dia tidur je sampai mama habis..huhu. Nanti kereta pulak..tapi tunggu lepas raya la....penat huhu
Hari Rabu pulak ke hospital. Ada appointment utk speech therapy Aiman. Sampai je sana boleh pulak diorg kata doktor takde. Dah sebulan tunggu utk date tu tau. Lepas tu suruh gi jumpa doktor lain pulak dan diorg bagi date baru bulan 11. Hmmm...rase nk marah tp sbb pk tengah puasa biarkan je.Sabar jela byk2..hmm perkhidmatan mcm ni yg selalu buat org geram. Disebabkan takde pilihan lain terpaksa jugakla tunggu. Kalaula ada yg lagi cepat walaupun kena byr sikit mmg nk sgt..rugi masa pulak rase tunggu2 gini. Tapi sbb kat Alor Setar takde..kalau ade kena gi Penang kot :-(Budak2 autism ni tak boleh buang masa diorg..nanti rugi byk. Bila gi jumpa doktor diorg ada bagi date utk buat test Audio kot bulan 9 ni. Hmm..ntahla..ape2 jela. Doktor tu check telinga dgn lidah Aiman. Masa dh nk balik tu maktok Aiman tunjuk no 123 Aiman pun sebut one,two,three,four....sampai ten.Doktor tu ckp 'ohh..boleh pun sebut..siap sebut four lagi. Aiman sebut four tu mmg ada slang sikit :-p.Yela doktor anak saya bukan bisu dia speech delay aje. Dan terpaksalah saya bersabar utk jangkamasa yg lebih lama huhu...
Lepas tu smlm terus gi JPJ buat lesen.Makanya harini FIL kata..dia nk gi servis kereta. Kalau dia lmbt balik makanya saya kena hantar Aiman gi sekolah sendiri :-p Bukan risau takut bawak Aiman..tapi risau takut sesat :-p Tak khatam lagi jln2 kat Alor Setar ni. Tapi takpe..dulu zaman bujang selamba je redah jln kat KL..tiap2 hari ulang alik gi keje..boleh aje.Moga2 semuanya dipermudahkan.Amin
Setiap hari menghitung hari bila hubby nk balik. Tiap2 mlm berskype..bersembang bertentangan muka. Cukupla buat melepas rindu bersama anak2. Harini hubby start natsu yasumi (summer holiday) So, siang2 pun boleh skype hihi :-)

Tuesday, August 2, 2011

Selamat berpuasa

Nak share gmbr anak2....
toy baru irfan :-p. irfan suke main wheelchair nek.nek baru je dtg dok sini..irfan ni cicit nek.
aiman oh aiman..suke dia masuk dlm ni..bukannya besar pun tapi dia nk sumbat jugak bdn dia dlm tuu...
Selamat berpuasa buat semua. Tahun ni tahun pertama berpuasa tanpa hubby..huhu. Tapi takpe sbb kalau puasa sama2 pun buka puasa sorg2 jugak sbb selalu hubby tak sempat sampai rumah time tu...kat Msia ni ramai..takdela buka puasa sorg2 :-). Ada 8org lagi kat rumah ni :-) Makanan pun mcm2 jenis.Takyah nk pk menu ape nk masak sbb selalu tolong2 mak mertua je..hihi. Tu pun time budak2 ni tak terkawal..dok tengok budak2 ni aje :-p
Kesian hubby jela..buka puasa n sahur cemana. Moga masa ini berlalu dgn cepat :-) Sedih mmgla sedih..tapi takdela nangis setiap hari pun...makan tetap lalu mcm biasa..malah kdg2 melampau2 hahaha. Maklumla..kat Msia makanan sedap byk..rugi tak mkn. Skrg ni pun musim cempedak. Dalam seminggu byk kali mkn cempedak goreng..nyum nyum. Walaupun tu salah satu favourite hubby...takdela teringat kat dia sampai tak mkn cempedak goreng tu..rugi woo tak mkn :-p Sahur tadi pun mkn tu jugak. Byk sgt org bagi buah2 ni..durian,rambutan,langsat. Sejak balik dh mkn mcm2 jenis buah n makanan..
Yeay..smlm baru dapat 'GAJI'. Skrg dh ada gaji ok :-p Dulu takde..tak penah pun pegang duit byk2. Skrg ni sbb byk nk kena uruskan sendiri...duit insurans,loan,belanja utk family,belanja sendiri..keperluan anak2...Tiap2 bulan kena buat budget. Rasa mcm byk lebih bulan ni..hahaha. Bolehla pegi shopping :-) Tapi rase mcm nk beli basikal utk Aiman.. kesian kat dia...hmm..tengokkk..mesti pk anak dulu dr diri sendiri..huhu :-p tu adalah perkara biasa bagi seorg ibu kan :-p