13hb lepas bertambah lagi 1 umurku. Bila umur semakin meningkat aka dh tua ;-p mcm2 nk kena fikir. Terutamanya pasal anak2,masa depan mcm2...pasal diri sendiri pun kena fikir sama..pasal berat badan,kesihatan,kecantikan ;-p semua takleh abaikan...makin tua mcm2 penyakit boleh dtg....tapi sebenarnya selalu takde masa..sibuk dgn anak2..selalu nk apa2 tu serentak dua2 huhuhu...
Aiman skrg ni tiap2 bulan kena pergi occupational therapy kat hospital. mama pun byk belajar pasal sensory integration,fine motor skill semua. Kanak2 autism ni sebenarnya ada mslh sensori. Ada yg dr segi pendengaran,penglihatan,deria rasa dan mcm2. Aiman pun ada jugak..kalau bunyi tersgt bising kuat dia tutup telinga..kalau irfan menangis pun dia tak suke..mengganggu pendengaran dia. penglihatan pun aiman takleh tgk muka org besar..dia meronta2 nk lari dari situ.skrg ni tgh tumpukan perhatian kat motor skills..cara pegang pensil dan cara nk bagi dia lebih fokus.dpt byk tips2 dari terapis utk praktis kat rumah.next therapybulan 3 ni. Speech therapy pun pegi jugak cuma tak dpt la sebulan sekali sbb waiting list sgt panjang.Bersabar jela dan ikut tip2 yg diberikan oleh terapis tu. Hari Ahad hingga khamis aiman gi early intervention programme kat NASOM. Kat sana pun mcm2 dia belajar...mcm2 terapi ada..cikgu2 pun mmg ada kelulusan dlm bidang autism.So takyah risau sbb diorg pandai handle budak2 ni.
Tak byk yg boleh mama usahakan utk aiman. Tapi kalau selalu praktis buat ape pun mesti boleh :-) Mama takmo push diri kuat sgt semua nk buat itu ini..kena ada masa utk diri sendiri jugak..kalau tak lagi bertambah stress. Susah hati jugak berjauhan ni..risau dgn makan pakai hubby yg tak menentu..akibatnya result medical check up dia yg tak bagus...hmm. Moga cepat sembuh dan rajin2 mkn ubat. Moga murah rezeki boleh balik Msia cepat dan kita satu family boleh dok sama2 mcm dulu.
Kdg2 jadi mcm risau juga bila tengok ibu2 yg mempunyai anak autism hantar anak gi mcm2 rawatan. Risau sbb mama tak mampu nk buat mcm diorg. Terpaksa usaha sendiri cari info yg boleh dicuba kat dia. Semua anak autism tak sama masalahnya. Ada yg kurang situ lebih kat sini dan mcm2. Dan mama percaya..lebih meningkat usia mereka..mereka akan lebih ok. Aiman pun lepas umur 3tahun baru bersuara sebut perkataan dan skrg ni mcm2 dah,Cuma ayat tu tak boleh. Dia kerap panggil mama dah kalau nk apa2..mama oo mama bunyinya....walaupun bunyi mcm menjerit2 depan org ramai tapi mama tak kisah;-p. Mungkin bagi org lain benda mcm ni kecik sgt..tapi bagi seorg ibu kpd anak special ni..ni lah yg ditunggu2. Jadi pada yg ada anak normal tu..layan la anak anda berckp..biarlah seratus kali pun dia bertanya.
ni gmbr 2 hero kecik mama. dah mcm sama besar pulak. Tengok bila mama panggil suruh tengok siapa yg pandang dulu. Aiman mmg kurang eye contact.Tambah pulak tgh asyik dgn kipas tu lagi la.
Sebenarnya ada byk gmbr..tp sbb lembab sgt malas nk tunggu. Skrg dh dekat pukul 12mlm. Time ni kalau nk berblog pun.Time lain anak2 kacau. Oklah kena tidur..nk charge utk esok hari...
No comments:
Post a Comment