Lama x berblog. sibuk dgn tugas harian hehe. Sibuk berkebun juga. Mcm2 dah tanam sejak dok rumah ni. Coming soon ada lagi nk tanam.
Setakat ni ada kangkung..tomato.. kesum...kari...pandan..lengkuas...serai... ubi kayu... pegaga... bendi... yg kecik lagi..cili..bayam..kucai..terung..roselle... tunggu besar skit boleh pindahkan dah.
Esok start cuti sekolah...makin byk masa mama nk berkebun hehehe..pagi n ptg jela..masa lain panas kan...xtahan nk dok kt luar lama2. lagi rela dok dalam rumah pasang aircond 😁
Friday, March 17, 2017
Mari bercucuk tanam
Monday, December 5, 2016
Jln2 MAHA..the mines...one utama
Tuesday, November 15, 2016
Hari Graduasi & konsert tadika irfan
Sabtu lepas berlangsungnya hari graduasi n konsert tadika irfan. Irfan ada masuk menari twist n ada beberapa lagu lain jugak. irfan dpt hadiah tempat kedua dlm kelas dan matapelajaran bm terbaik.
Sempat jugak so ayah pergi tengok. pd sebelah malamnya kami hntr si ayah gi klia....dia outstation ke US. Ahad ni insyaAllah balik. lepas tu rabu dia terbang ke jepun dan balik hari sabtu.adesssss ni musim kena tinggal pun bermulaaa....
Alangkah bahagianya kalau cuti sekolah dh start. xde la mama terkontang kanting siapkan hantar ank2 sorg2😅moga dipermudahkan segalanya....Aaminnn
Monday, October 10, 2016
Happy 1st birthday Aina Fatini
25/9 lepas genap Aina Fatini 1 thn. Dia dh boleh berdiri...dah mula meniti tepi2 dinding sambil pegang dinding. Ank dara ni lain skit dr abg2. Suka dtg kt mama sayang2 mama...dgr lagu je terus goyang2 bdn😁girl kot mcm ni hahaha
Abg2 pun makin dpt sesuaikan diri dgn adik. dh boleh join main sama2 n mcm2. hari2 mama makin sibuk dgn tugas seharian. moga Aina terus membesar dgn sihat.
Pindah
25/9 lepas kami pindah rumah...masuk ke rumah sendiri akhirnya. Alhamdulillah....baru 3minggu.... kemasnya belum siap. jadinya sgt sibuk skrg😁tak tau bila boleh siap. kerja rumah yg sedia ada mmg nk kena buat...dgn aina lagi...tugas ambik hntr ank2 lagi.
Rumah ni halamannya agak luas. Boleh menanam n ank2 pun blh main kt luar ni. cuma tanahnya agak berbatu2. Ptg2 dh ada aktiviti merumput hahhaha. Bagus utk kesihatan...hari2 jgk kna naik turun tangga.
Friday, August 5, 2016
Perkembangan Aina Fatini
Aina start meniarap masa umur 5 bln lebih. Masa 8 bulan dia baru merangkak. Agak lmbt berbanding abg2. Masa berumur 7 bulan dia dh start tumbuh gigi...yg ni sama dgn abg2. Skrg Aina dh 10 bulan...dia dh boleh berdiri kalau pegang. Lepas tgn belum lagi heheh. Sebelah tgn dia berani dh melambai2. Kdg2 kalau dia lupa diri...dia lepas dua2 tgn..maka nya jatuh la tergolek...adessss. harapnya Aina membesar dgn sihat. Bulan depan nk masuk setahun dh. Mcm cpt pulak rasa huhu.
Aina masih breastfeeding...tanpa botol ye. Makan solid food start 6 bulan lagi. Dia dh pandai meniru mcm2 hehe. Lain kali mama cerita lagi. Nk kena msk dulu. Nanti nk jemput ank2 blk sekolah
Selamat hari raya aidilfitri
Lamanya x berblog. Semenjak anak 3 jadi semakin sibuk. Ni gmbr masa hari raya...juga gmbr kwn2 dtg beraya dirumah...dan juga..mknan potluck yg mama msk utk ank2 bawa ke sekolah.
Raya thn ni agak suram disebabkan saya baru kehilangan ibu mertua pd 25/5 yg lepas. Tahun lepas kehilangan abah pd 11/5. Jadinya skrg...saya cuma ada bapa mertua dan jugak mak.
Bulan depan..insyaAllah kami akan berpindah lagi...huhuhu. dan pastinya saya akan lebih sibuk. every year mmg keje pindah. Harapnya ini perpindahan yg terakhir. Aaminnn