Sunday, October 21, 2012

Bye bye syusyu!!!

Sejak irfan dh masuk umur 2tahun mama dah berkira2 nak stop breastfeeding...tapi selalu rasa kesian kat dia. So, mama cuba beri susu formula dan fresh milk dlm cup. Mmg dia minum je tapi time tidur tu dia cari "syusyu" dia jugakla. Sblm nk bagi dia tido tu selalu suruh dia minum susu dlm cup dulu. Bila dah masuk umur 2thn 4bulan...terus rasa mcm nk stop terusla..rasa cukupla sampai sini ye irfan. irfan pun dh besar.. mama pun letih dah 2thn lebih tak dpt tido lena mlm2 sbb irfan bgn mlm nk syusyu :-).  Sblm ni pernah cuba letak serbuk koko tp dia hisap jugak..lagi sedap agaknya kot..hihi. 3hari lepas mama cuba letak facial cotton dan lekat dgn selotape kat situ dua2 belah. tunjuk kat irfan dan ckp sakitnya sambil buat muka sakit. irfan terus mcm takut dan ckp tamau tamau. dah masuk hari ke3 ni dia sendiri yg dtg kat mama dan tunjuk.."mama syakit" "syusyu syakit" lepas tu kalau nk tido mama tepuk jela..lena je.
 
hari pertama tu..dia jaga 2kali tgh mlm..mama bagi dia air masak dan susu dlm cup..lepas tepuk tido balik..hari kedua tu..terus tak bgn mlm dah ...mlm tadi pun takbgn jugak. So dptla mama tido lena smapai ke subuh. Terima kasih ye irfan kerana memberi peluang pd mama menyusukan irfan sampai 2thn 4bulan. mmg mama sengaja takmo bagi botol susu..sbb nanti2 nak kena stop botol jugak..dua kali kerja so..guna cup terus la. Aiman pun umur 2thn lebih jugak stop botol. Aiman n irfan masih minum susu jugak..cumanya dr cup. Saya kurang senang bila tengok kanak2 yg umur 4-5 tahun ni masih hisap botol..erkkk..mak bapaknya takmo cuba stop kan ke?? mmgla susah..tp kalau kena dgn caranya ok je.mak bapak kena train anak kot kecik2 ni.takleh nk ikut anak sgt ..kang dh masuk sekolah masih hisap botol cemana tu...
 
Rasa mcm sedih..tp nk buat cemana kan..perasaan seorg ibu agaknya. Tiba2 rasa mcm nk baby baru pun ada ;-p tapi aiman dan irfan masih perlukan byk perhatian. belum sesuai nk mengandung skrg. Biarlah org lain nk tambah 5-6org pun. Setiap pasangan ada perancangan sendiri kan. Aiman pun masa ada adik umur 3thn lebih :-)


lepas ni baru boleh toilet train pulak kan irfan...

No comments: