Wednesday, September 29, 2010

Karipap Pusing

Ada permintaan utk resepi ni. Cepat2 letak sbb org pregnant mintak :-)Karipap pusing ni buat last week sblm gi holiday hari tu. Saya ambik resepi kulit karipap pusing ni dr Kak Lynn Myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/167 .Credit utk tuan punya resepi. Untuk inti karipap saya guna resepi sendiri..ada kat bwh ye





*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara
1. Step 1:margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
2.Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
3.Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
4.Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
5.Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
6.Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. 7.Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong ) kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
8.Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.

9.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
10.Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
11.# Resepi asal saya ambil dari forum cari.


Utk inti karipap..
ubi kentang potong dadu
seulas bwg putih cincang
sebiji bwg besar cincang
daging cincang
serbuk kari
sdkt gula
sdkt grm
daun sup/daun bwg

caranya:tumiskan bwg putih/bwg besar hingga kekuningan.masukkan daging..masukkan serbuk kari,kentang,gula grm..letak air skit.msk hingga empuk.bila dh empuk masukkan daun bwg/sup kacau2 dan tutup api.

2 comments:

Anonymous said...

mmg best karipap pusing, saya wat karipap biasa salu tak jadi..jadi keras & liat ^^b

IDA said...

hehe.saya jarang buar karipap pusing sbb lmbt nk membuatnya.selalu buat karipap biasa je sbb cepat n senang :-)