Nak cerita pasal Irfan. Sgt laju berjln skrg ni..dari lesen L dah ke lesen P :-p Asyik berjalan je keje nya. Mkn pun kena dok ikut...dlm gelap pun dia jln jugak.
Irfan suke tiru ape org ckp. Dia suke menyanyi. Setakat ni dia dh pandai nyanyi lagu ABC sampai habis tapi byk sebutan tak clear..tapi ada yg betul huruf dia sebut tu. Kalau nmpk huruf atau tulisan kat mana2 mmg dia nyanyi lagu tu. Nantilah ada masa nk ambik video..bila time mama keluarkan kamera time tu lah dia takmo nyanyi huhu. Lagu head,shoulders,knees and toes pun dia suke..siap buat gaya. Lagi lagu incy wincy spider,twinkle2.Lately dok dgr dia nyanyi lagu ape ntah..siap buat gaya..mama tak dpt tangkap lagi lagu ape.Mesti dia tgk kat babytv ni :-p Mlm2 dok nyanyi kat ayah dia :-)
Irfan ni seleranya besar. Dia mkn apa saja yg org suap kat dia. Tak menolak langsung. Kalau nangis tu...umpan dgn makanan tu berkesan jugakla cara tu ;-p Dan setakat ni Irfan masih lagi breastfeeding. Susu2 frozen ni bukan dia mau minum pun. Penat mama perah. Dia buat muka uwek2...huhu...nmpknya mama akan susah hati kalau nk kena tinggal irfan lama2 huhu
Irfan dh pandai nk merajuk2. Kalau tokwan baru balik dr masjid..dia pegi kat pintu nk sambut sambil mintak dukung. Kalau tokwan tak ambik dia..dia berguling atas lantai...hahaha...Sama la kalau dia tak dpt ikut gi mana2..mmg dia buat lembik kaki dok nangis kat situ :-p
Lama tak cerita pasal Aiman. Sedikit sebanyak ada juga perkembangan dia. Smlm masa Aiman kat dapur dgn mama..terdengar bunyi mesin basuh rumah paklong..bunyi music bila dh siap basuh tu..Aiman macam tercengang..lepas tu dia kata 'haaa...ape tu?' kalau benda2 yg dia nk tau mmg dia tanya gitu..hihi..jadi lah Aiman. Biarpun kecil di mata org..tapi besar sgt pd mama.
Ada sekali tu, dia nampak tok wan bawak Irfan naik motor..terus Aiman tarik tgn mama gi kat bilik air. Lepas tu dia kata 'mandi,pergi sekolah' :-p agaknya sbb selalu mama ckp camtu tiap2 hari. Lepas je pakai baju sekolah dia kata 'pakai beg' n terus pakai beg. Lepas tu dia kata 'kunci motor' terus gi ambik kunci motor...bila benda tu dh jadi rutin harian dia mmg dia ingat.
Skrg ni Aiman suke tolak wheelchair tok nek. Asal nmpk benda tu bergerak dia kata 'tolak nek' Dia pun tolak la nek sampai kat toilet...lepas tu suruh nek mandi..mandi..hahaha..mcmla setiap masa nek tu nk mandi :-p
Paling mama nk tergelak bila dgr dialog ni...bukan mama aje..ayahnya pun dgr/tengok sama masa berskype mlm2....
Aiman : Irfannnn, six,seven, eight
irfan pun sambung....
Irfan : nine, ten
Aiman : nine,ten very good
haha..siap ade very good tu...lepas tu 2 beradik tu bergelak2. Diorg suke tengok babytv..ada lagu charlie and the numbers. Suke sgt diorg dok tiru.
Aiman dh pandai baca doa. Doa tido paling betul bunyinya. Doa mkn pun pandai..tapi mcm ada bunyi yg tak betul..lagi satu doa naik kenderaan. Dan dia jugak tau bezakan doa2 ni. Bila suruh baca doa tido..doa tido la dia baca. Mungkin sbb dh menjadi sebahagian dr rutin dia pun dh ingat. Alhamdulillah....ni je kot yg mama ingat buat masa ni..kdg2 ada yg nk cerita tp lupa. Nak berblog pun tunggu waktu lepas sahur..sementara tunggu subuh tu sempat la type kejap.Nk tunggu masa lain mmg tak sempat sbb berebut dgn budak2 ni.
Tuesday, August 16, 2011
Perkembangan Anak2
Sempena usia anak2 genap 1thn 2bulan (irfan) dan Aiman 4thn 8bulan pada 17hb dan 18hb ni..mama kongsi perkembangan mereka. Type siap2..nanti lupa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment