Seperti yg telah diberitahu sebelum ni..Aiman, Irfan dan mama akan pulang menetap di Malaysia. Sementara ayah mereka masih disini...mungkin 2-3thn lagi..huhu. Demi utk masa depan Aiman..mama dan ayah buat keputusan ni. Terpaksa berkorban supaya Aiman dpt belajar mcm2 kat Msia nanti. Lama jugak fikir sebelum buat keputusan ni..tapi demi anak..apa saja mama sanggup lakukan...
Nanti org tanya..kenapa ayahnya tak balik sekali??Ohh ada loan belum habis.So,kena habiskan loan yg ada sebelum balik.Mungkin dlm 2thn atau lebih.Kalau ikut perancangan kami nk back for good dlm 2-3thn lagi.Tapi sbb taknak buang masa Aiman..saya balik dulu dgn anak2.
Dah lama tak cerita betul2 pasal Aiman. Aiman skrg ni dh berusia 4thn 5 bulan. Tapi dia tak mcm budak berumur 4thn dr segi kebolehan berkomunikasi. Kami syak dia ada autism sbb speech delay. Dah lama syak bila perhatikan tingkahlaku dia yg beza sgt dr budak lain. Mmg dari awal nk cerita pasal ni..tapi sebab betul2 belum disahkan oleh doktor..tak berani nk cerita kat sini..sbb nanti ada yg kata saya ni suke melabel anak mcm itu la inila...sbb sblm ni pun saya pernah kena sbb ckp Aiman ni hiperaktif. Saya ckp bersebab..sbb saya dh perasan byk tanda2 autism ada pada dia. Cuma ambik masa nk dpt jumpa pakar kena booking lama baru dpt.Sebenarnya seseorg ibu tu lebih mengenali anaknya. Apa yg saya beritahu ni semua bukan sekadar suke2 nk label anak. Sebelum nk ckp dia camtu..saya selidik dulu..saya kaji...lama saya ambik masa nk paham betul2...byk info yg boleh dpt dr internet disamping bertanya pada org lain yg lebih pakar.Walaupun saya seorg fulltime housewife tapi saya jugak lepasan universiti..ada kelulusan..so bukannya keje saya hanya dok diceruk dapur. Dgn ilmu yg ada..kena la guna betul2 especially benda yg melibatkan anak.
Sebab tu saya suke ingatkan diri saya tentang perkembangan anak saya..saya suke type kat blog ni.Sebab apa..supaya saya akan terperasan perubahan/perkembangan anak saya..sama??normal atau tak dgn budak lain. Yg membuatkan bertambah syak tu bila saya dapati Aiman mengalami speech delay yg agak lama (lepas 3thn pun masih belum boleh berkomunikasi) Bila saya check psl ni..saya terjumpa lah pasal Autism. Saya kaji persamaan ciri2 autism dgn diri Aiman. Boleh dikatakan 90% ada pada dia. Hyperactive salah satunya,tak berckp cuma sebut perkataan aje,dan dia mcm takde perasaan (sbnrnya ada..tp nmpk mcm takde).
Dia juga tak tau baca perasaan org..kalau kita marah dia..dia tak faham.Ada setengah org yg tak faham apa itu autism mungkin akan ckp anak autism ni nakal..tapi sebenarnya dia tak faham pun bila kita marah dia..dia cuma akan gelak2 je.Dia tak tau benda tu bahaya ke,ape ke walaupun dr dulu selalu dok bagitau kat dia.Dia mcm selalu berada dlm dunia dia sendiri. Suke main sorg2 walaupun ada org sekeliling. Kalau org panggil pun dia selalu buat tak tau je. Sbb tu saya pernah kata yg Aiman ni hyperactive..bukan saje2 nk kata tp mmg dh terbukti. Mmg susah nk control dia kalau kat rumah pun. Sbbnya dia susah nk dok diam n susah nk beri perhatian. Mama dgn ayah kena dok byk bersabar. Mama la kot paling kena byk sabar sbb dok kat rumah dgn nk jaga dia dgn adiknya sekali. Tu belum masuk bila dia nangis mengamuk2. Mmg penat..tapi hubby selalu pesan supaya sabar. Ni dugaan buat kami. Aiman tau ABC,123 semua,binatang pun dia kenal,benda pun byk jugak dia tau,warna pun dia kenal,dia sebut benda2 yg dia tau.
Sblm umur 4thn Aiman dh pandai bace perkataan english yg pendek2..sbb dia belajar phonic. Yg dia takde ialah komunikasi. Nak ape dia takmo mintak. Dia tarik tgn org suruh ambik. Ni bukan tak ajar ye. Dah lame dah ajar tapi dia takmo ckp.Hanya org yg ada anak sebegini saje yg faham. Dan saya sgt marah kalau org kata kami tak ajar anak. Anak org normal..senangla nk ajar. Anak istimewa bukan boleh ajar cara biasa..kena cara yg istimewa jugakla dan dgn itu saya memerlukan pakar utk bantu Aiman. Org nmpk dia normal kan..tp bila duduk lama2 n tengok perangai dia baru org boleh faham.
Masa umur dia 1thn 8bulan dh perasan dia suka pusing2 benda ulang2 kali. Kalau n ktau..tu salah satu sign of autism. Sejak umur 2thn kami dh pernah bawak dia ke doktor kanak2. Tapi doktor tu cuma bgtau kena kerap berckp dgn dia (hmm..sape yg takmo ckp dgn anak kan) 2 kali kami bawa dia jumpa doktor kanak2 yg berlainan sbb nk mintak lain pendapat.
Masa check up umur 3thn 6bulan pun ada benda yg dia takleh buat. Lepas tu kami rujuk pada city office jugakla..bahagian kesihatan. Pergi bincang dgn doktor kat situ. Dia bagi toys kat Aiman n tengok cemana Aiman main. Lepas tu dia cuma kata antara 2 je sbb Aiman masih xberckp 1)betul2 autisme 2)kurang pengalaman bercampur dgn org. Antara cadangan doktor tu dia suruh kami cuba hantar Aiman ke nursery dan cuba bawak dia join playgroup. Dua2 kami dah buat. Kat pakar telinga pun kami dah bawak. Dan Aiman mmg takde masalah pendengaran cuma masa check tu ada tahi telinga besar dan dahpun doktor tu buang.Aiman ok je masa tu tak meraung ke ape. Lepas tu gi jumpa doktor kanak2..n doktor tu pun ckp mcm takde ape je..huhu.
Masa join playgroup tu hubby bincang dgn doktor kat situ..mintak buatkan IQ test utk Aiman. So, masa 27/12 haritu kami gi. Doktor perempuan yg test tu. Kami ikut sekali la. Mcm2 test dia buat. Memory test ada,tunjuk2/sebut nama benda,bentuk. Ada benda Aiman sebut dlm english,ada yg dia sebut dlm nihongo..tp byk dlm english je.... . Keseluruhannya byk benda yg Aiman boleh buat.
Lepas tu dh gi blk kat doktor tu..hmm still doktor tu takleh nk buat keputusan ape..takleh nk kata Aiman ni cemana. Yela saya faham sbb baru sekali test gitu kan. Dok harapkan le dia nk buat test lagi ke ape..lepas tu kami terus ckp nk jumpe pakar kanak2 kat hospital universiti kat sini la. Sebab ape?Sebab Aiman dah 4tahun..kalau kami takde report pasal keadaan dia..susahla nk hantar dia masuk sekolah. Kalau nk hntr dia masuk sekolah kena ada guru yg mengiring dia sbb Aiman tak reti jaga diri sendiri.Dia bukan mcm budak lain. So,sebab dh rase lambat n rase mcm dh geram..baikla balik Msia aje. Hmm..rasa mcm susahla pulak kat Jepun ni. Nak terus bawak ke pakar semua nk kena melalui city office dulu. Dh buat appointment dgn doktor pakar..tapi kena tunggu berbulan2 baru boleh jumpa pun. Sebab sebenarnya dh give up dh nk usaha kat jepun ni. Dah 7,8 bulan..tapi takde ape pun...hubby pun dh bengang jugak. Rasa mcm lagi mudah kalau kat negara sendiri. Masalah bahasa pun takde masalah. Takpayah hubby nk kena cuti2 kan..saya boleh bawak dia sendiri.
27/3 haritu kami dpt jumpa dengan seorg child psyciathrist di Hospital Universiti di Sagamihara. Tu pun setelah berbulan2 buat appointment. Dia ckp kemungkinan besar Aiman ni Autism Disorder. Dia minta kami dtg 13/5 utk buat IQ Test dan 23hb baru keluarkan report.
Sepatutnya 23/5 kena dtg utk ambik report n tau result pasal tu..tapi disebabkan ayah Aiman kena outstation terpaksalah kami mintak tangguh kat doktor tu n kena dtg pd 30/5. Dan semalam 30/5 kami gi ambik report kat doktor tu dan sememangnya betul apa yg kami sangkakan. Hasil dari ujian yg dilakukan sebelum ni, Aiman disahkan mempunyai Autism Spectrum Disorder (Pervasive Development Disorder) mild autism. Doktor tu ckp masa doktor tu nk cari ejaan nama Aiman kat internet..doktor tu jumpa video youtube Aiman.Mmg byk yg mama letak kat situ dulu :-).InsyaAllah mama akan berusaha sebaik mungkin supaya Aiman akan mendapat special education yg secukupnya di Malaysia nanti.
Aiman dulu mmg ada masalah masa saya lahirkan dia. Tapi tak tau lah nk kata sbb apa dia jadi gitu.Sebabnya saya sakit contraction dlm 16jam...sampai terdemam panas..last terbukak 5cm je. Masa tu mmg saya nk angkat mata pun dh xberdaya..kena pulak pakai gas yg saya tak suke tu..demam + sakit contraction..bila check heartbeat baby dah slow terus doktor ckp kena csect sbb heartbeat baby dh weak n saya pun dh weak takde energy..sign jela. Aiman dh terberak dlm perut dan dia pun demam. Kesian kami.Saya pun demam sampai berhari2 sbb dia berak dan termasuk dlm darah saya.6hari kena masuk air time tu..sgtla seksa.3 bulan doktor ckp kena monitor Aiman kalau2 ada yg tak kena dgn dia. Tapi masa tu ok je dan saya pun redha ape yg jadi ada hikmahnya. Allah tak duga kalau kita betul2 tak mampu kan :-) Mungkin ini akan menjadikan saya mama yg lebih kreatif utk didik anak2 saya
Nmpknya lepas ni byk kena usaha sendiri sorg2. Tapi saya tak rasa keseorangan pun sbb family mertua semuanya ada nk membantu mana yg boleh :-)Harap2 anak2 bagi kerjasama pada mama nk mengharungi semua ni.Berat hati sebenarnya nk buat keputusan ni. Yelah...dah dua kali berpantang sdn bhd..sanggup tak balik..sanggup susahkan diri sendiri dr balik Msia sbb takmo susahkan org. Tapi dlm kes ni...kena jugak korbankan.Kesian kat ayah mereka pun ye..mkn pakai tak terjaga..tapi lagi kesian kat Aiman kalau terus dok kat nihon ni. Sekurang2nya..blk Msia terus belajar bhs melayu je..takyah nk tukar2 bahasa lagi dh. InsyaAllah kami akan menetap di Alor Setar (rumah mertua saya) sebab disana dekat dgn tempat terapi tu. Harap2 takla sedih sgt sbb kat sana dikelilingi ramai sedara mara.
Nmpknya lepas ni byk kena usaha sendiri sorg2. Tapi saya tak rasa keseorangan pun sbb family mertua semuanya ada nk membantu mana yg boleh :-)Harap2 anak2 bagi kerjasama pada mama nk mengharungi semua ni.Berat hati sebenarnya nk buat keputusan ni. Yelah...dah dua kali berpantang sdn bhd..sanggup tak balik..sanggup susahkan diri sendiri dr balik Msia sbb takmo susahkan org. Tapi dlm kes ni...kena jugak korbankan.Kesian kat ayah mereka pun ye..mkn pakai tak terjaga..tapi lagi kesian kat Aiman kalau terus dok kat nihon ni. Sekurang2nya..blk Msia terus belajar bhs melayu je..takyah nk tukar2 bahasa lagi dh. InsyaAllah kami akan menetap di Alor Setar (rumah mertua saya) sebab disana dekat dgn tempat terapi tu. Harap2 takla sedih sgt sbb kat sana dikelilingi ramai sedara mara.
Nasib baik skrg ni dh ada AirAsia..tiket murah sikit. Boleh la hubby balik selalu (selalu ni pun bukan bermakna balik tiap2 bulan ye:-p) At least 3-4bulan sekali..hmm..lepas ni confirm emosi tak berapa stabil sbb tak biasa berjauhan sebenarnya.Masa nk buat keputusan camni dh menangis dulu dah :-( Isteri mana yg suke nk berjauhan kan. Tapi takpe..mungkin dgn cara ni kasih sayang kami akan lebih erat bila selalu rindu merindu antara satu sama lain.Harap2 dptla kurus bila dok jauh2 ni :-p Masa bercinta dulu kami berjauhan jugak.Tapi mana nk sama kan skrg ni dan hampir 6thn kawin :-) Doakan saya ye :-)
Mintak maaf ye..lambat saya terangkan kat sini sbb report dr pakar baru dpt 30/5 (semalam) Tak boleh nk bgtau awal dr tu sbb takde bukti.Bukan ape nanti saya dikatakan melabel anak autism pulak :-)
Flight kami mlm ni 11.45mlm..Doakan kami selamat tiba di tanahair ye :-)
22 comments:
Salam.
Hai ida, saye ni adlh silent reader blog awak.
Boleh katekan setiap hari saya baca blog awak...sampai la saya baca tentang kisah aiman ni.
Sebenarnya anak buah saya juga disahkan autisme.
Saya amat memahami perasaan awak sebab kakak saya selalu berkongsi masalah ttg anaknya bersama saya.
Umur anak buah saya jgk same dgn aiman.
Apepun saya harap awak bersabar dgn dugaan ni...
ida,
saya sangatlah speechless.speechless membaca cerita aiman.dah ikut blog ida sejak aiman lahir lagi.mmg tak sangka.aku hanya sahabat internet ko.. aku tumpang sedey baca cerita ni dgn ko terpaksa balik malaysia demi anak. takpe ida,kuatkan semangat ko.insyallah Allah berikan dugaan yang mampu kita tanggung. insyallah,di sini ada keluarga yang membantu. saja nak share..anak ke 2 saya pon saya pernah terdetik fikirkan autism sbb tak pandai terima arahan dan muka dia seposen je bila kita marah dia.seolah2 takde perasaan.dia pon tak pandai ckp sangat...pergaulan ok.dia bercampur dgn kawan2 nampak dia bermain sama2,fokus tgk tv lama.lebey 5-6 org doktor pakar saya pegi..semua ckp anak saya normal.pada allah saya doakan keselamatan dan kesejahteraan anak saya.sehingga kini, dia boleh berinteraksi sedikit..tapi masih tak faham perasaan orang lain,terutamnya bila saya dah menegah melakukan sesuatu berbahaya,dia msih tak faham2.kalau nak kata hyperaktif..tak berapa sgt adakalanya dia diam(sbb dia hisap ibu jari)... tp adakalanya cpt marah dan meradang.huhu... sbg ibu kita kenala sabar..mmg suami pon banyak suruh saya sabar.. aku doakan ko ida... tabah dan bahagia.insyallah!
adi
K.Ida,
stay strong. semoga dapat yang terbaik dariNya dan permudahkan semua urusan! InshaAllah! :)
be strong dear...ade hikmah disebaliknya...nicol david asal dr seorang kanak2 autisme gak.tngok skang hasilnya..ni mmbuktikan bdk2 autisme ni ade je kelebihannya..yg pnting kita berusaha mmbentuk kanan2 tersebut..sya doakn yg baik2 je utk awk...
sedih dgr citer aiman, harap2 ida sekeluarga sabar dgn ujian nih..pedulikan lah kata2 org sbb hanya ibu je yg faham anak..semoga aiman bertambah baik bila balik kat m'sia nnt..
sometimes kiter x perlu explain semua kat orang sebab bukan semua yang melalui dan memahami...tapy percaya la pengorbanan ida tak akan sia2...sekurang2nya tempat aiman di syurga nanti dah terjamin...semoga ida tabah yer...maybe masa nuar blk for good nanty kami pun dah kat alor star insyaAllah....safe journey!
adoii...sebak baca citer ida...walaupun tak mengalami apa yang ida alami, tapi saya paham...itu langkah yang terbaik buat aiman dan irfan...
pepun ida kuatkan semangat...moga hubungan kalian bertambah erat..ida jaga diri bebaik dan moga aiman sembuh dan menjadi anak yang cemerlang...insyaAllah...
kak ida...
walaupon kita xpernah kenal...tapi..sebagai seorang ibu..saya paham perasaan kak ida..
sabarlah kak...tabah..insyaAllah..biarkan mulut2 lain nk berkata2..Allah lebih tau apa yg tersurat & tersirat..
salam ida.. akak faham perasaan ida.. igu akan sanggup buat apa saja untk ke sejahteraan anaknya.. walaupun keputusan ni amat beratkan.. moga Allah membalas semua usaha2 ini dan jgn mengalah dan terus berdoa ye.. take care
Have safe journey ida, aiman , irfan dan Nuar
pernah juga terbaca autism ni kdg2 susah nak dikesan. kdg2 doktor berkenaan xcukup alatan dan pengalaman. ditambah dgn kelainan bahasa dan sebagainya. nasib baik aiman dpt jugak jmpa doctor yg boleh kesan apa masalah dia sblm terlambat. insyaAllah byk hikmahnya akak n suami buat keputusan balik ke msia ni untuk aiman. seorang ibu lebih faham n tahu apa yang terbaik untuk anaknya. semoga akak sekeluarga akan terus sabar dan tabah meneruskan hidup dihari mendatang. dan semoga semuanya akan jadi semakin baik untuk aiman, insyaAllah.
salam ida,
saya silent reader hari2 saya akan baca blog ida, saya sgt kagum dgn awak dlm sibuk menjaga anak, sempat masak mcm2 menu.lagi satu awak memang ibu yg tabah sanggup berjauhan dgn husband demi kebaikan anak.ni merupakan ciri2 ibu mithali...kalau saya husband outstation 1 week dah tension sgt...tp ida sanggup berjauhan dan dlm masa yg sama terpaksa menjaga 2 org anak. semoga pengorbanan ini akan menjadikan aiman anak yg cemerlang didunia dan diakhirat..semoga selamat sampai ke tanah air tercinta..
p/s nanti rajin2 tau update cerita terkini kehidupan di negeri jelapang padi hehehe...hrp2 dpt bertemu dgn ida bila saya balik kg .
masya ALlah, ida n hubby sgt kuat. iAllah apa saja keputusan ida n hubby akan diberikan ganjaran yg terbaik oleh ALlah. sekalipun tak pernah bergaul rapat di alam nyata (ewah), kami turut mendoakan utk ida dan keluarga, moga ALlah mudahkan segala urusan di manapun jua, n kalaupun ditakdirkan Dia ingin menguji dgn sedikit kepayahan, iA segala jerih payah pengorbanan dan airmata itu tak akan pernah sia2.
love n hugs from us.
may u have a safe journey back home ya.
take gud care~~
salam ida,
i kawan satu office dengan rina.. i pun ade anak autisma.. kalau u nak baca psl anak i, click kat link autism kat blog i k.. (tepi belah kanan). sama2 kita share experience, and sama2 kita berusaha untuk dia k.. i'allah, ade hikmahnya for sure :)
take care and be strong
edi
be strong, tawakal kepada Allah keputusan yg dah diambil ye, moga ada jalan utk Aiman..
moga selamat semuanya..
salam ida..
ni mama dania saffiya (pcm)..ingat tak..hehe
saya mmg silent reader ur blog..cuma x rajin komen je..
dengar jepun gempa haritu. teringat awak n family.cepat2 bukak ur blog n alhamdulillah sume sihat dan selamat..
1st of all,welcome home..
moga selamat sampai..
of all happens,
hopefully ida sabar dan tabah ye..
tak boleh bayang nak pisah dgn suami lama-lama..arghh..
itulah teman gaduh kite ye tak..
and hopefully u will runs ur kids well, especially aiman...
kt msia mmg ada persatuan khas utk autism children.
ida boleh cari nanti and join their activities..
mmg those kids need 100% attention..
ida jgn give up..
banyak tokoh-tokoh terkenal kt dunia ni yang have autism..they success in their own way..
so dont worry..
ok..have a safe journey home...
besarnya pengorbanan seorang ibu dan isteri. saya doakan semoga ida dan family kuat semangat dan all the best dalam apa juga yang dilakukan. insyaallah..
salam ida...
berat mata yg membaca berat lagi bahu ida & hubby yg memikulnya..semoga Aiman menjadi anak yg soleh...;)
***semoga selamat tiba d sini ye..:D
salam kak ida....
jgn terasa tersisih dgn anak autisme, mereka ada kelebihan tersendiri, insyallah berkat doa akak n husband aiman akan jd budak yg better than normal child ok ^__^ kagum dgn akak sbbnye dpt melayan kerenah aiman n irfan, dpt jgk masak2 kn, alin yg bru de anak sorg ni jd tak terurus bila dok sorg (husband keje). Insyallah ade rezeki nak sgt jumpa akak kt Alor Setar, nk rasa masakan akak ^__^.
Assalamualaikum...
Ida, selama ni duk baca blog Ida tak sangka lah pulak Ida terduga macam ni sekali. Tapi macam Ida cakap lah... Allah duga sebab Ida sekeluarga mampu. MM doakan semuanya berjalan lancar. Pengorbanan yang Ida & husband buat sangat2 besar, semoga Allah memberi berkat dan merahmati setiap satunya yer...
InsyaAllah, kalau ada rezeki berjumpa satu hari nanti.. Once in a while MM akan balik ke alor star keluarga sebelah hubby... Hope to see you :)
Anyway, have a safe journey dan hope to hear from you more... :)
salam ida..sy silent reader blog awk..n juga sorang guru pendidikan khas..penah ngajar murid autisme ni..cadangan sy ida daftarkan iman di jkm dengan membawa report doctor yg mengatakan aiman ada autisme..kemudian bila da dapat kad bole ke ppd untuk mohon penempatan untuk masukkan aiman ke prasekolah yang ada pendidikan khas..tak semua sekolah ade pendidikan khas ni..jadi kena rujuk ppd or jpn..ape2 nak tanya bole email sy sach_sue@yahoo.com-suraya
kak ida..sebak sgt baca citer nih.bertapa besar pengorbanan akak.bukan sng nak buat keputusan balik for good.sy sendiri tak mampu buat mcm tu.
tapi ada hikmah disebalik smua ni kan.sy sendiri rasa begitu kuat n rasa bukan la diri sy sebelum nih.rasa kita makin creative nak didik anak2 kan? SABAR tu paling penting.semoga kita diberi kesabaran yang sgt2 tinggi.sy doakan,aiman,Lana,dan kanak2 lain yang ada masalah ni pulih dah keluar dari dunia dia sekarang.insyaAllah doa banyak2.semer dgn izin Allah.kita usaha sehabis boleh sedaya boleh.ni pon meleleh air mata.kadang2 terpaksa pura2 kuat dpn family.tapi hati ni bercampur baur.rindu kat suami..suami pon rindu kat anak2..skype pon kadang2 jer..
apa2 pon..akak be strong k! take care ye kak!
terima kasih ye semua.terkejut ade byk komen xleh nk reply satu2 :-)
Post a Comment