Thursday, April 12, 2012

Macam2 cerita....

Semalam terperasan ada ketulan kecik betul2 dekat dgn tempat operation (csect) tu. Disebabkan smlm cuti tak dptla ke doktor. Pagi tadi sempat la pergi. Kena scan perut..doktor ckp rahim n ovari semua ok. Mungkin disebabkan urat kot...atau parut yg lama tu bila dh sembuh dia bertindih2..maklumla dah 2kali kan csect. Tapi sebenarnya mmg sakit kat ketulan tu...hmm..Doktor tu tanya..ank yg no 2 besar mana dh.. dah nk masuk 2thn dah. Lepas tu dia kata..ohh kalau nk mengandung dh boleh dah ni..muahahaha...doktor ni..org sakit lain dia nk suruh aku tambah penyakit ke..huhu...Tengokla kalau masih sakit nanti nk try pergi doktor lain pulak..Tadi awal2 mak mertua suruh ke klinik yg dekat ni..tp situ doktor lelaki saya segan. so mintak nk pegi doktor perempuan la. Dulu kat nihon 2 kali bersalin check up dr mula smapai akhir semua doktor lelaki sbb dh cari doktor perempuan yg dekat takde. Tiap kali check up mesti hubby masuk sekali takdela nk segan sgt. kalau sorg2 masuk tobat aku tak check pun takpe huhuhu... Nanti kalau sakit lagi hujung bulan nanti hubby balik mintak dia tolong bwkkan...
Start le ni nk sakit yg pelik2...huhu...agak2 ade kaitan dgn stress tak ;-p

Harini jugak....cikgu sekolah aiman mintak mama jadi volunteer beberapa kali bulan depan utk ajar memasak kat sekolah aiman utk 2org budak prevokasional. Mula2 mama nk tergelak..boleh ke nk ajar budak memasak ni..nk msk ape ntahla..cikgu kata takpe..nanti diorg boleh belajar masak sama huhu..kata cikgu senang sikit kot kalau parents yg mengajar..maklumla kalau org biasa yg tak biasa dgn budak autisme ni mungkin lain sikit. lagipun rumah kami dekat satu tmn..mama pun tak keje. mama tak mampu nk menolak disebabkan anak2 yg special ni. mama pun byk dpt belajar dr cikgu2 psl autisme ni. dh ckp dgn mak mertua dia ckp ok je nanti dia jaga irfan kejap. lagipun skrg ni tok dh org lain jaga..so senang sikit...

23hb ni jugak ada mesyuarat PIBG utk sekolah aiman. Buat malam la pulak huhu. Yela siang dr pagi sampai ke petang cikgu2 mengajar kan. malam jela ada masa pun. Terpaksa lah tok wan dan maktok jagakan aiman dan irfan sementara mama pergi mesyuarat tu nanti. harap2 ramai la ibu2 yg pergi..tp sbb mlm mesti ramai bapak2 kot sbb yg ibu2 mesti jaga anak kat rumah..huhu...takpela..yg penting cikgu2 semua prempuan :-) kena jugak ambik tau perancangan sekolah tahun ni.....

malam esok kami akan tinggal tiga beranak di rumah. mak tok dgn tokwan akan ke KL melawat cucu baru.mmg diorg ajak kami pergi...tapi mama malas atas alasan tak larat nk entertain budak2 ni dlm kereta..alor setar dgn kl bukan dekat. mama ingat lagi masa travel di beberapa negeri masa kat nihon dulu. letih sgt2 tp masa tu ayahnya ada boleh la tolong mlm2 tu kan. paklong maklong abg n kakak sepupu aiman nk gi bercuti jugak..ajak kami jugak..tp mama mls nk ikut jugak..tak larat nk handle budak2 ni.setakat mana la org nk boleh tolong jaga kan. sampai ke mlm mama jugak yg sorg2 nanti jaga.baik dok rumah je huhu. sikit pun tak kecik hati tak dpt jln2 ..org ajak tp kami yg takmo pegi hihi sbb lagi 2minggu kami nk gi jln2 pulak :-)


esok jugak ayah aiman dan irfan akan berlepas ke london dan belgium. moga selamat sampai dan selamat buat kerja sambil jln2. kalau dok sana mungkin dpt menyelit ikut hahahaha.takpelah 26hb dia naik flight pulang ke malaysia pulak...sabar dan bertabah jela selagi mampu.....doaku sentiasa mengiringi perjuanganmu.... :-)

gmbr kek marble dan macaroni bkr..buat 2hari lepas kot..sempat le ada org dtg merasa. sedap katanya makaroni bakar tu..tp sbnrnya mama tak guna sukatan pun..main hentam apa yg ada dlm peti ais je ;-p next time buat sukat betul2 ok :-) baru boleh share resepi dgn org hihi

2 comments:

Ina said...

agaknya sbb penat kot kak. kita yg xpenah csect ni pn kdg2 lenguh perut dibuatnya buat kerja n layan anak. cuba2 bwk berehat bila ada peluang ye kak.

IDA said...

ina-yela kot.akak pun rasa gitu.penyakit pelik2 sejak kebelakangan ni ;-p

sherwieyna muzzawer- salam..tq