Terajin pulak nk share resepi donut ni. Haritu buat...lembut sgt donut ni. Saya ambik di sini. Terima kasih pd tuan punya resepi. Resepi ni saya uli guna breadmaker. Mmg sedap !
Donut Kentang
Bahan-bahan
500 gram tepung berprotein tinggi
50 gram susu tepung
11 gram yis kering
200 gram kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gram gula pasir
75 gram mentega/marjerin
½ sudu kecil garam
4 biji kuning telur
100 ml air sejuk dari peti ais
Cara-cara
Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula, susu tepung, yis dan digaul rata. Masukkan kentang halus, kacau rata dahulu sebelum dituang telur dan air sejuk. Uli hingga rata dan setengah elastik.Selepas itu, baru dimasukkan mentega dan garam, uli terus hingga menjadi elastik. Rehatkan selama 15 minit. Bahagi doh kepada 50 gram dan dibulatkan licin. Rehatkan lagi selama 15 minit sehingga mengembang. Buatkan lubang di tengah tengah dengan gerakan memutar dan segera digoreng dalam minyak sederhana panas sehingga berwarna kuning keperangan. Angkat dan toskan. Tabur dengan gula kaster atau hias dengan coklat.
No comments:
Post a Comment