Thursday, February 21, 2013

Cerita pasal Aiman :-)

Pagi tadi ada upacara menandatangani rancangan persekolahan individu Aiman kat sekolah. Mama sungguh suspens sbb nk dgr cerita pasal Aiman. Maklumla dia baru start masuk sekolah tu 2/1 haritu kan. Alhamdulillah banyak yg ok. Cikgu kata dia boleh menulis cuma kdg2 dia malas nk tulis. dia boleh jugak baca. kalau cikgu tulis kat whiteboard dia la sorg yg paling excited dok baca apa cikgu tulis. Masa awal2 masuk dulu dia dlm kelas C. Bila cikgu dpt tau dia boleh baca..dia dh tukar masuk kelas B. Dlm kelas tu pun..walaupun dia antara paling muda..tapi dia sorg la yg boleh baca pun. Cikgu pun tanya sejak bila aiman pandai baca. Sebelum balik msia lagi sbb mama gunakan buku read n easy dan bacalah anakku utk dia. dan juga gunakan video di youtube dan starfall utk bantu dia jugak. rasanya ni la kelebihan dia.walaupun speech dia kurang...tapi bab ni dia ok :-)

Ustazah kata dia takmo bukak mulut bila suruh sebut. Tapi kat rumah dia boleh je bace alif baa taa semua.hmmm...Kekurangan dia pada speech..mama mmg tau sbb kanak2 autisme mmg ni masalahnya. mmg dia hanya boleh buat ayat pendek 2-3 perkataan sahaja. cikgu jugak kata bila dipanggil dia susah nk pandang. mama pun tau sbb benda ni mmg ada pd kanak2 autisme lain jugak iaitu kurang eye contact. dari segi gross motor skills masih ada yg dia takleh buat. cikgu kata kalau guna gmbr mmg dia laju..kalau tanya mmg kurang respons. ye aiman mmg visual learner.sbb tu lagi mudah kalau nk ajar dia guna gmbr atau video. dlm kelas pun dia boleh dok diam..oklah tu kan. bila pegi outing pegi main bowling mmg dia la paling laju.cikgu kata kena tangkap aiman dulu sbb dia nk lari pegi kat lif..tak dpt nk menolong la bab lif ni sbb dia mmg fanatik dgn lif....

sampai sini dulu cerita aiman...moga byk lagi cerita yg indah2 pasal Aiman.

1 comment:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ganbare aiman kun
dah belajaq lelama ok la btue
ramai jer org yg ader autism ni berjaya biler besaq..aiman kun okasan fighting na