Tuesday, February 12, 2013

Cerita cuti

Esok Aiman dah mula start sekolah kat nasom..cuti dh habis. cuma sekolah tmn awana je minggu depan baru start. So..letakla gmbr anak2 sepanjang cuti yg tak kemana pun ni


irfan yg melalak mintak kat mama "nak jalan nak giant" ditghri mmg mama tak layan le sbb panas la nk jln ditgh panas tu huhu....dah la mama gelap..makin gelap dh skrg ni sbb asyik berpanas

hari jumaat tu bawak la jugak jalan2. hari ahad..pakcik dgn makcik budak2 ni balik. so bawak la dirg keluar...anak2 main bowling...
aiman dgn sepupunya..asyik mewarna.. harini...bawak anak2 gi kenduri sedara..mau tak mau kena gi.
masuk je dewan dua2 lari dlm dewan..adusss...dah agak dah..so mkn la dgn rasa nk tercekik. cepat2 kena balik... sbb tu selalu mmg malas nk pegi kalau org ajak. bukan sbb tak sudi..tapi sbb susah nk handle anak2..dirg takleh dok diam sgt2...
dah 2 hari sakit2 badan ni..tensionnya. tak tau sbb apa. mungkin sbb dh meningkat usia kot huhu. ataupun sbb smlm tertido siang dlm 45minit je pun.lepas tu terus sakit badan lemah je sampai ke harini..so telanla panadol extend utk sakit urat dan sendi....harap2 ok la nanti..esok dh nk kelam kabut ms bekal hantar aiman semua...mama takleh sakit..mesti kena kuat..takmo susahkan org pasal anak2.selagi boleh buat sendiri mama nak buat sendiri semuanya....

Cerita Aiman...

Sebenarnya saya pun sayang nk tutup blog ni.. sbb dah lama n dah kongsi mcm2 kat sini. So, sambung cerita.....saya akan cuba update dr masa ke semasa supaya senang nanti saya nk check segala perkembangan anak2 kat sini :-)

Gambar Aiman masa dlm kelas kat nasom. Skrg Aiman masuk dlm kelas transisi..kelas persediaan utk masuk ke kelas aliran perdana. Tengok dia boleh je dok diam tgk cikgu. Hmm..harap2 ok lah...Kalau dia dapat masuk ke kelas normal..cikgu dari nasom akan jadi teacher aide (guru pengiring) sepanjang dia dalam kelas tu. Tu kelebihan bila ke Nasom. So..parents takyah risau psl anak dah.. Aiman pun dah start belajar guna abacus/sempoa. Harap2 dia cepat belajar...

Tengoklah betapa aktifnya dia kat rumah..semua nk panjat..tak dpt nak menolong la bab panjat memanjat ni. Mungkin sbb tenaga dia byk tak digunakan...mama pun letih sama dgn adik lagi. Takpela bagi je dia guna tenaga dia asalkan jgn bahaya sgt n mmg kena pantau selalu ape dia buat.

Aiman pakai necktie dan lencana tu mama baru je jahit kat baju dia..handsome mcm ayah ye :-) setakat ni ok la dia ke kelas khas di sk tmn awana tu. cikgu pun bagitau apa yg cikgu bagi dia boleh baca dan tulis..alhamdulillah...Setakat ni aiman dh ikut beberapa kali aktiviti luar kat sekolah..bowling..futsal dan berkebun kat sekolah..msk2 pun ade..buat dadih hehe...

situasi biasa time baru bangun tido hari gi sekolah. mmg mama akan sediakan air suam utk dia berendam. bagus sebenarnya sbb air suam ni bagi mood dia ok. Kalau pagi2 dh kena air sejuk yg mmg dia tak suke..confirm mengamuk..nk pakai baju nk mkn dan segala2nya mengamuk dan mama pun penat. so ambik jln yg selamat..bagi dia mandi cara yg dia suka. aiman mmg dah ajar mama byk perkara..so mama akan terus belajar memahami aiman :-) bila faham dia..semua akan jadi lebih mudah. moga semuanya mudah utk mama dan aiman ye...

sesekali buat aktiviti ringan kat rumah. weekend jela.hari biasa dia dh penat gi sekolah dari 7.30 pagi hingga 5 ptg..kesian la jugak kan.

Friday, February 8, 2013

Resepi : Apam polkadot

Mood baik mlm ni. Ni resepi apam ni saya selalu buat..ambik resepi ni dlm majalah saji. boleh la cuba buat corak yg disukai
140gm tepung gandum


1 1/2 sudu teh baking powder

110gm gula halus

75ml susu segar

2biji telur

1 sudu teh ovalette

inti : jem/kaya/krim choc/blueberry filling/kacang merah atau apa2 yg disukai

pewarna yg sesuai

mangkuk kertas



caranya

-pukul telur dan gula sampai kembang

-masuk tpg gandum,baking powder dan susu segar

-masuk ovalette.pukul guna mixer hingga betul2 gebu

-bahagikan adunan dan letak pewarna yg sesuai

-letak adunan dlm piping bag

-letak mangkuk kertas dlm acuan apam

-paipkan separuh adunan,letak inti dan paipkan lagi adunan,buat ikut corak yg disukai

-kukus selama 10-15min atau hingga msk dgn api perlahan

Tuesday, February 5, 2013

Mari jamu mata dgn masakanku...

Sejak Aiman sekolah ni..mmg tiap2 hari kena masak bekal utk dia. Utk lunch dan minum petang. So mama memang sgt sibuk skrg...






 ada kesempatan ajak aiman buat roti. dpt dia buat berjenis2 roti dgn bantuan mama...
 yg ni mama buat utk aiman..apam mcm2 jenis..angry birds space kegemaran aiman pun ade :-)
 minggu lepas berkesempatan jadi cikgu masakan di nasom..buat makizushi dan mufin coklat. harini buat bread pudding...setiap selasa dan rabu ajar masak..tolong bagi arahan je..ajar diorg buat...nk tolong duit tak berapa mampu..so tolong tenaga pun ok kan

ok la..harini sgt letih...lain kali sambung lagi....terfikir jugak ni..ada ke org bace blog ni?? pernah terfikir rasa nk close je sbb tak sempat nk update selalu..tapi sayang sbb mcm2 dh ada kat sini. hmmm..nanti fikir lagi....

Thursday, January 17, 2013

Aiman oh Aiman

Semenjak start sekolah ni...saya sgtla sibuk. badan pun letih. pagi hntr aiman gi sekolah..balik rumah terus msk bekal lunch n minum ptg dia..msk jugak utk org kt rumah ni sama. pukul 12.30 gi hntr beg aiman kat nasom dan ambik aiman kat sekolah dan hntr ke nasom. aiman mandi n mkn kt nasom. dulu bwk dia blk rumah mandi mkn kt rumah tp dia mengamuk takmo gi tu hntr terus lg baik. ulang alik sana sini naik moto.nasib tak jauh mana. at least saya tak kacau masa org.anak saya..biar saya uruskan sendiri lebih baik. senang n cpt ye naik moto ni. teringat zmn bujang gi keje kt sri hartamas naik moto jgk hari2.

Jumaat lepas saya sempat ke Seminar kesedaran Autisme di hospital sultan abdul halim Sg Petani. Saya bawa Aiman sekali sbb takut org takleh nk handle dia bila dia cari saya. Irfan terpaksa tinggal dgn tokwan dan maktok. Sbb hari Jumaat serba salah nk tinggal dua2 sekali sbb nanti tokwan nk gi solat jumaat kan..kesian maktok pulak. Aiman cikgu tengokkan..dptla saya join seminar tu kat dlm auditorium tu. Kami pun pergi dgn cikgu Aiman.
Bila dgn cikgu dia ok je. ikut je cikgu .boleh pulak dok diam. Bila dgn mama...siap guling2 atas lantai. So kesimpulannya dr mula sampai habis seminar mama tak dok dekat aiman pun hihi. Tengok je dr jauh..pandai je dok diam dgn cikgu. Sblm balik rumah kami singgah di Amanjaya Mall..pun cikgu yg jln dgn dia..hihi. On the way nk balik tu..Aiman lena dlm kereta cikgu.

Bila dpt join aktiviti camni..barulah terbuka mata ni..dpt dgr cerita pengalaman org lain besarkan anak istimewa mereka.... dpt byk info baru juga. Semenjak balik Msia ni otak mmg kena sentiasa berfikir mcm2. Dulu masa dok jepun..kurang guna otak utk benda2 mcm ni ;-p
Aiman masa gi speech therapy baru2 ni. Speech therapy kata aiman semakin ok. Sesuai dgn umur dia 6thn sebulan dia dh boleh baca sukukata melayu..english words..boleh buat penambahan sama je mcm budak normal yg sama umur dgn dia. Cumanya speech dia je tak sama dgn mereka. Dari segi lain..dia boleh belajar mcm budak normal lain. Speech therapist nk suruh org dr jabatan pendidikan dtg observe aiman kat sekolah. nak tengok sama ada dia boleh masuk kelas normal atau tak.tapi mama takmau lagi buat masa skrg. Sbb dia baru nk sesuaikan diri dgn kelas n sekolah tu.risau pun ye jugak. sbb kalau kelas khas tu diorg ada pembantu yg boleh tolong budak2 ni. haiii..peningla pk ni...byk dgr cerita budak2 autisme yg dibuli bila berada dgn budak normal. kesian dan sedihhhh huhuhu.

oleh itu saya menyeru ibubapa semua sila lah tanamkan nilai murni dlm diri anak anda. jgn dibuli dan diejek budak yg tak normal ni ye. mereka tak pandai nk mengadu..tak pandai bercerita..mereka tak pandai nk luahkan perasaan mereka. bukan salah mereka dilahirkan begitu.bukan salah ibubapa juga mereka dilahirkan begitu. Syukurlah ianya pemberian Allah yg Maha Esa. Tak pernah sekalipun menyesal dgn kurniaanNya. Moga terus diberi kesihatan dan kekuatan utk menjaga Aiman hingga ke akhir hayatnya....

Wednesday, January 16, 2013

Holiday @ Langkawi

25-27 december 2012 lepas kami berempat ke Langkawi lagi. Mengapa jadi pilihan..sbb dekat dan senang nk gi. sepjg perjlnan aiman ok sgt.irfan je mengamuk takmo naik feri.aiman mmg senang bwk jln jauh.maybe dia dh biasa dr kecik kami usung dia merata negara dan negeri.

sampai jeti simpan beg.terus gi taman lagenda.okla cuma xlarat nk jln habis sbb panas.kalau gi ptg ok kot. lepas tu ambik teksi terus check in kay bella vista resorts n spa. hubby ambik junior suite.syok la ank2 bilik luas.explore merata. ptg tu gi bwk ank2 mandi kt pool dan gi booking spa utk mama.ambik pakej white rose.malay traditional massage,sea salt full body scrub, detox foot massage. fuh lega.

esok pagi ambik teksi gi wildlife park tgk binatang.lps tu gi pantai pasir hitam dan oriental village.lps tu blk hotel rehat.ptg tu ambik teksi dan terus ke pantai cenang utk mandi laut.ayah dgn aiman je mandi.irfan tdo dlm khemah.esoknya kami pun blk rumah. last holiday utk thn 2012 :-)

Monday, January 7, 2013

Bila si ayah pulang bercuti

Seronok bila dpt bawa anak2 keluar sama2. sempat jugak buat passport aiman. free sbb aiman ada kad oku. agak susah nk ambik gmbr dia.sbb tak dok diam..buat mulut angry birds la...siap buat peace tu paling tak tahan hihi..

terima kasih hubby sbb bwk kami jln2.sempat jgk blk gerik kejap. mlm smlm timbang berat badan. wow..naik sgt byk ye. so..hubby kata kalau turun 1kg dpt 1man yen.tapi dlm masa setahun kena maintain lepas turun berat baru dpt duit haha.so kena turun 10kg la gini..baru leh dpt 10man yen..hahaha.nk turun 1kg pun nk pengsan huhu. insyaAllah akan diusahakan demi utk kesihatan diri dan demi utk kecantikan dimata suamiku..huhu...