Artikel ni sekadar ingatan untuk diri sendiri. Sbbnya smlm gusi ni berdarah. Tak tau la sbb apa..tp mmg gusi org pregnant ni mudah sensitif. Nk dikatakan ada plak ke ape..baru 3-4minggu buat treatment dgn dentist. So,rasanya tergosok gigi kuat skit kot smlm. Moga tak berterusan.... Sblm pregnant pun mmg selalu gi dentist..gigi tak sakit pun gi jugak check utk elakkan ada masalah pada gigi. Sbnrnya ala2 kena paksa jugak le dgn hubby.Dia la selalu berkeras nk bawa..sbb dia pun nk gi treatment sekali hehe...
Kesihatan gigi semasa mengandung
Semasa hamil, gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil
-perubahan hormon
bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Apa yang Anda Boleh Lakukan?Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.Ikuti langkah ini:
-gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
-gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
-jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
-jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
-flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
-kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
-dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.
Bila Anda Perlu Jumpa Doktor?Tanya doktor anda jika anda alami keadaan berikut:
-Gusi berdarah dengan banyak
-Gusi sangat sakit
-Nafas berbau busuk, tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
-Gigi longgar dan tercabut
-Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
-Gigi terasa sakit
Kenapa Perlu Risau?
-Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.
-Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.
Rujukan:
Gum and Teeth Changes, Marchofdimes
Babyzone
Haa..baru la tau...kalau ada jangkitan pd gusi boleh jadi bahaya jugak pd baby ye. So,pada ibu2 yg plan utk pregnant atau sdg pregnant..berjumpalah dgn dentist anda. Ada sesetgh yg rase ragu2 nk jumpe dentist semasa pregnant. Sbnrnya tak bahaya pun...bagitau je dentist tu yg anda sdg pregnant. Dia takkan bius apepun kalau nk tmpl gigi..Mcm saya dulu dia cuma sapu ubat perisa strawberry je hehe...Drpd nk menanggung sakit gigi dan sebagainya..baik pegi buat treatment cepat2 :-)
Posisi tidur yg baik utk ibu mengandung
Pakar menganjurkan setelah kehamilan 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan POSISI MENGIRING KE SISI KIRI, kerana posisi ini membolehkan bayi mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu sehingga mengurangi pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.Tips: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, letakkan bantal diantara celah paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda dapat membeli bantal tidur khusus ibu hamil. - Dr Suririnah, infoibu.com
Masa doktor dah sahkan pregnant..esoknya tu terus hubby bawak gi kedai beli bantal ni. Sgt suke sbb dh lama dh nak. Mmg dia dh janji kalau pregnant sekali lagi dia beli bantal peluk panjang..hahaha.Dulu masa Aiman dulu dia takmo beli tau..lgpun masa tu ada byk bantal kat rumah.Skrg ni dh byk bagi bantal kat Aiman.So,kena la ada bantal special kan. Hahah...So,setiap hari tido mesti peluk bantal ni..kdg2 Aiman nk rebut dr mama dia..mana boleh..ni mama punye ayah beli :-p So,bantal ni kat rumah ni dikenali dgn nama 'bantal cendol' sbb rupa dan warnanya yg mcm cendol :-p
Sakit belakang & pinggang semasa mengandung
Semakin perut membesar..semakin le saya merasainya. Dulu masa pregnantkan Aiman perut besar skrg ni masa pregnant 6bulan..skrg ni belum pun masuk 5bulan dh besar ni..taktau la nanti besar mana lagi :-p. So,sbg penyelesaiannya...mmg pakai maternity support belt ni.

Benda ni dh lama beli masa awal2 pregnant Aiman lagi. Saya pun dulu tak tau menahu pasal benda ni..hubby yg beli kat internet..haha. Dia tanya saya nk beli tak benda ni..saya ckp..nk buat ape benda ni..punyela jahil isterinya ini. Ooo..rupanya nk pakai utk kurang sakit belakang..Lepas tu mmg pakai la sampai la bersalin. Mmg agak membantu benda ni sbb bila berjalan tu perut ni takleh rasa berat sgt nk sakit pinggang n belakang jugak ada berkurangan. Rasa berbeza kalau tak pakai benda ni mmg terasa berat skit. Ada byk jenis benda ni..ada yg separuh mcm ni..ada yg full cover seluruh perut. Tapi rasanya saya suke yg half camni sbb tak panas...rasa mcm lemas la pulak kalau pakai yg full tu. Cara pakainya senang ada..zip zap aje..letakkan dibawah perut mcm dlm gmbr tu....jgn letak dibahagian atas perut nanti tak berfungsi la utk support kan :-)
No comments:
Post a Comment