Sunday, April 21, 2013

Gelagat pengguna jalanraya

Setiap pagi dan tghari saya keluar menunggang motosikal utk menghantar dan mengambil aiman dari sekolah. Mmg mcm2 gelagat pemandu dan penunggang yg dpt dilihat. Semasa dalam perjalanan mmg selalu bertembung dgn motosikal yg datang dari arah bertentangan..ni kes malas nak u-turn jauh sikit kat depan tu. sungguh merbahaya dan mengganggu laluan org lain..hmm. Bila time nak balik tu...jalan 2 lane tiba2 jadi 3 lane. Tau la nak masuk kiri kat depan tu..tapi jalan masih 2 lane. Sanggup tu lalu kot jalan moto yg sempit tu..sampai dekat dgn pokok dah..ish ish..

Pernah jugak nak teraccident. Ada sekali tu tiba2 je ada moto dari belakang saya nak belok kiri..tapi dia dtg dari belakang ke depan saya dan terus belok kiri..tanpa signal n mmg dekat sgt2..padahal saya bukan bawa laju pun. tengok kat moto tu tergantung P lagi..haihhh..bahaya sungguh. Tengokla kiri kanan depan belakang dulu. kang sbb salah dia..dgn saya teraccident pulak..nasib sempat brek..hmmm. kita punya la berhati2. dulu masa kerja kat KL dulu lagi lah ganas2 pengguna jlnraya ni..dah la kenderaan pun byk kan. ni setakat alor setar ni takde pape yg nk ditakutkan pun..hihi. maklumla berbelas tahun ada lesen motor..cuma cuti 6thn sbb dok jepun ;-p. Setakat ni dbyk tempat boleh pegi sendiri sbb dh tau jln..paling jauh gi Tesco Stargate kat tol selatan sana..naik moto relax je sorg2 ;-p hahaha....tapi tak mencabar pun sbb highway ;-p

tunggu ada kereta nanti pulak cemana ;-p ntah bila nk dpt ntah.byk sungguh dugaan. tiba2 teringat pulak masa test jpj haritu. masa tu dh nk sampai ke sekolah memandu balik.masa ni kat simpang tu..saya berenti..nk bagi signal dan tgk kiri kanan.lepas tu ada la lori treler panjang yg jugak tgh test jpj.dia pun lalu simpang tu.dia baru nk keluar..saya dh nak balik.saya bagi la dia lalu dulu sbb jln tu sempit. sekali lori tu lalu mmg dekat sgt2 dan hampir langgar kereta yg saya bawa tu.encik jpj sebelah saya dan saya menjerit sama2 dlm kereta tu..hahahaha. encik jpj tu kata..ishhh lori ni..kalau langgar tadi mmg terpelanting la kita dua org ye ;-p yg penting bukan salah saya..salah lori tu ;-p hihihi...

No comments: