Harini Aiman ada appointment Occupational therapy (OT) kat hospital. Betapa tak dok diamnya dia sementara tunggu turn. Nasib baik la mmg tunggu tak lama sbb mmg masa dh tetapkan sama dlm kad aiman tu.
Kalini Aiman takmo masuk. Selalunya dia rela hati nk masuk bila nmpk cik norhayati tu. Mama rasa maybe sbb last jumpa cik tu yg masa buat aktiviti sensory integration yg Aiman kena uli tepung campur gam sampai dia menangis meraung tu. Mama dukung baik2 sambil ckp Aiman nk naik swing..lepas tu masukkan dia dlm hammock tu..beberapa minit dia dihayun dlm tu utk tenangkan diri dia.
lepas tu kami dibawa masuk ke dlm snozeling room. 1st time dpt masuk bilik gini..cantiknya byk lampu. Ambik gmbr tp gelap...rasa mcm alal2 tgk illumination kat jepun dulu hihi..siap ada lampu disko lagi..
gmbr kat bwh ni ambik dr google..lebih kurang mcm kat bwh ni le biliknya..
dlm bilik ni buat aktiviti brushing,bungkus aiman dlm comforter dan ambil bola exercise yg besar tu gelek atas badan dia. Aiman dah jerit suruh buka..bukak..open...sampaila dia nangis2..lepas tu masuk dlm tempat yg ada bola kecik2 byk2 tu. mama dh mcm mengantuk dok dlm bilik tu. Aiman punya la kuat..tu pun termasuk mama 4org yg pegang dia..tp dh semua perempuan mana la nk kuat sgt..siap ade yg kena tendang dgn aiman lagi..huhu. Bygkan le mama yg setiap hari handle dia dia saat2 dia mengamuk tu. Mmg rasa sakit2 badan le selalu..... Next appointment 5/6 ni....
Lepas ni maybe lama sikit blog tak berupdate sbb lusa cik abang saya balik :-)))) malam esok dia naik flight Airasia..pagi sampai KL..1.50ptg dia naik MAS ke alor setar. Naik MAS tu sbb kalau nk tunggu Airasia flight mlm je ada..pukul 3ptg hari jumaat bolehla ke airport jemput dia. Tak sabar nk tengok reaksi anak2 terutamanya Aiman bila nmpk ayah dia :-) Mama pun jadi berdebar2 habih ni..gaya dh mcm 1st time nk jumpa. Yg pastinya nk pakai baju baru dgn tudung baru kah kah kah...4bulan sekali nk jumpa la katakan ;-p





5 comments:
wahhh mak aiman mesti lawo2 ari tu kan..nak jumpa ayah aiman....
cinta hatikuuuu....
seronoknya dia nak jumpa abang.....
Wah best jugak OT ni ye hihi. Kita pening ni seharian calling2 ST. Nama je dok dkt KL byk tmpt tp queue berbulan jugak. Kalau hospital lagi lama. Ramai betul org perlukan ST ni rupanya. Nk cari slot weekend la yg susah. Tp nmpknya xde pilihan la kena ambik weekdays. Aiman untung rumah dkt dgn skool Nasom :)
amian & irfan mesti seronok ayah balik kan.. mama mesti lagi seronokk kan..hehe :)
ila- mesti la hihi..nasib baik jerawat semua dh baik hahahaha
mmoonn aalleeaa - mesti le seronok..4 bulan tak jumpa
ina- aah best sbb mak2 terlibat sama.nanti boleh buat kat rumah sama mcm tu.aah ST mmg ramai org perlu huhu.kat alor setar ni lagi la..kat hospital tu dhla sorg je ada..kat private langsung takde..huhu
Post a Comment