Friday, May 6, 2011

Cerita cuti Golden Week

Hari Sabtu 30/4 kami berBBQ ramai2..lokasinya di Hon-Atsugi..ada mcm2 menu...

angin agak kuat haritu..dlm pukul 2 ptg gitu angin kuat sampai terbalik khemah kami..habis tumpah ai coklat aiman dlm khemah tu..ni hubby nk bukak khemah dh..xlarat nk pertahankan dah sbb angin tiup kuat :-p.Sblm balik..diorg bagi hadiah..sempena saya dh nk balik Msia..dpt set periuk/kuali T-Fal..huhu. Terharu..sedih pun ada masa slm2 peluk nk balik tu....
Balik je rumah..dah nk mlm tu hubby kata..jom kite gi jln. Haa? Jln gi mana? Jln2 naik kereta la dia kata..tengok pemandangan...lepas tu terus dia cari hotel utk book..lepas dh dpt 2hotel terus dia suruh kemas beg...masa kemas2 jumpa kopiah ni..bg irfan pakai..hihi..abaikan baju2an yg nk dimasukkan dlm beg tu ye :-p.Alhamdulillah sempat menjelajah ke 7buah ken/prefecture (negeri)
1 Mei : Pukul 3.30pg bangun solat sobuh..subuh awal skrg..lepas tu dlm pukul 4gitu dah bertolak keluar dr rumah. Destinasi pertama ialah Nagano Prefecture. Cuaca hujan n mendung tapi kami tetap teruskan perjlnan..sampai di Matsumoto Castle.

Matsumoto Castle (松本城 Matsumoto-jō?), also known as the "Crow Castle" (烏城 Karasu-jo?) because of its black exterior, is one of Japan's premier historic castles

jln yg kami lalui bergunung-ganang..lalu kat kampung2..air terjun..sungai.... pemandangan cantik sgt :-)hijau tasik ni..
ada hotspring kat sini sbb tu berasap2 gini
oppss..ada yuki/snow pulak...xtau la pulak.dh risau dh time n isbb takde tayar yuki. Tapi alhamdulillah hanya tompok2 gitu je..takde sampai kat jln.Suhu kat sini time ni 8degree. Kami turun kejap ambik gmbr kenangan...



Chūbu-Sangaku National Park (中部山岳国立公園 Chūbu Sangaku Kokuritsu Kōen?) is a national park in the Chūbu region, Honshū, Japan. It was established around the Hida Mountains and encompasses parts of Nagano, Gifu, Toyama and Niigata prefectures
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Gifu Prefecture. Kami ke Shirakawago..sebuah perkampungan tradisional. Kampung ni tercatat sebagai salah sebuah khazanah dunia dlm UNESCO
cantik sgt tempat ni..airnya jernih..bersih...


lepas tu kami ke atas bukit utk tengok view dr atas....
Lepas tu teruskan perjalanan ke Ishikawa Prefecture. Kami ke Kanazawa Castle. Sebelah istana ni ada kenrokuen garden..tmn jepun..tp kami tak pegi sbb dh penat berjln :-p
dinner dulu sblm ke hotel. Mlm tu kami bermlm di hotel di Tsuruga, Fukui Prefecture.

2 mei :Esok pagi..kami terus melalui Kyoto Prefecture..kami ke Amanohashidate.
Amanohashidate (天橋立) is one of Japan's three scenic views. The sandbar is located in Miyazu Bay in northern Kyoto Prefecture
utk naik ke atas ada 2pilihan iaitu naik cable car ataupun chair lift.Kami pilih cable car sbb bwk stroller.

Lepas tu teruskan perjalanan ke Tottori Prefecture. Kami ke Tottori Sand Dunes. Tempat famous kat sini. Subhanallah..cantik sgt2..terasa mcm di negara Arab.Hubby kata sepatutnya ada unta masa dia gi dulu..tp yg ada kuda pulak..mana pegi unta..cuti golden week jugak kot hihi


rasa mcm bukan kat jepun :-p
lepas tu terus check in hotel..hotel kat tottori
3 Mei : Bgn pagi..hubby dok pk sambil online internet.mencari2 tempat..pk samaada nk balik atau nk terus jln2. Sbb cari hotel semua penuh..huhu..last2 give up..tp hubby kata kite gi jela jln2..nanti kalau penat kite tido kat kawasan rehat.ok jugak tu..alang2 dh jauh...Lepas tu singgah kat Okayama Prefecture..ke Kamba Falls..jumpa tepi jln je ni tu singgah :-)
cantik air terjun ni..segar mata segar hidung hirup udara segar...byk monyet kat sini..tp takkacau org..
ada kawasan kedai2 lama kat sini..ramai org ambik gmbr..tp malas nk singgah jalan sbb penat..ambik gmbr dlm kereta je :-p
dah pukul berapa ntah baru sampai Hiroshima Prefecture. Letih sgt..sian kat hubby. Nmpk Hiroshima Castle..tp tak singgah sbb cari parking x jumpa. Hubby kata nk tengok kawasan yg kena bom atom tu. Pusing2 cari parking...pelik nape ramai org.Rupa2nya ada flower festival..patutla..tapi teruskan jugak sbb dh sampai kan...


kat sini ada tram..kat tempat kami takde :-) Aiman suke tgk...
atomic bomb dome
lepas tu jumpa kedai india..mkn naan dgn kari udang. dh xlalu nk mkn japanese food dh :-p
dlm pukul 6.30ptg baru bertolak dr Hiroshima nk balik rumah. Mmg tak sempat nk singgah Osaka.Sbb awl2 plan ingat nk ke rumah Aisha..tp kalau sampai pun mungkin 12mlm tak jadi la singgah..takkan nk kacau org time tu hihi. Kami singgah kat tempat rehat kat mana ntah..hubbby kata nk tido jap..pukul 12mlm dh time ni. Tempat duduk belakang bukak jadikan katil..dptla kami berempat tido. Tengok sebelah kereta kiri kanan depan belakang..yg pakai MPV semua bukak kerusi jadikan katil jugak..hihi..bukanlah kami aje haha..Dlm 2-3jam tido lepas tu hubby kata nk terus drive....byk kali jugakla berenti merata sbb driver letih ngantuk. Dgn anak2 yg stress sbb lama dlm kereta...mama pun letih nk entertain budak2 ni :-p

ni masa berenti kat mana ntah Aiman tido..ayahnya pun tido..irfan main dgn mama..lepas tu bwk irfan keluar gi kedai hihipukul 8pg kot sampai Shizuoka Prefecture.Singgah kat Shiraito Falls..tengok dr jauh je..tak daya nk jln sbb tengok byk anak tangga..dh le bwk stroller..hihi...
Lepas tengok air terjun ni..terus saya terpengsan dgn irfan kat belakang..sedap betul tido atas katil dlm kereta hahaha..sedar2 je dh sampai depan rumah :-p
Kami sampai rumah pun dlm pukul 1 tghari..trus ke dapur masak lunch..semua merindui masakan mama :-p.
Terima kasih yg tak terhingga pd hubby yg bawak kami jalan2. Sanggup dia drive jauh2..asyik2 suruh saya tido je..org nk temankan dia..tp dia suruh tido sbb jauh lagi kata dia :-p Lepas ni takde dh nk holiday mcm ni satu family...sbb kami akan berjauhan.. huhu. Semua ni akan menjadi kenangan yg indah yg takkan saya lupakan :-) Lepas ni sibuk nk kemas ape yg patut..mcm sedihla pulak...cepat pulak masa ni berlalu huhu...

6 comments:

melly said...

suka baca blog akak....suka tgk idup akak kt jepun...nti dh xde citer sal jepun dah klo akak blik m'sia..tp xpe, moga akak bgia...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ida sob sob....cian mr nuar letih drive ek...mmg gitew la GW if x booking hotel awal2 jgn harap nk ada available lagik...x per experience gitew...jejalan terjah gitew pow dah sampai 7 ken...ai kagum hikhik...meh la set date bila nk jmpa last b4 ida blk nie~

Juwita Jamaludin said...

Tula sekejap je masa berlalu.. Pasni mesti rindu masakan ida.. Nanti bersiaran dari msia ye... Moga awak tabah ye ida

IDA said...

mellyz ghani~tq sbb bace blog ni ye.

ayu~plan last minute gitu la jadinye..tp ok gak la dpt jgk habiskan masa sama2 :-)aah..bile ye nk dpt jumpe ni huhu..nanti ade rezeki insyaAllah jumpaa lg

k.ita~tq kak..insyaAllah saya akan sentiasa update cerita anak2 nanti :-)

Asyikin Azizan said...

best tengok gambar2 holiday awak.. kenangan terindah kan.. takpa pasni awak bleh datang balik ke jepun..

kat m'sia nanti teruskan la berblog ya...suka tengok resepi2 awak & telatah hero2 berdua tu :)

IDA said...

asyikin~semuanya akan jadi kenangan.insyaAllah blog mungkin akan diteruskan..especially cerita anak2.boleh aje nk dtg jepun balik sbb hubby masih disini..cuma kena tunggu time aiman cuti la nanti :-)