Semalam MIL bawak saya pergi klinik gigi Dr mimi. Ingatkan dia lupa psl tampalan gigi saya yg tercabut tu. Pegi pukul 2lebih..aiman gi sekolah senang sikit tolong jaga irfan kejap. Masa saya beritahu doktor tu kata tampalan tercabut. Doktor tu tanya ada simpan tak yg tercabut tu. Nasib baik mmg saya simpan dan mmg bawa pun. Terus bagi kat doktor tu. Kata dia..ni tampalan onlay..tampalan ni kuat dr tampalan biasa. Oohh..baru saya tau. Selama ni dr thn 2009 tampalan tu dok dlm mulut saya..skrg baru tau hahahaha..So..doktor tu tolong tampal balik..lega la takyah kena korek dgn mesin tu hihi. Dia tanya buat kat mana..saya kata buat kat jepun dh lama ni.Doktor ckp yg ni mmg tahan..cumanya dia lekang jela..tp dh 4thn pun tahan ni :-)
so saya pun google la utk tau dgn lebih lanjut. saya copy dr blog ni http://drkam.wordpress.com/2009/06/07/tampalan-berwarna-gigi-tooth-colored-fillings-materials/
Jenis2 tampalan :Komposite direct/ langsung
Bahan tampalan yang paling popular. Ia adalah sejenis plastik khas yang melekat terus kepada gigi. Ia sanggat baik dari segi warna, senang di ubahsuai dan tidak perlu membuang struktur gigi lebih dari yang sepatutnya. Jangka hayat antara 5-7 tahun. Tampalan yang kecil boleh bertahan lebih lama.
Komposit Inlay/ Tampalan Onlay tidak langsung
Ini digunakan apabila perlu anatomi yang ideal, padan dan ketahanan yang lebih tinggi diperlukan. Ia selalunya di buat di makmal pergigian. Lebih mahal dan memerlukan dua lawatan sebelum selesai. (yg ni la kot..patutla 2kali pegi baru siap sbb kena ambik acuan kat gigi tu)
Porcelain Inlay/ Onlay
Bahan ini digunakan apabila keperluan kosmetik dan ketahanan bahan adalah sangat penting bagi pesakit. Ia juga memerlukan dua lawatan.
Jenis jenis tampalan lain:AMALGAM

Tampalan Amalgam
Bahan yang sering diguna untuk menampal gigi belakang. Ia mengandungi sebahagian besar merkuri, dan bahan bahan lain seperti perak (30%), timah, zink dan kuprum. Ia adalah pilihan paling murah dan mengambil masa klinikal yang pendek. Tidak memegang sebarang bentuk dan mudah terhakis. Ia boleh bertahan selama 5-10 tahun, kadang kadang sehingga 20 tahun. Terdapat banyak kontoversi mengenai hubungkait kesan keracunan merkuri keatas tubuh badan manusia. Sehingga kini tidak cukup maklumat mengenai kesan toksik merkuri dan tubuh badan secara konkrit.
Amalgam yang mengandungi 50% merkuri, sejenis bahan yang lebih toksik dari plumbum, cadmium atau arsenik. Kemungkinan merkuri bocor dari tampalan amalgam menyebabkan terdapat pergerakan terhadap penggunaan bahan pergigian bebas dari merkuri. Merkuri dari tampalan amalgam dipercayai boleh bocor dan memasuki organ organ di dalam tubuh manusia secara perlahan lahan sepanjang hayat.
Ada dikalangan pakar perubatan percaya merkuri menyebabkan masalah fizikal dan mental terhadap penggunanya. Ini termasuk penyakit penyakit neurodegeneratif dan kecacatan bayi baru lahir. Untuk tidak menyemakkan fikiran dan jawapan konklusif dari debat yang tidak berhujung, ramai pesakit dan perawat memilih bahan tampalan berwarna gigi !
GALLOY
Bahan tampalan logam yang tidak mengandungi merkuri, mengandungi perak, timah, kuprum, indium dan gallium.
TAMPALAN EMAS Inlay atau Onlay

Tampalan ini memberi kekuatan bahan tinggi jika estetik tidak merupakan pilihan utama. Juga memerlukan dua lawatan.
onlay porcelain
TAMPALAN PORCELAIN Inlay / Onlay
Apabila kawasan tampalan adalah besar, tampalan tidak langsung menggunakan , porcelain inlay dan onlay adalah onlay porcelain pilihan bijak untuk merestorasikan gigi. Inlay porcelain merangkupi kawasan kecil gigi. Apabila ia meliputi kuspa gigi, onlay menjadi pilihan. Kuspa merujuk kepada anatomi gigi gigi molar yang mempunyai permukaan seperti bukit. Porcelain juga mempunyai kekuatan dan lebih tahan dari komposit. Inlay dan onlay dilekatkan pada gigi secara langsung dan kalis air. Ia juga berwarna gigi dan lebih konservatif dari membuat korona penuh pada gigi

onlay porcelain
No comments:
Post a Comment