Thursday, January 17, 2013

Aiman oh Aiman

Semenjak start sekolah ni...saya sgtla sibuk. badan pun letih. pagi hntr aiman gi sekolah..balik rumah terus msk bekal lunch n minum ptg dia..msk jugak utk org kt rumah ni sama. pukul 12.30 gi hntr beg aiman kat nasom dan ambik aiman kat sekolah dan hntr ke nasom. aiman mandi n mkn kt nasom. dulu bwk dia blk rumah mandi mkn kt rumah tp dia mengamuk takmo gi tu hntr terus lg baik. ulang alik sana sini naik moto.nasib tak jauh mana. at least saya tak kacau masa org.anak saya..biar saya uruskan sendiri lebih baik. senang n cpt ye naik moto ni. teringat zmn bujang gi keje kt sri hartamas naik moto jgk hari2.

Jumaat lepas saya sempat ke Seminar kesedaran Autisme di hospital sultan abdul halim Sg Petani. Saya bawa Aiman sekali sbb takut org takleh nk handle dia bila dia cari saya. Irfan terpaksa tinggal dgn tokwan dan maktok. Sbb hari Jumaat serba salah nk tinggal dua2 sekali sbb nanti tokwan nk gi solat jumaat kan..kesian maktok pulak. Aiman cikgu tengokkan..dptla saya join seminar tu kat dlm auditorium tu. Kami pun pergi dgn cikgu Aiman.
Bila dgn cikgu dia ok je. ikut je cikgu .boleh pulak dok diam. Bila dgn mama...siap guling2 atas lantai. So kesimpulannya dr mula sampai habis seminar mama tak dok dekat aiman pun hihi. Tengok je dr jauh..pandai je dok diam dgn cikgu. Sblm balik rumah kami singgah di Amanjaya Mall..pun cikgu yg jln dgn dia..hihi. On the way nk balik tu..Aiman lena dlm kereta cikgu.

Bila dpt join aktiviti camni..barulah terbuka mata ni..dpt dgr cerita pengalaman org lain besarkan anak istimewa mereka.... dpt byk info baru juga. Semenjak balik Msia ni otak mmg kena sentiasa berfikir mcm2. Dulu masa dok jepun..kurang guna otak utk benda2 mcm ni ;-p
Aiman masa gi speech therapy baru2 ni. Speech therapy kata aiman semakin ok. Sesuai dgn umur dia 6thn sebulan dia dh boleh baca sukukata melayu..english words..boleh buat penambahan sama je mcm budak normal yg sama umur dgn dia. Cumanya speech dia je tak sama dgn mereka. Dari segi lain..dia boleh belajar mcm budak normal lain. Speech therapist nk suruh org dr jabatan pendidikan dtg observe aiman kat sekolah. nak tengok sama ada dia boleh masuk kelas normal atau tak.tapi mama takmau lagi buat masa skrg. Sbb dia baru nk sesuaikan diri dgn kelas n sekolah tu.risau pun ye jugak. sbb kalau kelas khas tu diorg ada pembantu yg boleh tolong budak2 ni. haiii..peningla pk ni...byk dgr cerita budak2 autisme yg dibuli bila berada dgn budak normal. kesian dan sedihhhh huhuhu.

oleh itu saya menyeru ibubapa semua sila lah tanamkan nilai murni dlm diri anak anda. jgn dibuli dan diejek budak yg tak normal ni ye. mereka tak pandai nk mengadu..tak pandai bercerita..mereka tak pandai nk luahkan perasaan mereka. bukan salah mereka dilahirkan begitu.bukan salah ibubapa juga mereka dilahirkan begitu. Syukurlah ianya pemberian Allah yg Maha Esa. Tak pernah sekalipun menyesal dgn kurniaanNya. Moga terus diberi kesihatan dan kekuatan utk menjaga Aiman hingga ke akhir hayatnya....

2 comments:

meera said...

Assalamualaikum.. Ida, saya rasa aiman ni x byk bezanya dgn bdk Normal la. Mgkin dia lewat ckap je kot. Jgn risau aiman blh berdikari n boleh je lawan bdk2 lain klau kena buli pun. In sya Allah dia xkan prlukan perhatian yg lbih da, day by day dia akan mnjadi anak yg sgt hebat dan bijak.

Ina said...

Alhamdulillah Aiman makin maju. Bila rasa down slalu ingat Kak Ida n Aiman. Btw cakap bab buli. Adik umur 5 bulan ni pandai dah bergurau kasar. Tarik rambut Abang dgn rakusnya. Abang tu pun tahan jela sakit. Xreti nk lawan balik. Sian...