Thursday, March 14, 2019
Alhamdulillah
Next check up 6April ni kena buat MGTT.
Sunday, October 21, 2018
Birthday mak dan Aina
Bulan September merupakan hari lahir mak saya 21sept dan Aina 25sept. Maka nya 2 kek la mama kena buat utk september. Moga keduanya sihat selalu.....
#throwback
Tuesday, November 14, 2017
Happy 12th Anniversary
27 ogos yg lepas.....anniversary dinner di subak restaurant. tq encik suami atas candle light dinner ni.dia yg uruskan semuanya..siap ada belon2 lagi hehehe.
Friday, July 7, 2017
Mari menceriakan rumah
Projek ni sblm puasa lagi...saja nk ceriakan rumah. Pemilihan wallpaper oleh encik suami. Saya takde kuasa veto dlm menentukannya. Kalau hodoh sgt baru saya complaint😂Maklumla duit dia kan😅tunggu saya ada duit nanti...satu bilik saya hias ikut citarasa saya je😁
Jalan2 Melaka Part2
Lama betul nk menyambung cerita haaa...lupa😂.
Seterusnya kami terus ke hotel. Ambik family suite...luas skit..ank3 pun selesa. Ptg tu bg diorg berendam kejap dlm pool. Sampai kt bilik pun aiman irfan masuk dlm bathtub lagi sambung berendam hehe.
Esoknya kami ke Muzium kapal selam. Masuk dlm tu..terasa sgt sempit slm kapal selam tu hehe. lepas tu kami pun berangkat pulang🚗💨
Thursday, May 4, 2017
Jalan2 Melaka part 1
15 April lepas kami bercuti ke Melaka. Sebenarnya encik suami tersalah date booking hotel tu. sepatutnya kami ke Melaka masa cuti sekolah haritu. Sebab dh tersilap date..tu yg masa cuti sekolah kami ke Kuantan hahahaha.
Kami ikut jalan biasa sbb nk menikmati keindahan alam😁 Destinasi pertama kami singgah di Muzium Automobil Nasional...di Sepang. Seronok ank2 dpt tgk kereta lori🚗🚘🚙🚚🚛.
Kemudian kami singgah pula di Muzium dan kota Lukut di Lukut Negeri Sembilan. Maka tengok lah segala tinggalan sejarah yg ada. Encik suami mmg suka pergi muzium.
Kami teruskan perjalanan dan singgah beli cendol di cendol bakar di Teluk Kemang. Kemudian kami ke Pusat Ikan Hiasan 🐬🐚🐳🐋🐟🐠berdekatan situ. Irfan paling seronok sbb dia mmg suka tgk haiwan2 ni😁
Nanti saya sambung lagi....part 2


