Monday, September 10, 2012

Perkembangan terbaru Aiman Faiz

Macam agak jarang update blog skrg..huhu. Kesibukan melanda..huhu. Nak kongsi beberapa aktiviti aiman yg sempat diambik gmbr.
 ni masa gi Tmn rimba masa hari si ayahnya terbang ke belgium. Pak su aiman bawak gi sini..ajak mama dan anak2 join sekali. Aiman kalau dtg sini mesti dia nk pijak batu2 ni. Bagus sebenarnya utk dia :-)

kat bwh ni pulak antara aktiviti yg mama buat utk aiman...namanya ice breaking. caranya mudah saja. letak air dlm bekas dan isi toy yg anak2 suka..dan bekukan jadi ice. lepas tu dgn menggunakan bekas ubat gigi yg mcm bekas eye mo tu....picit utk ambik air dan picit utk keluar air tu...letak color utk air suam tu supaya ice tu senang cair. so aiman kena guna benda tu utk membebaskan toys dia. nmpk dia sgt excited.....tapi seperti biasa la bila irfan ada..dia pun nk buat sama ;-p
 pegang tgn irfan sbb takmo irfan buat..huhu..sian aiman selalu diganggu..mama pun takde pilihan time ni sbb org lain takde kat rumah.nk buat kat luar lagi susah sbb melibatkan air..aktiviti ni bagus utk fine motor skills...
 mama juga ada buatkan buku mazes ni utk aiman. senang je..beli buku mazes..ataupun print dr internet...dan letakkan dlm clear files....stapler sikit supaya kertas tu tak bergerak.guna whiteboardmarker utk lukis bila buat aktiviti. so benda ni boleh buat ulangkali..kalau guna kertas kan nk kena padam la..kalau salah pun jd susah kan..so buat cara ni boleh buat byk kali...
 yg ni lukisan aiman...angry birds kata dia..dia lukis ni tanpa tgk kat mana2 pun. siap tulis perkataan angry birds tu hihi.walaupun tak setanding dgn budak normal tp bagi mama ok la tu sbb dia tak tgk mana2 pun...comei sgt :-)
 ni susun duit syiling dan masukkan dlm tabung takde pulak gmbr...
 yg ni main cop.....adik pun syok...
 yg ni pulak aiman tolong mama buat fruit tarts utk jamuan sekolah dia. salah satu terapi jugak ni..letak 3 jenis buah berlainan warna dlm 1 tart tu. cepat keje mama ada assistant :-)
 
aiman ni tiap kali mandi mesti minta kat mama "mama,hot water"..kalau time hujan tu mmg bagi mandi air suam kan..time panas biasa2 ni mandi air sejuk je. tp bila mandi air sejuk ni selalunya dia akan menjerit2.kalau air suam ni laju je masuk bilik air..hmmm...

bab mkn pulak..lagi senang bagi dia mkn onigiri,makizushi dan soba dr bagi mkn biihun goreng ,nasi goreng ni semua..tp kalau nasi berlauk tu..dia akan mkn lauk apa saja pun. kuih dia mkn karipap je..yg lain tak berapa mau cuba pun takmo..lagi kalau warna hijau ke..merah ke.kalau warna coklat tu ape pun dia ambik mkn. so terhad jugakla nk msk utk dia..mama kena buat menu baru utk dia la huhu.tp roti canai,laksa,sate  dia suka...kalau irfan sumbatla ape saja..selalunya dia mkn je...

skrg ni bila tanya aiman selalu ada jawapan jugakla. selalu mama tanya aiman pergi mana? nanti dia jawabla..kalau baru balik kedai mmg dia jwb kedai,kalau balik sekolah dia ckp sekolah. kalau baru bersiap nk keluar mama tanya jugak..aiman nk gi mana? ikut suka dia je jawab,kedaila,jalan2 la..kalau nk mintak apa2 tu mmg diam intak..mama,nak icecream,,,kalau dia ckp nk air..mama tanya nk air apa..what colour..dia akan jawab brown atau pink sbb tu air yg dia suka..air coklat dan bandung :-) kalau pagi selalu dia akan mintak "mama masak egg".ada haritu dia mintak nak coklat cake..mama gigihkan diri buat jugak sbb dah dia ckp kan :-) betapa happynya mama dgr si anak berckp..nk motivate dia supaya berckp..dgn berckp je dia akan dpt benda yg dia mintak :-)

mama selalu risaukan behaviour dia skrg..suka buat irfan. irfan tu pun pantang abg tu terlanggar sikit je sibuk ckp "amboi" mmgla abg tu marah kan. dia masih susah nk share brg dgn irfan.kalau dgn org lain takpe pulak. tp bagus jugak ada irfan ni sbb irfan ni dh byk ckp..so aiman pun byk ikut irfan ckp :-) kdg2 abg ikut adik kdg2 adik ikut abg.

bulan depan mungkin akan dipanggil utk interview sekolah aiman utk tahun depan.mama yg risau sebenarnya bila aiman nk masuk darjah satu tahun depan. sbb tu la kami balik msia awal. sekurang2nya dh byk perkembangan dan persekitaran,bahasa yg selalu dia dgr. kalau tahun depan baru nk balik rasa mcm terlambat. nanti ayah balik bublan 12 nanti bolehla shopping brg sekolah aiman ye...boleh jugak ayah gi sekolah aiman nanti. harap semuanya berjalan lancar.....rindu pulak pd si dia..huhu :-(

ada byk lagi yg mama lupa nk update..lainkali ingat baru letak sini..

1 comment:

AdanyaKauUntukku said...

Alhamdulillah
dah banyak perkembangan Aiman
Aiman good boy....keep it up ..

to Ida....u're an amazing mom!!...