Sunday, April 21, 2013

Gelagat pengguna jalanraya

Setiap pagi dan tghari saya keluar menunggang motosikal utk menghantar dan mengambil aiman dari sekolah. Mmg mcm2 gelagat pemandu dan penunggang yg dpt dilihat. Semasa dalam perjalanan mmg selalu bertembung dgn motosikal yg datang dari arah bertentangan..ni kes malas nak u-turn jauh sikit kat depan tu. sungguh merbahaya dan mengganggu laluan org lain..hmm. Bila time nak balik tu...jalan 2 lane tiba2 jadi 3 lane. Tau la nak masuk kiri kat depan tu..tapi jalan masih 2 lane. Sanggup tu lalu kot jalan moto yg sempit tu..sampai dekat dgn pokok dah..ish ish..

Pernah jugak nak teraccident. Ada sekali tu tiba2 je ada moto dari belakang saya nak belok kiri..tapi dia dtg dari belakang ke depan saya dan terus belok kiri..tanpa signal n mmg dekat sgt2..padahal saya bukan bawa laju pun. tengok kat moto tu tergantung P lagi..haihhh..bahaya sungguh. Tengokla kiri kanan depan belakang dulu. kang sbb salah dia..dgn saya teraccident pulak..nasib sempat brek..hmmm. kita punya la berhati2. dulu masa kerja kat KL dulu lagi lah ganas2 pengguna jlnraya ni..dah la kenderaan pun byk kan. ni setakat alor setar ni takde pape yg nk ditakutkan pun..hihi. maklumla berbelas tahun ada lesen motor..cuma cuti 6thn sbb dok jepun ;-p. Setakat ni dbyk tempat boleh pegi sendiri sbb dh tau jln..paling jauh gi Tesco Stargate kat tol selatan sana..naik moto relax je sorg2 ;-p hahaha....tapi tak mencabar pun sbb highway ;-p

tunggu ada kereta nanti pulak cemana ;-p ntah bila nk dpt ntah.byk sungguh dugaan. tiba2 teringat pulak masa test jpj haritu. masa tu dh nk sampai ke sekolah memandu balik.masa ni kat simpang tu..saya berenti..nk bagi signal dan tgk kiri kanan.lepas tu ada la lori treler panjang yg jugak tgh test jpj.dia pun lalu simpang tu.dia baru nk keluar..saya dh nak balik.saya bagi la dia lalu dulu sbb jln tu sempit. sekali lori tu lalu mmg dekat sgt2 dan hampir langgar kereta yg saya bawa tu.encik jpj sebelah saya dan saya menjerit sama2 dlm kereta tu..hahahaha. encik jpj tu kata..ishhh lori ni..kalau langgar tadi mmg terpelanting la kita dua org ye ;-p yg penting bukan salah saya..salah lori tu ;-p hihihi...

Friday, April 19, 2013

Resepi : Strawberry Chiffon cake

Bagi yg berminat nk mencuba..... saya ambik dari sini resepi . terima kasih pada tuan punya reepi ye.sedap lembut dan gebu.anak2 saya sgt suka kek ni

Bahan-bahan


Bahan A



•6 biji kuning telur

•2/3 cawan minyak Mazola (saya guna minyak sayur)

•2/3 cawan susu cair (saya guna fresh milk)

•½ sudu kecil garam

•3/4 cawan gula halus

•2 sudu besar strawberry emulco

•1 ½ cawan tepung gandum *diayak

•1 sudu kecil baking powder* diayak

Cara-cara menyediakan Bahan (A):



1.Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.

2.Masukkan strawberry emulco, minyak & susu cair dan kacau lagi.

3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B



•6 biji putih telur

•1/2 cawan gula halus

•1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)

Cara-cara menyediakan Bahan (B):



1.Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.

2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.

3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

4.Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

5.Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.

6.Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c

7.Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.

8.Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan

Thursday, April 18, 2013

Aiman Faiz 6tahun 4 bulan

Setiap 18hb umur Aiman bertambah dari sebulan ke sebulan. 18hb ni genap umur Aiman 6thn 4bulan. Kesian Aiman..tiap2 hari mcm letih je dia. Dari pagi 7.30pagi ke sekolah..balik 12.45 terus hntr ke nasom dan balik rumah pukul 5 ptg..mmg non stop. Kdg2 dia tertidur masa tgh menulis dlm kelas. Mama bagitau cikgu kalau dia tido takpe..biarkan. cikgu pun mmg tak sampai hati nk kejutkan mmg bagi je dia tido :-) kena tido lagi awal la mlm2 ni Aiman.

gi shopping mmg kena masukkan dua2 dlm troli gini. kalau tak jgn harap nk dpt beli pun..hanya mampu memandang je. tu pun tgn dok sibuk nk pegang sana sini..risau jugak kang ada brg yg jatuh rosak.
Aiman ni pandai dh pujuk adik dia. Kdg2 cara elok. Cara kasar dia kata "tutup mulut""diam". Cara baik dia kata "ala syayang syayang lailahaillallah lailahaillallah" sambil gosok belakang adik dia. Nak tergelak pun ada sbb rasa mcm tak sangka dia boleh buat gitu. Kalau dia normal rasa mcm takda apa sgt kot..tapi sbb dia mcm ni yg buat mama rasa kagum jugakla :-) Biasa dok dgr dia marah adik dia kalau adik dia buat salah apa2...irfan jangan..simpan..n mcm2.

Mama jugak pernah dengar Aiman kata "ayah keje jepun" kesian pulak dgr :-( tapi tak tau la dia faham ke tak. Mama tau anak2 mama tak cukup kasih syg ayah. tapi tiap2 mlm kan kita dpt skype tgk n sembang dgn ayah. lagi 45 hari lagi dptla kita jumpa ayah balik dlm seminggu huhu.

Aiman punya obsession terhadap lif mmg tak pernah hilang. mcm angry birds obses bermusim..skrg dh mcm takde. hari2 mmg cari kertas yg ada lukis button lif tu utk dia main.gi kat pintu dia tekan la kat kertas tu. dh la rumah ni byk bilik..ada 8pintu la dia dok main huhu. kalau time dia main tu mmg dia dok dlm dunia dia la.sambil dok ckp sama mcm kalau kita naik lif kat jepun.sebut habis tingkat berapa semua tu..lif tutup lif bukak dlm bhs jepun. tapi skrg ni dia dh pandai ajak irfan sekali.sambil pimpin adik dia tu..dia ajak la irfan masuk sekali dlm lif dia tu ;-p nasib baik jugak ada adik kan.sekurang2 nya byk benda aiman boleh belajar.

Mama mengharapkan byk progress Aiman lepas ni.. :-)


Wednesday, April 17, 2013

Irfan Faris 2tahun 10bulan

Asyik cerita pasal Aiman je..hehe. Kali ni cerita pasal irfan pulak. 17hb genaplah irfan 2tahun 10bulan. kedai
- vocab dah makin bertambah. kalau tanya soalan tadi adik gi mana..mmg dia boleh jawab soalan tu. skrg ni tiap2 hari masa skype dia ckp dgn ayah dia "ifan nak nek aeroplane" "nak pi airport" haaa siaplah ayah..irfan suka naik aeroplane. irfan siap ckp "ayah keje jepun" tau pulak dia. anak2 mmg dh mula speaking kedah..huhu..nak pi nak pi....ikut sukala asalkan berckp kan...pengaruh org sekeliling jugak :-) mama sorg la yg ckp nak gi mcm ni..yg lain semua ckp nak pi.

-irfan dah stop bf masa umur dia 2thn 4 bulan..dah 6bulan stop. skrg dia peminum susu kotak dutch lady. jenuhla jugak mama nak angkut kat kedai.tp takpelah dh nak minum yg tu...

-bab mkn tak cerewet sgt.byk benda dia boleh mkn.cuma ada masa tak lalu mkn jugak. mkn cucur udang pun pandai dh cicah sos..cicah kuah kacang ni semua

-irfan suka naik kereta.tiap2 hari ajak tokwan naik car. kalau tak dpt mmg mengamuk..ishh...nasib baik mama tak dpt keta lagi..kalau tak mesti irfan ajak naik car je dah mama takleh buat keje lain ;-p

-boleh tahan aktif jugakla..cumanya dia tak setangkas aiman. aiman lebih hebat. tapi irfan pun lari laju jugak. kalau bwk dua2 keluar..kena ikat irfan dlm stroller..sbb takleh la nk handle. org selalu kata..ehh takleh jln ke...org tak tau kalau ku lepas dua2..pengsan la lari tak leh nk kejar...huhu 

-try bagi main puzzle yg shapes tu..irfan tak berapa cekap. masa aiman dulu..umur 1 tahun 8bulan dah boleh buat. hmmm kagum jugak dgn aiman...ada keistimewaannya jugak :-)

-skrg ni mama nak cuba toilet train irfan sbb dia dh pandai ckp.cumanya dia takmau masuk toilet...kena cuba mcm2 cara jugak.yg special pun mama boleh kan..yg normal mesti lagi boleh kan :-)

gmbr di atas...mama baru balik hntr aiman gi school..irfan baru bangun tido..mengamuk2 kat mama.dah la mama nk cepat nk kena masak bekal aiman cepat2..huhu..sabar jela melayan..nasib baik dia je yg kecik..kalau berderet2 lagi yg kecik mau pengsan. so kesimpulannya...pendamkanlah dulu hasrat nk menambah bilangan anak buat masa ni. dua pun tak menang tgn kan.tunggu si ayah back for good baru kita fikirkan :-)

Lagi 2 bulan cukup 3tahun. Mama ingat nk celebrate awal birthday irfan bulan 6 ni..sebab ayahnya balik 2/6 ni... 9/6 balik jepun balik. nanti boleh mkn kek sama2 :-)

Tuesday, April 16, 2013

Mari makan :-)

Gambar2 dibawah ini antara masakan beberapa minggu ni..selepas hubby pulang ke jepun...yg or tempah pun ade jugak.....sila cuci mata ye..

Monday, April 15, 2013

Jemputlah datang

Marilah beramai2 datang ke Stadium Sultan Abdul Halim pada 20/4/2013 ni hari sabtu untuk sama2 memeriahkan Autism Day sempena bulan kesedaran autisme sedunia. Ada bermacam acara menarik...gerai2 pun ada dibuka. ada face painting...sand art...istana belon...ada sukaneka..senamrobik...pertandingan pakaian beragam..(yg ni aiman ada masuk) pertandingan mewarna pun ada....serta persembahan magic show....juga persembahan nyanyian dari adik umar hasfizal yg juga merupakan kanak2 autisme juga...dan mempunyai bakat dlm bidang nyanyian. bagi kawan2 yg berada di kedah..boleh la datang..saya pun akan turut serta ada kat sana. jumpa disana ye :-)


Sunday, April 14, 2013

Kereta oh kereta bila mau muncul

Bila la nak dapat kereta ni? ;-( Dah lama hubby bagi duit utk byr downpayment..rasanya dah 20 hari. Ingatkan tgh proses loan ke ape. Rupa2nya belum pegi kedai pun lagi. tunggu org yg nk jadi guarantor bagi slip gaji tak bagi2. patutla rasa lama.baru je tau semalam :-( lambat betul la company nk keluarkan slip pun. Ni le payahnya..nak beli kereta tapi tpaksa guna nama org. lepas tu nak guarantor pulak. Dua2 tu takleh guna nama kami...Sbb hubby tak pernah kerja kat msia..takde rekod pasal duit keluar masuk semua. nama ku lagilah takleh guna sbb tak keje.

Jadi lambat la nk dpt nye pun kan. Dah la skrg ni petang2 mcm selalu nk hujan.Daku ni tak suka la nak susahkan org uruskan anakku gi ambik kat sekolah ke ape. daku pun takmo le bawak keta org.kang jadi ape2 satu hal. kalau keta yg hubby beli tu ok le.ingatkan dpt lesen n cepat boleh dpt kereta..selesailah byk mslh. ntah2 sampai bulan 6 ni hubby balik pun tak dpt kereta lagi :-((((( sampai bila la nak bergantung kat org ni.tak suke sungguh dgn life skrg ni :-(. Asyik menyusahkan org ni bukan prinsip hidupku. Dah biasa dari dulu bersusah sendiri...tiba meniba kena susahkan org mcm2..dah la dok menumpang. ohh terasa diri ni sangat tak berguna. sampai bilakah :-(((( sorryyy....ni hanya luahan perasaan. ku juga punya perasaan :-(