Thursday, August 2, 2012

Countdown :-p


Dulu bercinta jarak jauh..tp tak lama pun..dr feb2004 baru kenal..aug 2004 1st date...nov 2004 dia dtg beraya kat rumah..jan 2005 merisik...march 2005 bertunang...aug 2005 kawin :-) cepat dan pantas gitu...hihi

skrg ni dh kawin pun jauh lagi..dah setahun 2bulan berjauhan..tu pun dh berapa kali dia balik. lagi 10 hari dpt la jumpa balik..dpt puasa dan raya sama2 satu family :-) dlm 2minggu gitu. kalau boleh mmg nk curi masa utk gi mana2 just 4 of us...kena ada privacy sikit n jauh dr ahli keluarga lain. bukan senang jauh2 gini...kami juga perlukan waktu utk diluangkan bersama anak2 setelah sekian lama berjauhan :-) bebas buat apa saja dan buat keputusan sendiri utk anak2.. lagipun 27hb ni genap 7tahun usia perkahwinan kami :-)

saya sgt tak sabar tunggu kepulangan dia...walaupun bulan 5haritu je baru balik. bila dia balik mesti hilang rasa stress sbb selama ni saya pikul segala tanggungjawab nk jaga didik anak2..buat keputusan utk anak2...dan kdg2 mengalami tekanan dr org sekeliling..semuanya perlu saya tepis sorg2...and sometimes i need a shoulder to cry.....dgn keadaan anak2 yg semakin aktif ni..mama tiap2 hari kena kejar anak2 ke sana sini...time tidur pun kena buli dgn anak2 lagi. kalau gi jalan2 lagi lah...tu belum kalau aiman meltdown terbaring kat lantai...dgn lari pecut mcm pelari olimpik tu...org mmg akan pandang2 bila tgk situasi mcm gini...org takkan tau yg aiman tu autisme sbb tu dia gitu.anak2 autisme ni ada masalah dlm komunikasi,tingkahlaku dan sosial..org mungkin akan kata yg dia tu nakal dan mcm2....sebenarnya saya syukur ada anak mcm aiman daripada ada anak normal yg boleh faham mcm2 tapi tak mendengar kata. itu lebih menyedihkan rasanya.moga akan terus sabar dan sihat utk menghadapi karenah anak2.

skrg ni saya dah start buat kuih raya..dan kuih frozen sikit2..sbb hubby balik nanti kami baru nk start cari baju raya utk kami 1 family. rasa mcm seronok pulak nk shopping sama2.last year saya beli sorg2 je huhu..dan utk tahun ni jugak..buat pertama kalinya saya akan dpt berpuasa dan beraya di rumah family saya di perak :-) dh nk masuk tahun ke7 kami kawin..ni 1st time tau...tahun 2009 dan 2011 raya kat alor setar ni..tahun lain semua kat jepun..n tahun 2008 kami raya di Leuven ,Belgium. Moga semua yg dirancang akan menjadi kenyataan....

Anak2 semakin menunjukkan perkembangan yg sgt baik. Irfan skrg ni asyik nk berckp je..ntah dr mana dia belajar pun tak tau la..kdg2 sampai boleh 3-4pth perkataan dia buat ayat. Rasanya itu adalah tanda bahawa dia seorg yg normal. suaranya sgt lembut dan comel bila berckp. Aiman pun tak kurang jugak...mulut byk jugak walaupun tak semua mama paham..at least dia cuba jugak utk berckp. Dia yg byk tiru irfan ckp. Bagus jugak sekurang2nya menggalakkan dia berckp bila dgr irfan berckp. Perkataan2 mcm Assalamualaikum,terima kasih setiap hari dpt mama dgr dari mulut dia. Haritu sgt terkejut bila dia tanya "mama what are you doing?"Bila skype dgn ayah dia..dia yg ambik benda n tanya soalan kat ayah dia..lepas tu siap puji ayah pandai sambil tepuk tgn....Mama akan cuba utk tidak membezakan kasih sayang anak2..cuma perhatian perlu dilebihkan sikit utk Aiman yg special..kerana autisme ni bukan utk sehari dua dan ianya bukan boleh dipulihkan..cuma boleh berkurang sahaja...ia adalah utk sepanjang hayat. Mama ingat lagi apa yg doktor pakar di jepun ckp dulu "walaupun dia boleh berdikari suatu hari nanti,tapi dia masih perlukan support dr family" Mama sentiasa menunggu perkembangan anak2 seterusnya. Ni lah untungnya jadi fulltime housewife..dpt tgk perkembangan anak2 depan mata sendiri..syukur alhamdulillah...saya tak menyesal berjauhan dgn suami saya sbb Aiman dpt pendidikan dan terapi yg sesuai dgn keadaan kami skrg. faktor persekitaran jugak byk membantu dia.

ok dah boleh countdown 10hari dari skrg...tit..tit..tit..tit....

No comments: