Friday, April 19, 2013

Resepi : Strawberry Chiffon cake

Bagi yg berminat nk mencuba..... saya ambik dari sini resepi . terima kasih pada tuan punya reepi ye.sedap lembut dan gebu.anak2 saya sgt suka kek ni

Bahan-bahan


Bahan A



•6 biji kuning telur

•2/3 cawan minyak Mazola (saya guna minyak sayur)

•2/3 cawan susu cair (saya guna fresh milk)

•½ sudu kecil garam

•3/4 cawan gula halus

•2 sudu besar strawberry emulco

•1 ½ cawan tepung gandum *diayak

•1 sudu kecil baking powder* diayak

Cara-cara menyediakan Bahan (A):



1.Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati.

2.Masukkan strawberry emulco, minyak & susu cair dan kacau lagi.

3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B



•6 biji putih telur

•1/2 cawan gula halus

•1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)

Cara-cara menyediakan Bahan (B):



1.Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.

2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.

3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

4.Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

5.Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.

6.Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c

7.Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.

8.Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan

No comments: