Smlm 1st day Aiman ke hoikuen (nursery) utk tahun baru ni. Walaupun dh lama cuti tapi mmg dia tak nangis pun. Masa mama ambik pun x nangis :-). Lepas hantar dia balik rumah msk bubur Irfan,msk lauk,nasi siap2, lunch siap2 pukul 10 terus keluar dgn Irfan naik train ke Ebina. Dari rumah jalan kaki je nak ke stesen Sagamino. Lepas Sagamino..stesen Kashiwadai dan lepas tu Ebina. Dekat aje. Tujuan utama pegi sbb nk cari birthday present utk hubby awal bulan depan. Dpt la jugak beli. Siap suruh org kedai tu tolong bungkus elok2. Irfan tido 2jam dlm stroller hahaha. Dah sorok dah present tu. Harap2 jgnla dia jumpa pulak. Sbb hubby tak baca blog ni tu yg tulis sini. Jgn sape2 gi cite kat dia udah la ye :-p. Hadiah biasa je..benda yg rasa dia perlukan dan mampu dibeli oleh surirumah seperti saya. Berbulan2 kumpul duit tau. Maklumla saya takde income..tapi seboleh2nya nk bagi sesuatu dihari istimewa si dia :-) supaya dia rasa dihargai. Biarlah tak mahal pun..yg penting tanda ingatan tu ada.
Dh habis beli terus singgah supermarket beli brg dapur skit dan terus balik. Sampai kat rumah pun Irfan masih tido dlm stroller. Angkat dgn stroller masuk dlm rumah biar dia tido sampai jaga sendiri. Sempatle mama ni mandi hihi. Lepas dia jaga baru settlekan dia pulak. Pukul 4 gi ambik Aiman..balik rumah buat keropok lekor..buat sambik kendong irfan. Takmo duduk pulak dah dia. Sampai la dia lena..baru la goreng keropok lekor ni..Aiman mkn dgn byknye. Saya gunakan ikan saba (mackerel)+ais +tapioca starch. Utk sos (cili blend + gula merah + asam keping+tpg jagung+cuka) Tanya hubby..rasa apa? Rasa keropok lekor la kata dia :-p
Oh ye..lupa satu cite. Masa cuti haritu hubby dok keluarkan vacuum nk vacuum rumah.
Aiman : soujiki..soujiki..(sambil tunjuk kat vacuum )
Mama : Aiman sebut apa?
Ayah : dia kata soujiki....soujiki tu vacuum la.
Mama termalu2...ohhh soujiki tu vacuum ke?mama baru tau perkataan ni..muahahaha..malunya dgn anak aku :-p
6 comments:
touching ai bacer huwaaaa
mesty nuar happy nanty...:))
wow......
Aiman dah pandai cakap Jepun sikit2....
comelnya aiman kak. nanti kalau ada rezeki balik mesia, pastu cute je kalo perbendaharan kata si aiman bayak bahasa jepun..rasa cute la kak..so sekarang aiman banyak pakai bahasa jepun atau malay?
keropok lekor satuk.. hehe
alala irfan, nangis sampai muka merah... comey dia..
mesti aiman pandai ckp bahasa jepun kan..
ayu~huhu..sesekali kan bagi hadiah..setahun sekali je :-)
nini~skit2 je..tu pun sejak dia dh bercampur dgn budak2 lain
nur fairuz~aiman byk english + jepun..bhs melayu tak berapa byk.tp selalu jugak dok ckp dgn dia.kalau tanya dia tunjuk binatang apa2..kdg2 dia sebut dlm english..kdg2 jepun..ikut mood dia laa
asyikiin~aah..selalu nangis merah2 muka
sricahaya~skit2 aje..tak boleh buat ayat sepenuhnya
Post a Comment