Tuesday, February 12, 2013

Cerita Aiman...

Sebenarnya saya pun sayang nk tutup blog ni.. sbb dah lama n dah kongsi mcm2 kat sini. So, sambung cerita.....saya akan cuba update dr masa ke semasa supaya senang nanti saya nk check segala perkembangan anak2 kat sini :-)

Gambar Aiman masa dlm kelas kat nasom. Skrg Aiman masuk dlm kelas transisi..kelas persediaan utk masuk ke kelas aliran perdana. Tengok dia boleh je dok diam tgk cikgu. Hmm..harap2 ok lah...Kalau dia dapat masuk ke kelas normal..cikgu dari nasom akan jadi teacher aide (guru pengiring) sepanjang dia dalam kelas tu. Tu kelebihan bila ke Nasom. So..parents takyah risau psl anak dah.. Aiman pun dah start belajar guna abacus/sempoa. Harap2 dia cepat belajar...

Tengoklah betapa aktifnya dia kat rumah..semua nk panjat..tak dpt nak menolong la bab panjat memanjat ni. Mungkin sbb tenaga dia byk tak digunakan...mama pun letih sama dgn adik lagi. Takpela bagi je dia guna tenaga dia asalkan jgn bahaya sgt n mmg kena pantau selalu ape dia buat.

Aiman pakai necktie dan lencana tu mama baru je jahit kat baju dia..handsome mcm ayah ye :-) setakat ni ok la dia ke kelas khas di sk tmn awana tu. cikgu pun bagitau apa yg cikgu bagi dia boleh baca dan tulis..alhamdulillah...Setakat ni aiman dh ikut beberapa kali aktiviti luar kat sekolah..bowling..futsal dan berkebun kat sekolah..msk2 pun ade..buat dadih hehe...

situasi biasa time baru bangun tido hari gi sekolah. mmg mama akan sediakan air suam utk dia berendam. bagus sebenarnya sbb air suam ni bagi mood dia ok. Kalau pagi2 dh kena air sejuk yg mmg dia tak suke..confirm mengamuk..nk pakai baju nk mkn dan segala2nya mengamuk dan mama pun penat. so ambik jln yg selamat..bagi dia mandi cara yg dia suka. aiman mmg dah ajar mama byk perkara..so mama akan terus belajar memahami aiman :-) bila faham dia..semua akan jadi lebih mudah. moga semuanya mudah utk mama dan aiman ye...

sesekali buat aktiviti ringan kat rumah. weekend jela.hari biasa dia dh penat gi sekolah dari 7.30 pagi hingga 5 ptg..kesian la jugak kan.

1 comment:

meera said...

Assalam... Saya mmg slalu masuk blog akak tau, mmg salutelah dgn kerajinan k ida wat keje umah n mmbesarkan anak2 tnpa prtolongan encik suami. Seramnye tgk aiman buat stunt show tu.. Hehhee. Plss update slalu kak, pendek2 pun xpe.