Salam semua. Mama tak pernah jemu bercerita tentang Aiman. Mmg berblog ni pun supaya..mama boleh tau progress Aiman mcmana. Boleh semak n tengok dari post yg lepas2 :-)
Dalam gmbr ni..Aiman belajar tengok jam. Tak berapa cekap lagi. Mungkin kena selalu buat. Kalau mcm pukul 11..10 tu dia mcm nk faham dah..kalau minit ni lambat sikit.takpela..practise make perfect kan...tak perfect pun takpe..asalkan boleh sudah...
Aiman jugak dah makin cekap bila buat maze activities. dulu masa mula2 introduce kat dia...dia tak faham. lama2 dia dh boleh buat yg kecik2...skrg yg mencabar n besar pun dia dh boleh buat. Bagus sebenarnya maze ni utk kordinasi tgn mata dan otak. mama beli yg boleh padam balik..guna whiteboard marker tu..lain kali boleh buat lagi..
5hb lepas kot. Kaki Aiman jatuh dlm lubang toilet..tergelincir. Tak dok diam sgt sampai tergelincir..nasib mama ada kat situ n pintu mmg tak kunci. Syukur sbb cuma luka je kaki..tak patah ke ape..huhu. Aiman ni selalu buat mama panik. Terus mama angkat dia dan dia terus lari masuk bilik dgn kaki yg berdarah2 sepanjang jln..penat mama lap. Mama cuma cuci dan letak ubat luka. Sbb tengok dia masih boleh lari. Bila malam tu dia dah tidur mama sapu minyak kat kaki dia sbb takut dia sakit ke ape. Rasanya ni kejadian ketiga kot yg terkejut mcm ni. 2 yg sebelum ni kat jepun. Kalau yg pernah baca blog ni dulu..Aiman pernah terbalikkan tv jatuh atas lantai..tv yg gedabak besar tu.nasib tak timpa dia. lagi satu dia panjat dan jatuh kena bucu kat dagu...berdarah2 sampai kena jahit dan kami 3 beranak naik ambulans ke hospital...huhu. Sbb tu tak boleh terlepas pandang kalau dgn Aiman.
Walaupun dia aktif mcm tu...mama nk puji jugak la. Aiman ni tak pernah ada masalah nk bangun pagi. Kalau pukul 5pagi sekali pun..mama cuma tepuk panggil nama dia dan buka seluar baju dia..pegang dia dan dia bangun. Takde mengamuk ke ape. Takde jugak mslh nk berus gigi ke..nak gunting rambut ke ape. Sbb kanak2 autisme ni diorg byk masalah sensori dan suka tantrum. Tapi alhamdulillah la Aiman takde semua tu. Susun2 benda pun takde. Cuma dia byk mslh dgn speech je. Tu pun dah ok sikit skrg ni.
ni lukisan Aiman haritu. dah nmpk la sikit rupa dari dulu langsung tak faham ape...
semalam mama pegi review psl aiman kat nasom. Alhamdulillah byk yg ok2 je. ada satu perubahan yg mama rasa lega sgt. Sblm ni aiman mmg tak reti tulis atas baris elok2. dia tulis guna 3baris sekali..besar2 dan senget benget. kat sekolah pun cikgu ada bgtau mslh ni. mama pun perasan jugak.so minggu lepas mama baru try buat mcm ni kat dia. mama warnakan baris tu selang seli dgn highlighter kaler kuning. dan suruh aiman tulis atas baris yg takde kaler. mama cuma cakap "yellow takboleh".kena guna ayat pendek dan perkataan yg dia faham.dia pun ulang dan ckp yellow takboleh. mama tulis perkataan2 yg dia suka mcm..lift..basement..parking...aras 1 aras 2 toilet. semua dia tiru n tulis mmg tak kena bahagian kuning tu. lepas tu terus bagi dia kertas garis tu tanpa kaler warna kuning.nmpk mcm tak keluar garis dah.
masa pegi review smlm cikgu tunjuk buku dia dan beritau yg aiman tulis dah ok dlm minggu ni.mama tgk dari mula buku tu mmg besar2 tulisan dia.tiba2 je dlm minggu ni tulisan semua elok atas barisan. rasa mcm "dlm hati ada taman" :-)))) rasa mcm berkesan teknik yg mama guna tu. so.dgn senang hati share kat sini kalau2 ada yg alami masalah tu.tapi sebenarnya ikut kesesuaian anak jugak.kena pandai try n error.
bab baca semua ok dh.start umur 3thn dia dh mula baca perkataan2 pendek. cikgu pun kata dia boleh baca.cumanya bila bab nk ajar psl emotion ni dia takmo bagi kerjasama sbb takut dgn rupa sedih..marah semua tu.tgh cari cara yg sesuai cemana nk bagi dia faham. pening ye nk kena fikir cara yg sesuai. kalau anak normal cara biasa sudah cukup.tapi yg special ni kena guna cara special jugakla..hmmm.bab sosial main dgn kwn2 dia ok cuma dia tak berapa reti bab ckp ni.masih belum faham cara nk main hide n seek ni semua.dia cuma ikut org je.
aiman ni nmpk mcm minat masak memasak ni.dia selalu rela hati nk tolong masak.kdg2 dia yg ajak :-)
tu je cerita aiman setakat ni....mama kena byk tmbh ilmu lagi ni utk ajar aiman mcm2....ganbarimasu.....
1 comment:
Hye ida.. X jemu jgk baca ur post about aiman yg Hansem ni. I pun mcm xcaye je aiman autisme, rasa mcm normal kids je yg.sebaya. aiman. Speech tu ada jgk bdk yg smpai bsr pun x pndai brcakap. Tp u n ur family mmg hebat sis byk btul brkorban demi anak2.
Post a Comment