Thursday, August 19, 2010

Ne no ne no...



Smlm Aiman jatuh terhantuk kat bucu tempat letak mesin basuh. Dia berjoget2 atas breadmaker..tu yg jatuh..huhu. Baru je letak kat situ sbb nk buat roti. Masa tu mmg dh mrh dh suruh dia turun..tp dia buat xtau je. Haa..apelagi jatuhla..breadmaker tu pun terbalik.


Nmpk drh menitik2..ingatkan mulut berdarah..sekali tgk kena kat dagu. Dalam jugakla lukanya sbb bucu. Bila tgk drh menitik sgtla panik..jadi blur tak tau nk buat ape. Dah le kebetulan smlm hubby tertinggal handphone kat rumah. Nasib baik ade no ofis dia. Call ajela ckp english..nasib baikla dpt jugak ckp dgn dia. Terus jerit je 'Balik cepat..Aiman berdarah byk'. Hubby ckp..siap2 nanti dia call ambulans. Sbb kalau nk tunggu dia blk ambik masa dlm 40minit. Terus pakai baju,seluar tudung.


Masa tu Aiman mmg dok meraung..lap darah dgn towel..Irfan pun nangis jugak time tuu nk susu. Sebelah tgn lap drh kat dagu Aiman..sebelah tgn bagi irfan susu. Mmg kelam-kabut n agak panik time tu. Tak lama lepas tu dgr bunyi ambulans dtg. Agak cepat ambulans tu dtg. Aiman pulak takut dgn pakcik2 tu ada 3org. Call hubby dulu dia tolong translate ape org tu ckp. Lepas tu kami naik ambulans..dia bwk gi Shoyo Kashiwadai Hospital. Hubby pulak terus bertolak balik..ambik handphone n kereta dtg hospital..tp lmbt jugakla dia sampai.


Org ambulans tu tolong pegang irfan sbb Aiman takmo org lain. Masa naik ambulans tu Aiman dh tak nangis (sukela tu dpt keluar n dpt naik ambulans..huhu).Sampai hospital terus kena jahit. Adela dlm 4-5org pegang dia sbb dia dok meronta2 n menangis. Diorg balut dia dgn towel n ikat kat katil tuu. Tak sanggup nk tengok time ni..sbb kena jahit..huhu. Dok jauh skit sambil pegang irfan. tapi nmpkla doktor tu inject lepas tu jahit.Dh habis jahit tu dia xnangis dh. Nurse tu pun dok tanye..mama ok ke? mesti nmpk betapa panik n risaunya muka ku. Anak kan sape tak risau huhu. Dah le muke pun mcm muka tak siap. Emergency kan takkan le nk mekap pulak huhu. Letih jugakle nk berckp dgn doktor n org yg bagi ubat tu.


Aiman pulak.keluar je dr bilik doktor tu terus membuas seperti biasa..lari sana sini...ish budak ni mmg nk kena tau..Dah le daku ni dok usung beg dgn adik dia..nk kena ikut dia pulak..puasa pulak tu...huhu. Lega sgt bile ayah dia sampai. Nasib baik budak2 kt sini free je kalau gi klinik,hospital mane2 pun..tunjuk kad putih tu je...mama dh le takde duit dlm beg :-p

Nasib baik benda ni jadi hari rabu..kalau hari khamis ayahnya kena gi outstation ke Osaka...lagila tak tau nk buat ape. Benda nk jadi time tak bwk handphone pulak tuu. Pagi ni kena gi blk hospital tu..Aiman gi dgn ayah dia. Ptg kang baru ayah dia ke Osaka..huhu. Moga selamat pergi dan pulang esok mlm. Moga daku diberi kekuatan n kesabaran menjaga anak2..Amin..

Pesanan penaja dari saya...pada sapa2 yg jadi kes emergency camni..especially kat Jepun ni. Kalau hubby takde n ambik masa nk balik n susah nk gi hospital sendiri..call la ambulans. Cepat diorg dtg n cepat dpt rawatan...

7 comments:

Fith said...

ngeri tul klau darah byk2 ni,klau fith pun gelabah.budak 2org kat umah ni pun suka panjat breadmaker,mmg kena tibai n cubit laa klau panjat2,risau betul jatuh2 teruk gitu.
aah ambulans sini sgt bagus,klau kat msia jenuh nunggu ler jwbnya,haha.
gambatte ne ida jg anak2!

Hida Kadiso said...

aiman.. aiman.. tak pasal2 kene jait dagu..

fisa othman said...

alhamdulillah aiman tak teruk ekk...kalau fisaa konpem dah cuak sgt tengok darah..

IDA said...

fith~tq.tu le..dlm dok tgh mrh2 dia panjat breadmaker tu la yg jatuh tuu.dkt pulak dgn washing machine tu mmg kena la.hmm..drh menitik2 kat dapur..atas sofa pun ade..tu pun dh lap sblm ambik gmbr..kalau tak mmg lagi la takut tengok..huhu.aah cepat betul ambulans dtg..

eda~ejai-hmm..tu le..budak bertuah camtulah

fisa~hmm..tu le..nasib tak kena mata...gelabah le jugak tgk drh byk2 gitu...

nadia said...

salam..saya dah lama baca blog akak tp ni baru nak comment..saya dok jepun gak..mesti panik kan anak sakit suami takde kat umah..dah la kat perantauan ni kene berdikari siket la family semua takde..btw,panggil ambulan kat jepun ni free ek kak?ke ade charge?

Unknown said...

Aiman......free2 kena jahit...mmg yg lahir tahun yg sama nih mmg mcm tu kah..Ichlas dulu time kecik pun dah kena jahit kat tgn coz pi gusti ngan kucing...baguih btul service ambulance kat sana..kat msia....jneuh nak tunggu

IDA said...

nadia~awk dok mane kat jepun ni :-).mmgle panik.ambulans free la..takkan kena byr kot hehe..sbb org tu xmintak duit ape pun haritu :-)

iswatie~hmm..tu le hero la katakan.aah cpt gile dtg...