Friday, November 18, 2011

Aiman Faiz 4thn 11 bulan

Harini Aiman genap 4thn 11bulan. So ini bermakna bulan depan Aiman akan genap berusia 5thn. Aiman ni kalau org tengok dia mmg org takkan tau pun yg dia adalah kanak2 autistik sbb rupa dia normal. Tapi bila tengok perangai dia ada sedikit pelik. Dlm gmbr diatas tu aktiviti stimming yg biasa aiman buat..huhu. Mesti dia akan pegang dua benda yg sama n jauh n dekatkan benda tu mcm pintu lif tertutup n terbuka. Lepas tu dia ckp la sorg2. Tapi Aiman mmg suka train dgn lif. Kat jepun lif dgn train kan ada suara org cakap. So, mmg dia tiru la mcm org tu ckp. Skrg ni pun kalau naik lif mmg dia akan sebut dlm bhs jepun bila sampai ke satu2 tingkat.

Aiman ni sensitif terhadap bunyi..especially bila irfan menangis. Ni mmg antara ciri2 yg ada pd budak autistik. Aiman akan tutup telinga n akan pukul irfan.Dia tak suka irfan nangis. Lagi satu Aiman sensitif dgn iklan2 yg ada gmbr muka org. Dia akan takut n nak lari jauh dr gmbr tu. So, kalau gi shopping mall yg ada byk iklan muka org besar2 gitu jadi masalah sbb dia nk lari. Selalunya kat farmasi mcm guardian n watsons ada muka2 org ni..kat peti ais aiskrim pun ada. Tapi tak kira la gmbr tu kat mana..asalkan muka org mmg dia takut.

Lagi satu Aiman tak boleh kalau org ambik/main toys dia. Dia rasa tu hak dia n dia tak reti berkongsi. So, mama kena selalu practise main sama2 dgn dia supaya dia boleh belajar berkongsi n ikut giliran bila main. Tapi mmg agak susah n mencabar sbb mcm nk bergaduh je huhu

Baru2 ni berkesempatan baca buku ni. Mmg beli utk baca sebagai menambah pengetahuan. Bagus utk sesiapa yg baru2 mengenali autisme.

Siang tadi pegi kedai. Tiba2 terperasan yg aiman gi kat sorg perempuan tu sambil jenguk2 kat muka dia. Org tu tgh ambik air dlm peti ais kat kedai tu. Sekali org tu toleh..rupa2nya cikgu aiman. Cikgu dia kata..laa patutla dok tengok lama2..Aiman pun gelak..eh dia kenal cikgu dia..hihi...






......tak sabarnya menanti bulan depan...sabar..sebulan lebih je lagi utk dptkan semangat baru :-) saya kan kuat..saya tak boleh lemah..tak boleh sakit..nanti sape nk jaga anak2..mereka perlukan saya :-) bersyukur sbb sentiasa berada disisi anak2 dlm apa jua keadaan...utk hubby pulak masih boleh bagi semangat dan dorongan utk dia dari kejauhan...sedar tak sedar dah 6 bulan kami berjauhan...

2 comments:

lady lavender said...

be strong ida..and i am sure enough you are stronger than you are for the sake of aiman & irfan insyaalah.

Syerah Omar said...

sama mcm lana.sampai cikgu kat school tanya betul ke lana ni autistic?lain dari budak dia pernah handle.dia tanya siapa yg diagnosed lana.sy ckp sy dah rujuk beberapa org pakar.

dia ckp, lana mmg nampak normal mcm budak2 lain.n untuk hari ke3..lana dah nak main dgn budak lain walaupun ada kalanya dia mmg tak tahu nak main mcmana.part speech,mmg takder bunyi pon.

tapi, alhamdulillah dah ada perubahan tiap2 kali balik sekolah.sy pon sedih sb tak hantar lana mana2 early intervention.kami dpt join kursus2 yg early intervention buat jer.tu pon salah sorang la.insyaAllah,sy cuba nak balik bwk lana pegi institut nury.


syerah tengok aiman dah makin banyak sgt perkembangan.insyaAllah umur 6 tahun nanti aiman makin ok n ready nak masuk mainstream.insyaAllah.ameen.acik doa yang terbaik buat aiman k!