15/3 bawa Aiman gi speech therapy. Seperti yg mama jangka kan mmg aiman takmo bagi kerjasama langsung dgn terapis tu huhu. Maybe sbb 3bulan sekali..baru 2kali jumpa puan tu pun. Mama tanya pun aiman takmo jwb..mmg dia kunci terus mulut dia. Pergi occupational therapy ok je dia dgn terapis tu..hmm aiman ni memilih le..ke nak kata terapis tu tak pandai tackle aiman pun mcm iye jugak...hmmmm...mama cuma tanya2 dan dptkan tips sebyk mungkin utk praktis kat rumah.takpela aiman..nanti mama jadi speech therapist aiman hihi. setakat ni pun byk dh aiman ckp. paling mama suka kalau kat luar dr rumah pun aiman dah bagitau mama kalau nk gi kencing..dan harini mama happy sbb aiman dah mau masuk toilet lain selain dr rumah..haritu dia memilih takmo masuk..adusss....nasib dh ok :-)
Dah habis speech therapy kami gi playgroup kat bahagian occupational therapy. Ramai jugak yg join..tapi tak semua autisme mcm aiman..ada mcm2. Ada diberi penerangan psl sensory integration. Mula2 ada buat aktiviti uli2 tepung..diorg letak gam campur tepung suruh uli. Muka aiman dah pelik sbb benda tu melekat2 kat tgn dia. Dia mmg tak suke benda2 lekat kt tgn..kalau basah pun dia tak suke.
Lama2 muka dia dh lain..dan terapis aiman tolong gantikan mama. Aiman semakin tak selesa dgn tangan dia..sampai dia jerit2 mama mama..mengamuk2 dan menangis. Mmg tgn dia sgt sensitif. Sbb tu diorg buat aktiviti mcm ni..nk meransang tgn anak2.Budak sebelah aiman tu pun muka pelik dah masa dok uli. Terapis aiman kata tgn aiman ni hypersensitive. So kena selalu rangsang...sbb tu aiman ada masalah dgn fine motor skills dia.
mama suka la dgn terapis OT aiman ni. Aiman pun suka dia..penerangan dia pun senang paham
Akhirnya basuh tgn aiman baru dia ok dan dia masuk dlm main benda lain. Budak2 lain semua buat habis ;-p lepas tu aiman gi tengok budak2 lain dok uli lepas tu dia kata "eiii" hahahaha...


4 comments:
kita dh refer ihsan ke hospital. tp haritu byk soal jwb dgn doctor aje. xde buat assessment pun. jmpa pn dgn pakar kanak2 je. bknnya dgn pakar kanak2 specialist neurology. doctor suruh ajar sndiri kt rmh. bln 6 ni br dia nk tgk blk perlu ke tak buat assessment dgn neurologist. susahnya la hai nk mintak check. tp mcm mana nk ajar nya pn xtau huhu. kalau akak xkeberatan boleh share apa aktivity2 yg aiman dok buat. boleh kita tiru2 cuba buat di rumah. atau ada mana2 website ke apa ke yg akak refer kalau boleh share. tq kak ye. tp kalau xboleh xpe kita paham. kot confidential ke apa ke :)
ina>>>>kalau tanya akak nk ajar ape akak pun tak tau nk jawab.takde ape yg confidential pun.ihsan mmg ada tanda2 autisme ke?kalau betul2 nk assesment..boleh pegi kat NASOM kiwanis..kat sana diorg boleh buat assesment terus dlm sehari.nanti ina email akak atau add kat fb ye boleh cerita panjang zaidatul_81@yahoo.com
setakat ni kami suspect ihsan ada speech delay je sket. selain drpd tu rasanya normal insyaAllah. xnmpk pn mcm tanda autisme. tp wallahualam la sbb kita pn bkn pakar kan. sbb tula nk buat assessment tgk betul ada speech delay ke atau lebih drpd tu ke kan. bukanlah nk mendoakan anak yg xelok. tp kalau anak perlukan bantuan lebih baik kita kesan n bantu awal2. kdg2 masalah kecik kan. tp kalau xbantu boleh jd masalah besar. haritu jmpa paed agaknya lepas soal jwb dia rasa mcm ihsan ni jns berckp lambat/malas sket. sbb tu dia xrasa urgent kot utk buat assessment huhu. ok tq kak nnt kita add kt fb la ye.
salam ida..lama tk berblog..hai sangat rindu kt awak semua..saat bersama2 dlu..
saya doakan semoga segala urusan awak sentiasa dipermudahkanNYa..insyaLLAH ..awak mama yg kuat semangat ida...take care dear!
Post a Comment