Thursday, April 11, 2013

Kisah Aiman :-)

Salam semua. Mama tak pernah jemu bercerita tentang Aiman. Mmg berblog ni pun supaya..mama boleh tau progress Aiman mcmana. Boleh semak n tengok dari post yg lepas2 :-)

Dalam gmbr ni..Aiman belajar tengok jam. Tak berapa cekap lagi. Mungkin kena selalu buat. Kalau mcm pukul 11..10 tu dia mcm nk faham dah..kalau minit ni lambat sikit.takpela..practise make perfect kan...tak perfect pun takpe..asalkan boleh sudah...
Aiman jugak dah makin cekap bila buat maze activities. dulu masa mula2 introduce kat dia...dia tak faham. lama2 dia dh boleh buat yg kecik2...skrg yg mencabar n besar pun dia dh boleh buat. Bagus sebenarnya maze ni utk kordinasi tgn mata dan otak. mama beli yg boleh padam balik..guna whiteboard marker tu..lain kali boleh buat lagi..

5hb lepas kot. Kaki Aiman jatuh dlm lubang toilet..tergelincir. Tak dok diam sgt sampai tergelincir..nasib mama ada kat situ n pintu mmg tak kunci. Syukur sbb cuma luka je kaki..tak patah ke ape..huhu. Aiman ni selalu buat mama panik. Terus mama angkat dia dan dia terus lari masuk bilik dgn kaki yg berdarah2 sepanjang jln..penat mama lap. Mama cuma cuci dan letak ubat luka. Sbb tengok dia masih boleh lari. Bila malam tu dia dah tidur mama sapu minyak kat kaki dia sbb takut dia sakit ke ape. Rasanya ni kejadian ketiga kot yg terkejut mcm ni. 2 yg sebelum ni kat jepun. Kalau yg pernah baca blog ni dulu..Aiman pernah terbalikkan tv jatuh atas lantai..tv yg gedabak besar tu.nasib tak timpa dia. lagi satu dia panjat dan jatuh kena bucu kat dagu...berdarah2 sampai kena jahit dan kami 3 beranak naik ambulans ke hospital...huhu. Sbb tu tak boleh terlepas pandang kalau dgn Aiman.
Walaupun dia aktif mcm tu...mama nk puji jugak la. Aiman ni tak pernah ada masalah nk bangun pagi. Kalau pukul 5pagi sekali pun..mama cuma tepuk panggil nama dia dan buka seluar baju dia..pegang dia dan dia bangun. Takde mengamuk ke ape. Takde jugak mslh nk berus gigi ke..nak gunting rambut ke ape. Sbb kanak2 autisme ni diorg byk masalah sensori dan suka tantrum. Tapi alhamdulillah la Aiman takde semua tu. Susun2 benda pun takde. Cuma dia byk mslh dgn speech je. Tu pun dah ok sikit skrg ni.
ni lukisan Aiman haritu. dah nmpk la sikit rupa dari dulu langsung tak faham ape...
semalam mama pegi review psl aiman kat nasom. Alhamdulillah byk yg ok2 je. ada satu perubahan yg mama rasa lega sgt. Sblm ni aiman mmg tak reti tulis atas baris elok2. dia tulis guna 3baris sekali..besar2 dan senget benget. kat sekolah pun cikgu ada bgtau mslh ni. mama pun perasan jugak.so minggu lepas mama baru try buat mcm ni kat dia. mama warnakan baris tu selang seli dgn highlighter kaler kuning. dan suruh aiman tulis atas baris yg takde kaler. mama cuma cakap "yellow takboleh".kena guna ayat pendek dan perkataan yg dia faham.dia pun ulang dan ckp yellow takboleh. mama tulis perkataan2 yg dia suka mcm..lift..basement..parking...aras 1 aras 2 toilet. semua dia tiru n tulis mmg tak kena bahagian kuning tu. lepas tu terus bagi dia kertas garis tu tanpa kaler warna kuning.nmpk mcm tak keluar garis dah.
masa pegi review smlm cikgu tunjuk buku dia dan beritau yg aiman tulis dah ok dlm minggu ni.mama tgk dari mula buku tu mmg besar2 tulisan dia.tiba2 je dlm minggu ni tulisan semua elok atas barisan. rasa mcm "dlm hati ada taman" :-)))) rasa mcm berkesan teknik yg mama guna tu. so.dgn senang hati share kat sini kalau2 ada yg alami masalah tu.tapi sebenarnya ikut kesesuaian anak jugak.kena pandai try n error.
bab baca semua ok dh.start umur 3thn dia dh mula baca perkataan2 pendek. cikgu pun kata dia boleh baca.cumanya bila bab nk ajar psl emotion ni dia takmo bagi kerjasama sbb takut dgn rupa sedih..marah semua tu.tgh cari cara yg sesuai cemana nk bagi dia faham. pening ye nk kena fikir cara yg sesuai. kalau anak normal cara biasa sudah cukup.tapi yg special ni kena guna cara special jugakla..hmmm.bab sosial main dgn kwn2 dia ok cuma dia tak berapa reti bab ckp ni.masih belum faham cara nk main hide n seek ni semua.dia cuma ikut org je.
aiman ni nmpk mcm minat masak memasak ni.dia selalu rela hati nk tolong masak.kdg2 dia yg ajak :-)
tu je cerita aiman setakat ni....mama kena byk tmbh ilmu lagi ni utk ajar aiman mcm2....ganbarimasu.....

Sunday, April 7, 2013

Bila dah dapat lesen memandu....

Gambar ihsan dari google
Sejak pertghan bulan 2 haritu..saya sudah mengikuti kelas memandu. Kena dgr ceramah..dan belajar memandu kereta. lepas tu kena belajar memandu kereta selama 8jam. terasa sgt sikit masa tu sbb dgn zero knowledge psl kereta ni kan. tapi alhamdulillah boleh la jugak bawak. 1st time kena drive tu..cikgu tu tanya.."datang naik apa ni" saya kata naik moto. "ohh berani dia kata". Terus dia ckp..jomlah kita bawa kereta keluar dari sini..bawa kat jalanraya.  dah biasa kan kat jalan raya. fuyooo....hahahaha. Ntah kemana2 pergi..sampai ke airport ke jab imigresen..dah la saya tak tau jln.

Hari2 seterusnya belajar parking dan bukit semua. Cuma masalah bagi saya ialah nak ingat 3 laluan yg akan disuruh oleh jpj nanti. Sebab saya bukan org alor setar. Dah sah2 bab2 jln ni mmg tak reti. cikgu pun kata..kalau org luar mmg selalu mslh bab jln ni sbb tak biasa. so..saya lalu jalan2 tu dgn moto supaya ingat. bila bwk kereta tak sempat nk tgk jln sgt hahahaha. Tapi alhamdulillah..walaupun saya kena ambik test 2 kali..tapi dpt la lesen jugak. kecuaian saya ialah lupa nak release handbrake yg menyebabkan saya fail..huhu. parking dgn bukit lulus pulak. sayang sekali kan. tapi saya percaya semua tu rezeki masing2.bile gabra n takut mcm2 boleh jadi kan. mcmn ni lah bila umur dah tua baru nk ambik lesen.

dulu masa 20-an tak sempat gak nk ambik..sempat ambik moto je lepas tu dpt masuk matriks terus tak ambik.belum grad lagi..tgh final exam dah dpt keje. bila dah keje lagi la takde masa.weekend jela.lepas tu ade org ajak kawin pulak. nak kawin ke nk ambik lesen.dua2 nk pakai duit..hahaha. so dah anak 2 baru la ade kesempatan. tu pun sbb balik dulu dan irfan pun dah berenti bf.so boleh tinggal dia bila2 masa takde masalah dah :-)

Tapi agak mencabar hari ambik test kedua tu sbb hari yg sama hubby balik ke jepun. nangis puas2 masa naik moto gi test tu..huhu. Alhamdulillah lulus jugak...dan lesen saya takyah guna P...sebab lesen moto mmg takde P. Tapi saya tetap beli huruf P tu ;-p Hubby pun happy sampai terus masuk duit utk byr downpayment kereta. skrg tgh tunggu loan aprrove. lambat jugak ye.payah jugak pun ye sbb tak guna nama kami berdua huhu..sabar jela menunggu. tak tau lepas ke tak.. kereta kecik saje. nama pun kereta kedua.kereta pertama yg kat jepun tula.mana boleh lawan keta bos hahahaha.. moga loan tu approve dan dpt kereta cepat. bukan apa..kalau hujan ke saya takyah susahkan org utk uruskan aiman.tu je sebenarnya tujuan ambik lesen. sekian kisah saya mendapat lesen.

Wednesday, April 3, 2013

World Autism Awareness Day

Bulan ni April adalah bulan kesedaran autism.  Moga masyarakat makin sedar  dan tahu tentang autism. InsyaAllah dlm bulan ni jugak..akan ada program psl ni 20hb ni kat alor setar ni. Mama dan Aiman pun akan join sama. Sibuk jugak ikut gi meeting psl program ni. Harap berjalan lancar. Nanti saya kongsikan buat semua yg berminat nk join :-)

Buat anakanda Aiman..mama sentiasa menunggu ayat2 yg keluar dr mulutmu..walaupun hanya berkata "aiman kentut busuk" ..ayat tu betul dan kena sbb mmg dia kentut ..baru je dengar sebentar tadi ;-p siang tadi pun dia marah mama sbb nk tinggalkan dia masa naik motot sbb dia lambat sgt nk jln gi kat moto. saja acah nk tinggalkan dia. Aiman kata "nanti dulu la" "amboi" ;-p Tadi aiman pukul irfan.irfan nagis dan kata "syakit..nak ubat..nak hospital". lepas tu aiman sambung..."pi KMC..cucuk irfan". mama tak tahan nk gelak ;-p KMC tu kedah medical centre :-)

Tu saje utk harini......

Saturday, March 30, 2013

Jalan2 KL Part 2

Pagi2..breakfast dulu kat hotel. Aiman ok sgt. Dia boleh dok setempat masa mkn..masa dinner mlm tu pun dia dok kat tempat dia jugak :-))) mkn ptg tu pun gitu jugak...
 Lepas tu kami terus ke Petrosains...


 Aiman dan irfan takut kat dinosour nih. Menjerit2 lari dua2..hahahaha

 lepas ni kami bwk masuk tgk 3D movie psl dinosour. Dok diam je dua2..cuma Aiman la menjerit takut takut bile sampai scene yg menakutkan tu hihi...pandai jugak dia luahkan perasaan dia :-)
Habis jln2 kami terus ke rumah paksu aiman irfan..tengok baby baru...lepak 3-4jam..dan terus kami ke LCCT utk teruskan perjlnan balik alor setar....Percutian yg memenatkan sebenarnya sbb singkat sgt masa. Tak sempat nk berkunjung spa massage2 pun...Lain kali kena gi tempat2 yg tenang utk berehat n takleh 1mlm mcm ni..penat badan..nk mengemas pun penat huhu. Takpela. Lagi 63hari dia pulang lagi.

Tercapai jugak la impian nk bawak anak2 naik aeroplane lagi. Boleh handle je lagi setakat sekejap mcm tu. Kalau pegi ke jepun pun..kalau flight malam beranilah kot sbb time tido anak2 :-) kalau siang..tak berapa nk beranilah sbb takut diorg bosan...hehe. Irfan skrg ni pun pantang nmpk selimut airasia yg kaler merah tu..mesti sebut nak naik aeroplane. mama ingat dia takut huhu....

Friday, March 29, 2013

Jalan2 KL Part 1

Lambat pulak dpt update ni. Hmm cuti2 sekolah ni asyik berebut dgn Aiman je. Tak syok nk update guna hp kecik tuu...

Masa kat KL kami dok kat Corus Hotel...berdekatan dgn KLCC. jalan kaki je dari stesen KLCC tu. Mmg tepat pilihan hubby hotel ni. Selesa sangat...


 


 view dari bilik pun mmg nmpk la twin tower ni
 dah check in..kami solat dulu. Dalam pukul 2.30 tu terus ke Aquaria..bawak anak2 tgk ikan. Irfan lena kejap...Mama pun tak pernah dtg sini...padahal dulu dok kl bertahun2.Tapi rasanya mcm dulu tu takde lagi kot. last dok kl bln8 2005..lepas tu kawin terus terbang ke jepun.

 dah habis gi aquaria. jumpa paklong n maklong aiman irfan..dgn 2 org sepupu mereka. abg n kakak ipar mama lah kiranya. dulu mama dok dgn diorg la masa kerja dulu. bawak anak2 kami main kat tmn klcc tu.

 dekat nk maghrib kami balik hotel...solat n tunggu pakcik n makcik aiman irfan dtg. adik kpd ayah aiman irfan pulak. kami gi dinner kat cyberjaya. tengok2 lampu sekali. ohh dh semakin membangun.lamanya mama tak dtg kl

masa 16hb tu mcm2 kenderaan kami 3beranak naik. dari rumah naik kereta..naik aeroplane..naik bas...naik train dan jln kaki..hihi. Satu yg mama perasan bila naik train ialah...dah pakai token dh skrg. sungguh jakun rasanya...masa tahun 2005 dulu pakai kertas tu je hihi. Nmpk sgt mmg lama sgt tak dtg kl ;-p

part 2 bersambung kemudian.....

Sunday, March 24, 2013

Anak2 naik aeroplane...

16hb lepas mama bawa anak2 naik aeroplane...utk bertemu ayah mereka di lcct :-) Awal2 tu risau jugak takut takleh handle. maklumla mama sorg n anak2 hero2 belaka. Seperti yg dijangka..Aiman mmg ok sepanjang perjlnan. Dari mula sampai airport sampai masuk dlm flight dia ok. Byk dia tolong mama. Mama suruh dia pimpin tgn irfan. Dia pun pegang la tgn adik dia sampai la kat seat kami. Masa nmpk aeroplane tu..irfan dh excited nak naik tangga dh. mama tgh nak lipat stroller letak kat tangga tu. Aiman terus jerit "irfan nanti" terus dia tarik adik dia. Masa dlm plane pun irfan takm pakai seatbelt.Aiman jugak yg jerit.."amboi ni..pakai tali" Irfan pun ok la jugak. cumanya dia takmo dok kat seat dia. mau dok atas riba mama saje.ok la tu asalkan tak jerit sudahla. lepas tu berebut nk tgk kat tingkap...bergaduh la jugak kejap 2 beradik ni..agak pening mama.nasib 50minit je ye haha.






 sampai kl jumpa ayah mereka dan terus kami simpan beg si ayah yg besar gedabak itu. kami ambik bas ke klsentral. sampai sana kami naik train ke klcc..dan terus jln kaki skit utk ke Corus hotel.

gmbr di atas masa nk balik alor setar dah.duuk la mereka bertiga..mama dok jauh sikit..tak pening haha...cerita cuti2 akan menyusul kemudian...

Thursday, March 7, 2013

Bunga2 cinta :-)

Terasa di awang awangan bila tgk gmbr dibawah ;-p walaupun jauh beribu batu..cinta itu masih ada..jauh2 gini mmg feeling mcm org bercinta ok..betul tak tipu punya :-) mmg tu tulisan dia hehe. last week si dia ke okinawa..holiday bersama bos dan kwn2 ofis..semestinya lah company yg tanggung kan. dulu masa belum kawin dpt yg snow..besar pulak tu..ni dah kawin kecik la kan ..tp takpe yg penting ikhlas dari hatimu ;-p
 cantik kan air lautnya jernih sampai nmpk yg dlm tuu..
 saya dh boleh start countdown dah rasanya..9 hari je lagi si dia mau pulang. Kali ni berbeza sikit sbb dia akan tunggu kami kat airport kl. Saya akan bawa anak2 naik flight dari alor setar ke kl...jumpa ayah mereka di sana. harap2 anak2 behave nanti.risau jugak walaupun hanya 50minit saja. Aiman takde masalah rasanya sbb gi mana n naik apa pun selalu aiman ok walaupun dia special. saya risaukan irfan je. rekod yg tak bersih la irfan ni. naik feri pun melalak sejam takmo feri takmo feri. masa 1st time bawak dia naik flight dr jepun ke sini pun..6jam perjalanan tu..ada la 4jam kot melalak..fuhhh. satgi di buat peghak lagi...glamer la mama atas flight nanti. moga dipermudahkan urusan nanti. saja nk bawak anak2 jln kat kl disamping nk tgk anak buah baru.

so persiapannya...dah buatkan tart nenas kegemaran hubby yg dia request...dptla 2 balang setgh..yg setgh tu dh lenyap kena mkn.irfan suka sgt.
 ada buat donut n karipap daging frozen jugak. murtabak dgn roti canai belum buat lagi. harap2 dpt curi masa buat semua tu nanti.
moga hatiku terus tabah. 10hb ni ada sesuatu yg sgt besar utk saya lalui. doakan saya ye