Masa kat dlm sekolah tu ada budak nama Aiman jugak tp dh besar dh. Dia pandai bersilat. Buat bulatan dok ramai2 dan budak tu pun bersilat la. Tiba2 si Aiman faiz ni bangun gi silat jugak..hentam ikut suka dia je. Semua org gelak..mama apetah lagi kan. Lepas tu ada 2 lagi nyanyi buat gaya lagu head shoulder knees n toes..tiba2 Aiman faiz ni muncul buat sekali tanpa ada perasaan malu pun...hihi. Tapi mmg kanak2 autisme ni mmg diorg kurang perasaan malu iaitu berani..semua yg cikgu panggil suruh buat ape pun terus berdiri buat ape yg disuruh. Kalau budak normal tu kan mesti mcm takmo ke..malu ke kan. Diorg ni selamba je...
Bila tgk ramai2 ni dpt tgk la mcm2 karektor budak2 autisme ni. Ada jugak sorg tu perempuan umur 19 thn. Dia belajar kat kolej polytech mara kat sini..pun belajar kat nasom ni jugak. Ada yg sorg tu nama Aniq kot..dia pandai mengeja. Bila dia nmpk nasi..lepas tu dia ckp N A S I nasi..bila nampk apa2 pun nanti mesti dia eja. Pandai dan comel je :-) Ada yg sorg tu speaking english berabuk le..tp mmg tgk kebykannya cekap english..termasukla aiman. Aiman pun baru 2-3 hari ni baru pandai sebut merah,biru,hijau ni semua..sblm ni kalau tanya semua dlm english dia jawab.
Bila dh dekat maghrib tu mama balik rumah kejap..solat maghrib dulu..tengok irfan ok je terus gi sekolah balik. lepas tu mandikan aiman kat sekolah..semua pakt mandi kat sana budak2 ni..kan camping kan hihi..lepas tu dok sambung main la sementara yg lain sibuk bbq,msk..mama tolong pasang candle byk2 susun kat pagar. tapi tak lama kemudian si aiman faiz gi tiup semua..kuang kuang..org lain nyalakan balik dia gi tiup balik...ish ish...oh aiman. lepas tu aiman sampai masuk longkang dh..terus mama ckp nk balik..balik mandikan dia dgn mama sekali mandi..tengok irfan dh merengek2 dh nk susu..sekejap je lena dua2 budak niEsoknya nk balik penang tengok tok nek aiman irfan. Selain tu melawat sedara kat hospital...dptla budak2 ni naik feri. mam takdela jakun sgt sbb dh penah naik suatu masa dulu yg sgt dulu2 ;-p
Mlm ni ayah Aiman dan irfan naik flight dr london utk pulang ke japan. Moga selamat perjalannya.Amin. Hari Khamis ni akan terbang pulang ke Msia..dan jumaat tghari sampai la alor setar :-) minggu ni kena happy2 walaupun ada beberapa urusan penting anak2 nk kena uruskan. Esok mlm mama ada meeting sekolah aiman. Hopefully anak2 mama dok baik2 ye kat rumah nanti. Hari rabu pulak kena gi occupational therapy aiman kat hospital. Mama kena buat homework supaya nanti byk benda boleh tanya terapis tu :-) Sebenarnya kalau pergi meeintg PIBG tu mmg kena pakai baju kurung ke ye ;-p rase mcm nk pakai seluar je..malam2 ni malas nk berkurung2 ;-p harap tak pelik dr org lain dh la...mood nk melawa tu takde sbb nk simpan utk hari jumaat nanti hahahaha...
mlm ni jadi balik gatal mata,hidung meleleh2 ni. hmm rasanya sbb mkn seafood spaghetti kot ptg td..kena pantang mkn seafood la pulak ni. Masa dok jepun dulu mkn seafood ok je..tak jadi gini pun. nampaknya penyakit lama berulang kembali..sblm dok jepun dulu kalau mkn seafood mmg jadi mcm2..contohnya bengkak mata,mulut gatal ni jgn ckp la kan..mmg kena control bab ni huhu..moga ia tak menghalang kegembiraanku utk bercuti bersama yg tersayang nanti ;-)



No comments:
Post a Comment